Monday, May 9, 2011

Darah Manis

I bet anda semua pernah dengar pasal Darah Manis kan? Ye I takkan buat lawak konon darah tu manis sebab memang tak lawak pun -___-''

Darah Manis ni ialah sumpahan dari orang tua-tua yang diberikan kepada kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, selalunya setelah bergelar tunangan orang. Okay sumpahan tu I main-main je. Saja bikin gempaq. Ceh.

Orang kata bila darah manis ni, kena hati-hati. Masa tu lah accident, benda-benda halus, awek/pakwe hot cukup segalanya nak menghampiri. Ia nya macam boleh mengakibatkan sesuatu perkahwinan itu tak jadi (simpang malaikat 44. eh kenapa kena simpang malaikat 44 eh?).

Abah masa beberapa hari lagi nak kahwin dengan Mak, dia accident tau. Kereta baru tuu time nak ambik dulang paha untuk hantaran tuuu. Fuh nasib selamat, Alhamdulillah. Kalau tak Nadia Rahimi tak wujud :/

Darah manis jugak dikaitkan time tu lah makin gatal. Konon sebab dah nak kahwin, so redah/ gasak je macam orang dah kahwin. Oh ini jugak mohon simpang malaikat 44.

Tapi yela memang tak boleh percaya sangat tapi mungkin orang yang reka benda ni nak kita sentiasa beringat. Peringatan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Yela nak kahwin ni banyak dugaannya, dah kahwin nanti lagilah!

Maka dengan ini I tak sabar nak dapat gelaran darah manis! Baru lah mencabar hidup! hihi. Semoga hanya 'dia' untuk aku selamanya. Amin.

Thanks for reading! I memang gatai nak kahwin ni. Haha



ps: Wohoo dah setahun dah umur blog I ni. So I really wanna thank all of you for reading, commenting and following this blog. Tak lupa juga yang memberi dorongan untuk I untuk terus menulis! Terharu sangat! I rasa penulisan I dah improve sikit kot dari post pertama I ni kan?
-____-''

12 comments:

Azzam?? said...

yeap.. time darah manis ni macam2.. eksiden, enjin kereta meletup dan macam2 laa nak rosak.. baiki itu baiki ini $$$$$

x_x

*pengalaman 1st hand

KAMIHIDUP said...

kahwinlah cepat-cepat. :)

miSs aMaL said...

nce entry sis..:)

Farah Hanis said...

bila dah jadi darah manis,semoga tabah menghadapi dugaan!hehehe

wirdati said...

nik nurul nadiatul akma.. ntah ingat ke x kat km ni.. huhu..udah mau kawen ye...

Ayeem Jemain said...

both u and bella mmg dah tak sabar nak kawen kan. hahaha

copycat said...

amende simpang malaikat 44?
first time dengar. kekeke

Sara Ali said...

nak kata betul tu x thu lah,
tapi bnda ni pernah jadi kt family kami,

masa tu abg sy drive, ayh sy kat sebelah, sy dan adik sy lagi dua org ade kt belakang.
kami baru balik dari sungai buloh kot,pergi sana 2 kereta sebab sedara kawen,
dan esok paginya abg sya pulak yg akan nikah.

masa otw balik tu,
abg nk kata bawak laju tu tak thu la,rasa mcm x laju jer,
n time tu kami mmg ade kt line yg pling laju,
abg boleh pulak pegang steering nk masuk line bertentngn, kami yg kt belkang semua nya tidor time tu, ayh pon tidor, mungkin ayh dapt rasakan yg kereta tu mcm lain cikit, cepat2 ayh tarik steering tu. kalo tak mungkin dah bertembung ngn kereta yg bertngn,

lps tu ayh tnyer kt abg, ngntok ker?
abg cakp xde la, ntah dia po x thu kenapaleh jdi mcm tu,

syukur alhmdulillah xde pape,
skunk nie abg sy dah dpt bby,
bby boy,
comel plk tu,

BLADE EDGE said...

assalamualaikum nadia...

mmg pernah dgr istilah darah manis ni, tp xbrape jelas mengenai apa..so saya ignore jer...

baik2 tau..kalo jatuh pastu luka, nnt semut dtg hurung..semut kan suka benda2 manis..especially mcm awak laa!! ahakss!! :-D

NADIA RAHIMI said...

azzam : fuh, like seriously? taknak la pakai kereta. pakai beskal cukup

KAMI: insyaAllah kalau ada rezeki :)

amal: thanks sis!

farah: hee okay. you too dear!

wirdati: ingat!!! mestilah ingat :D

NADIA RAHIMI said...

ayeem: nampak sangat ke? hahaha :p

copycat: ha? betul ni tak pernah dengar? I selalu je dengar. kat tv pun ada laa. dia macam untuk mintak di jauhkan :)

sara: wuu takotnya! but luckily your brother was alright! aaa beshnya dah ada anak saudara. I tak de lagi tau :/

blade: waalaikumussalam. hahaha buat lawak pulak :DDD

Azzam?? said...

a'ah.. beskal i tak buat perangai langsung pun =D

bagus2.. go for it!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...