Wednesday, January 26, 2011

Apa Ada Dengan Cinta

WARNING!: Entry ni kannn I kannnn nak cerita kann pasal cinta-cinta. So kannn harap kannn anda bersedia sebab kannn dia kannn geli-geli sikit. Hiks.

Cinta itu susah nak explain perasaannya. Daripada selalu bermuram durja dan berwajah tapai, hari-hari kita akan senantiasa ceria.

Bila kita cinta seseorang itu, semua pasal dia pun kita suka. Ada tahi mata kering bertompok tompok kat mata, tahi telinga berkerak-kerak pun kita nampak macam berlian yang bergelipan. Tahi pun rasa choki-choki ye tak? Er jangan lah rasa tahi betul-betul pulak kannn.

Kita akan ternanti-nanti saat untuk terjumpa/buat-buat jumpa si dia. Nampak seurat rambut pun jadilah. Macam-macam kita sanggup buat untuk tengok dia. Sehari tak jumpa dirasakan seperti setahun. Mulalah makan tak lalu, mandi tak basah dan berak tak pam. Tapi sekarang dengan teknologi jalur lebar tanpa sempadan ni, tak adalah masalah angau bangau sangat. At least boleh lah tengok gambar kat facebook dia. Tak approve pun tengok gambar profile je pun dah okay.

Cinta itu lebih indah kalau ianya mutual love. Fuyoooooooooooh syiok tuuuu. Susah tau nak jumpa orang yang betul-betul cintakan kita seperti mana kita cintakan dia. Time nilah frasa dunia ini kita yang punya sesuai digunakan. Rasanya dulu Bush kemaruk bercinta sebab tu dia bom sana bom sini. Yelah dia rasa dunia ni dia yang punya sukati dia lah nak buat pape pun.

Jika seseorang lelaki tu ikhlas cintakan kita wahai kaum wanita, semestinya dia akan hormat kita. Maksud I dia akan jaga kita dan segala batas-batas ketika bersama. Dia akan sabar menunggu saat kita menjadi miliknya yang sah, kemudian barulah kita dikerjakannya. Kerja kan solat jemaah yo. *cover*

Dan kalau betul lah apa yang kita rasai sekarang ni cinta, semoga ia akan berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Amin.

Maaflah kalau tekak anda geli. I warned you, didn’t I? :p

Thank you for reading.

ps: kadang-kadang terkeliru dengan perasaan suka, minat, sayang dan cinta. namun yang pasti ia adalah salah satu anugerah Allah yang tak ada pada makhluk lain. lagipun cinta itu milik-Nya.

Wednesday, January 19, 2011

Mari Berkenalan dengan I :)

Masa kecil-kecil dulu I ingat lagi ada satu set kertas pasal rahsia personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran oleh Dr Fadzilah Kamsah. Gigih tu pinjam dari kawan untuk bawak balik, nak photostat. Lepas tu haruslah baca pasal bulan kelahiran sendiri kan? nak nak yang baik-baik/ positif. tersengih lah sorang-sorang. Dah baca pasal bulan sendiri, akan diteruskan membaca untuk mak abah, adik beradik, dan peminat. eh I mean orang yang di minati. ecece.

Oleh itu, meh lah kenal-kenal I berdasarkan bulan kelahiran I iaitu MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan. (zzzzzz. eleh padahal dalam hati... )
  • Mudah didampingi. (patutlah selalu kena tindih. demm!)
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa. (I memang suka simpan masalah sendiri)
  • Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian. (peace no war)
  • Sangat peka kepada orang lain. (tapi peka amali sains dulu cukup malas nak buat)
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. (perdana menteri memang sesuai)
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah. (tak cepat marah? aiyoyo ini dusta belaka)
  • Tahu balas budi dan kenang budi. (hi encik budi)
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. (I nampak korang korek apa tadiiiii haaaa)
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. (apo nak di kato)
  • Suka berangan-angan. (selalu berangan kahwin dengan anak raja. every girl does)
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. (kena ubah ni)
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. (mana ada. cool je ni)
  • Suka dengan hiasan rumahtangga. (ececece. leh ganti eric leong ni! )
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik.
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody. (moody? hiks. baiklah)

This is just for fun. Kata research kan. Tapi tak boleh lah nak percaya 100%. Tengok cerita Khurafat kang.

Anyway, terima kasihlah kerana sudi berkenalan dengan I. Malu tau :D

Bye for now!

Monday, January 17, 2011

Menyanyi Tutup Mulut!

menyanyi tutup mata perkara biasa apabila seseorang sedang menghayati bait-bait lagu. tapi menyanyi tutup mulut? bukan sebab mulut berbau lah.ish ni betul-betul punya, bukan cobaan. impossible impossible *gaya A R Tompel*
tapi tidak impossible buat Terry Fator apabila dia berkemampuan untuk berbuat sedemikian! wow! *sila sebut dan lakukan gaya saudagar unta, Husin Lempoyang dalam Tiga Abdul*

tatkala di rasuk jin microphone, bak kata bella.


Terry Fator ni seorang ventriloquist, ala yang sarung puppet kat tangan lepas tu cakap tanpa pergerakan bibir tu. ha yang tu lerr.bahasa melayu apa ek? Dia ni juara America's Got Talent. Dia memang minat buat mende ni dari kecil lagi. usahanya berbaloi-baloi. kaya raya sekarang tau you alls. dulu janitor sahaja. betul lah apa orang kata, kalau kita buat kerja yang kita minat dan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah boleh berjaya. I minat tidur. er boleh berjaya ke? -___-''

okay nah ni video dia. tak boleh bayangkan dia menyanyi bukak mulut macam mana pulak. I kalau cakap tutup mulut suara Mr Bean yang keluar. kalau nyanyi? isk.





thank you for reading! take care :)

Wednesday, January 12, 2011

Penantian Yang Berakhir

Setelah dua tahun memendam perasaan, akhirnya penantian itu telah berakhir hari ini. bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat lah I sedikit sebanyak berasa riak dan takbur kerana tempoh lesen 'P' telah tamat! yay! Alhamdulillah rekod bersih sepanjang dua tahun. kecuali terlangar tiang dan tercium sebuah kereta seperti dalam entri ini.

Selepas ini tidaklah I menjadi tidak sedar diri lagi apabila mengeluarkan kata-kata yang berbunyi seperti, 'patutlah lembap, P rupanya'. Dan juga tiada lah gelaran Pengecut, Perlahan, Penyirap darah, Pelesit, Pretty eh eh yang last tu bukan. Malah setelah menjadi pemandu competent pastilah I lebih macho dan tentunya gelaran Cemerlang atau Celaka akan di beri pemandu lain berdasarkan cara pemanduan I.

Namun di sebalik rasa suka, ada juga perasaan duka untuk membuka sticker P 15 x 15cm ukuran JPJ itu. masakan tidak, selama ini banyak juga kereta yang memberi penghormatan dengan memberi laluan terlebih dahulu atau memberi muka 'sayu' tatkala mengover take kereta P. so I perlu bukak ke tak eh?

Ha untuk para wanita yang takut sangat nak memandu, ada satu tips untuk anda iaitu anda perlulah Berani. Keberanian itu amatlah penting namun jangan bawak kereta sampai berani mati. sebab terdapat dua kategori untuk wanita yang membawa kereta yang tidak patut anda contohi iaitu wanita yang terlalu takut dan kategori wanita yang terlalu berani. lelaki pula kategori paling lazim di jumpai ialah poyo. sebab dia rasa dia terror padahal dia terrorist di jalan-jalan raya -___-''

Sebelum memandu jangan lupa baca doa ini ya :)
Okay thank you for reading. Bye for now!


ps: berdoalah agar anda tak jumpa I di jalan raya. orang lain tension kalau traffic jam, tapi I? takpelah. tak nak cerita. marilah sokong kempen radio fly.fm, "don't swear, it ain't cool" :)

Monday, January 10, 2011

Cinta baru

agaknya berapa lama masa yang anda perlukan untuk kembali bercinta setelah cinta yang lalu putus di tengah jalan? tiga tahun? tiga bulan? tiga minggu? tiga hari? tiga jam? tiga minit? tiga saat? motif tiga? sebab I lahir bulan tiga. okay tak ada kena mengena.

sesetengah orang cepat gilerrrr kot move on. move on disebabkan ada kekasih baru. namun hatinya tetap pada yang satu, masih belum move on. ecewah. tapi tak baik lah buat macam ni, ini dipanggil rebound relationship. cuba bayangkan orang lain gunakan anda untuk melupakan sang mantannya. suka? suka? tak kan. mestilah tak. kerana anda akan merasa sedih, pilu, kuciwa, hampa.

jadi kalau anda rasa ingin memulakan perhubungan yang baru pastikan anda betul-betul telah bersedia. start fresh. sebab kalau tak kita akan ter'compare' kekasih baru dengan yang lama. jadi sila lupakan si dia yang telah melukakan hati anda dan hampuskan ingatan tentang segala kenangan bersamanya! *over*

sebenarnya I dengar dari fly.fm pasal tajuk ni. kebanyakan lelaki yang respond akan cakap tempoh masa bercinta semula adalah secepat mungkin. eleh korang poyo je. mulut cakap lain, hati lain. kalau putus cinta dok teriak dalam bilik mandi sambil mandi selama setahun supaya orang tak perasan. cover machoooo konon tak heran langsung dengan minah tu. tapi takpe, I like. sebab itu telah menunjukkan ciri-ciri kegagahan!

tapi sesungguhnya tiada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH.

thank you for reading. bye for now!

ps:
1. tahu tak dah berapa hari I punch card warna merah T__T waktu balik pun. rupanya memang dakwat tu warna merah da. cuak ajee~

2. I think I'm falling for my one and only pillow. hee :)

Wednesday, January 5, 2011

Anak siapa ni?

masa kecik-kecik dulu walaupun I ni rendah diri tapi I boleh dikatakan agak nakal. kalau I bergaduh dengan adik-beradik, I akan pergi almari dia and sepah-sepah kan baju dia. paling jahat I pernah guna berus gigi dia untuk cuci sinki. berani cerita sebab confirm adik-beradik I tak akan baca. jangan lah kantoikan I der kalau kenal adik beradik I. diam-diam kat sini sudah ;)

I pernah kena kurung luar rumah sebab selalu gaduh dengan adik perempuan I. tak lah gaduh, buli sebenarnya. yang I geram I buat sikit je lepas tu mengadanya adik I pergi nangis kuat-kuat bagi mak dengar. anak last-last ni mengada so mari kita buli adik-adik tau kakak-kakak dan abang-abang sekalian? ish ish jangan. tak baik. masa kena kurung tu waktu malam. kelakar tau I nangis-nangis sambil baca surah-surah Al-Quran sebab takut hantu. kuat-kuat lak tu. pffftttt.

er kalau I kena marah mak pulak I akan buka air banyak-banyak atau cuba bazirkan pengunaan elektrik. kononnya nanti mak kena bayar bil mahal. bughuk perangai. tapi semua tu masa lampau I tau, masa mula-mula baligh. sekarang dah insaf sebab dah matang. chewah.

okaylah, ada kerja bos bagi. you guys take care! thank you for reading! good day!


ps: siapa nak mengaku anda pemberontak satu geng dengan I MASA KECIL ? -___-''

Monday, January 3, 2011

Tentang SESEORANG

entry ni I nak cerita pasal I. I lah seseorang itu. kiki. so today I went to my internship at MPOB, Bandar Baru Bangi for the very first time. MPOB tu stands for Malaysian Palm Oil Board. I kan ambil sains pertanian kt UPM nuu. 'kan' macam bajet anda tahu je.

muka hari pertama. nanti kita compare last day pasti jauh berbeza

biasanya hari pertama semua orang akan nervous. begitu juga dengan I. sebab I ni nervous sangat, pagi sebelum nak pergi tu lah baru sibuk nak seterika baju kerja dan cari kasut bertutup. perangai kan. dah lah memang tak banyak kasut bertutup, yang ada pun dah berhabuk dan kasut bertutup tumit tinggi. jadi kasut 3 inchi setengah lah tu lah menjadi pilihan hati T__T

jadi sewaktu pendaftaran pagi tadi memang lah I yang paling tinggi di antara pelatih lain disebabkan kasut durjana itu. rasa over pun ada. MPOB tu luas dan ditakdirkan office I yang paling jauh dan paling tinggi di atas bukit. boleh tak bayangkan ada aweks tergedik-gedik pakai kasut tinggi berjalan ke sana ke mari? -___-''

sekarang kaki I lenguh-lenguh dan melecet. nasib tak melecet teruk. urutkan? tapi jangan salahkan kasut tinggi I pulak. orang lain pun melecet jugak tanpa kasut tinggi. nampak sangat budak baru terpaksa jalan jauh sebab sesat tak jumpa department masing-masing yang padahal dekat sahaja.

okaylah. I nak pergi kiwi kasut yang berhabuk tu sampai ada effect cermin. hari ini adalah pengajaran! chewah. eh kalau I jarang update paham-paham lah ye? kalau selalu update pun paham-paham jugak kerana I nak jadi orang bekerja yang tetap cergas di malam hari! hep hep please don't get me wrong ey?

take care semua! bye for now.


ps: I sempat TERtidur 40 mins masa kat office. hihi. em tiba-tiba rasa nak belajar semula. rindu suasana dan persekitaran dia. tapi sebab kena kumpul duit untuk kahwin, kena gagahkan diri jua! kahkah

Sunday, January 2, 2011

berhenti menculik!

hi adik-adik. entry ini memang khas untuk adik-adik sebab I rasa anda yang sudah layak menonton rancangan 18SX telah pun tahu apakah yang di maksudkan dengan PLAGIARISM. Untuk pengetahuan adik-adik dan bukan adik-adik, ia adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. sabit kesalahan boleh di hukum gantung sampai tercekik!

baiklah, maksud Plagiarism ialah ciplak. oh maaf itu terjemahan bahasa sahaja. plagiarism berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'kidnap'. oleh itu ciplak bermaksud mengkidnap orang lain punya idea atau penulisan. sebagai bahasa mudah, adik-adik pasti tidak akan mengambil kawan adik-adik punya wang saku atau basikal miliknya bukan? kecuali lah kalau adik seorang pembuli terhormat atau pencuri yang berani. begitu juga dengan penulisan atau idea seseorang tidaklah adik boleh kidnap sebab ia dah dikira sebagai hak individu tersebut.

dulu masa akak muda-muda akak pun tak tahu sangat benda ni salah terutama bila buat assignments, suka hati main copy dan paste. salah tau buat macam tu sebab cuba adik bayangkan, adik telah lima hari lima malam tidak tidur buat surat cinta kepada orang yang adik syok gilerr, tetiberrr selamber badak jerr member adik guna idea adik tu pi bagi kat orang yang dia syok. dan orang yang dia syok tu orang yang adik syok jugak. apa perasaan adik? bangga tak? so lepas buat assignment selalunya akak-akak dan abang-abang semua akan buat segment 'reference' iaitu beritahu dari mana kita dapatkan maklumat untuk menyiapkan assignment tersebut.

ia dah jatuh hukum ciplak bila mana adik dapat idea/kefahaman untuk buat kerja setelah membaca penulisan seseorang ini dan adik tidak pula memberi penghargaan kepadanya. ramai jugak bloggers mengadu pasal hasil penulisan di ciplak, mungkin adik-adik tak tahu yang sepatutnya adik mention namanya. sebagai contoh: sumber dari blog kak Nadia atau credit to si polan bin poland. kalau nama website, boleh tulis atau link kan website itu. ataupun adik buat cam ni, Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) ciplak bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.

kalau adik-adik nak faham lagi maksud plagiatrism boleh click ke link INI. best tau. bahasanya mudah dan websitenya berwarna-warni malahan boleh keluar suara lagi. memang sesuai untuk adik-adik :')

itu sahaja dari akak. promise me tak nak plagiarism okay? buat kerja sekolah pun tak nak plagiarism tau. (cepat sambut jari kelinking akak dengan jari kelinking adik)

terima kasih adik-adik. yang bukan adik-adik tapi nak perasan adik-adik pun terima kacehh sebab membaca. selamat hari kedua di tahun baru!


ps: ciplak dan cetak rompak maksud berlainan tau. kalau nak tahu kelik Wikipedia


source

Saturday, January 1, 2011

Rendah Diri

Sewaktu I kecil-kecil dulu I sangat sangat sangat rendah diri sekali. harap anda dapat bayangkan betapa rendah diri nya I. sebab dalam family kulit I lah yang paling gelap. lepas tu dah lah kurus cekeding, tinggi pulak tu. rasa macam anak angkat. sesiapa yang berlainan dari adik beradik pun mesti rasa macam tu kan.

Ingat lagi masa I darjah satu kena tangkap gambar kelas. I sekolah dekat Sri Inai masa tu. boys lebih ramai dari girls so girls di suruh duduk. nak di jadikan cerita 1 kerusi tak cukup. teacher suruh I berdiri kat barisan tengah bersama other boys memandangkan I paling tinggi. sepatutnya bahagia dan gembiralah sebab I dikelilingi kumbang-kumbangan. tapi I menangis siap menyorok sikit belakang cikgu yang duduk dekat depan I. mana ada orang dalam gambar kelas menangis. I lah yang pertama rasanya -__-''maaf tak dapat tunjuk sebab maluuuu. suami I insyaAllah boleh. hoho.

Setelah meningkat remaja I jadi berani sikit. sebab I banyak join aktiviti-aktiviti kepimpinan. I rasa bila kita berjumpa dengan ramai orang, sedikit sebanyak boleh tingkatkan keyakinan diri. I pun jenis 'stage fright' jugak bila terpaksa berucap di depan orang ramai. suara mesti automatik jadi perlahan dan suara bergetar macam cakap depan kipas. eleh eleh anda mesti pernah cakap depan kipas buat-buat tak tahu pulak macam mana bunyinya. tapi terima kasih UPM sebab kebanyakan course perlu buat presentation. jadi dapat menolong I untuk kumpulkan kekuatan dan keyakinan diri untuk berucap di depan orang ramai.

I tak tahu macam mana sekarang ni tinggi I jadi average macam orang lain , tak kurus sangat dan kulit I jadi lebih cerah. kulit cerah sebab pemakaian whitening :') mungkin juga sebab masa I kecil-kecil tu I selalu nangis dan berdoa. setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Bagi yang tak berapa confident dengan keadaan fizikal, memang kita tak boleh ubah ciptaanNya. tapi kita boleh buat sesuatu untuk menampakkan diri kita lebih menarik dan berkeyakinan. cuba anda google cari apa jua maklumat dan tips-tips yang bersesuaian dengan anda. itulah kelebihan penggunaan internet. lagipun siapa nak tolong diri anda kalau bukan diri sendiri kan. semuanya terletak pada minda. kena sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita. baca INI dan ITU (right click kalau sudi).

Tapi itu lah. kita ni manusia biasa. banyak sangat kemahuan dan keinginan. kita cuba ubah perlahan-lahan menjadi insan yang bersyukur yuk? dan sentiasa berusaha mencapai kejayaan.



thank you for reading! happy new year! tahun baru, rambut baru! tapi setiap tahun je memang buat macam ni -___-''


ps: ada rakan facebook I cakap. biar rendah hati, jangan rendah diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...