Saturday, May 7, 2011

Kekasih Awal dan Akhir

Assalamualaikum dan Hi kawan-kawan!

Maaflah dah lama tak update. I busy lah tolong sepanjang wedding william-kate. Tak caya? Ish. Bukan ke muka I ada iras Kate?

*bunyi cengkerik*

Biarlah I nak perasan. Bukan selalu pun kan? I sebenarnya tengah berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan terdekat.

Ramai yang telah kehilangan ayah mereka baru-baru ni. Semoga roh ayah mereka di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Bukan apa. I bayangkan kalau I di tempat mereka. Kehilangan ibu atau bapa yang di cintai buat selamanya. Ya Allah, sedihnya rasa.

Memang kematian tu sesuatu yang pasti untuk semua orang. Tak kira masa, tempat, siapa atau kenapa.

Dulu I selalu berdoa, andainya Tuhan nak tarik nyawa, ambil lah nyawa I dulu sebab I tak dapat bayangkan hidup tanpa mak atau abah. Biasalah buudak-budak.

Kadang-kadang bila I bergaduh / salah faham dengan er mak la selalunya, I rasa ee jahat, anak durhaka betol I ni. Lagi-lagi time tu lah dan-dan je ada cerita pasal anak tanggang lah, lagu ibu lah. Tapi I kalau time tegang macam tu mesti nak mintak maaf cepat-cepat. Kalau tak, rasa bersalah akan menghantui diri yang hantu ini.

Jadi kawan-kawan, sayangi lah mereka, jagalah hati dan perasaan mereka. Ibu bapa kita ada yang tu je lah. Itu lah harta Allah yang paling berharga buat kita.

Kenapa seorang ibu boleh jaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu? Harus ingat juga, suatu hari nanti anda juga akan jadi ibu.


Selamat Hari Ibu.
I Love You With All My Heart Mak.
Thank you so much for everything.


Thank you for reading. Jangan lupa wish ibu anda esok!

10 comments:

Jamban Comel said...

HAPPY MOTHERS DAY

Ayeem Jemain said...

sayang emak! :(

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum nadia...


wow..sibuknye. anyway bab2 kehilangan mcm tu bukan sesuatu yg dirancang. kene terima la kenyataan n be strong la. ajal sesiapa pun or diri kita sndri, kita xkan tahu..

di antara anak2 yg ramai nnt akan ada la blh jaga mak ayah..

kalo yg laki, esok2 jadi daddy.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Azzam?? said...

deyy... sampai bila2pun i takkan jadi seorang ibu lah! -_-

NADIA RAHIMI said...

jamban: hee :DDD

ayeem: mak you kan? haha sebab I pun panggil mak

blade: waalaikumussalam. terima kasih! :) tapi ada jugak mak bapak yang terbiar kan di pusat orang tua. sian. mintak jauhhh

azzam: hahaha. I terlupa nak mention untuk lelaki sekali :p

bella dela rosa said...

aloh aloh alohhhhhhhh.sayang mother jugakkkk

KAMIHIDUP said...

memang sibuk si nadia ni, nak tunggu update memang lama, heee. :)

NADIA RAHIMI said...

baby: kirim salam mother! :)

KAMI: hahaha :p

Sara Ali said...

=)...

insan yg smmgnya terbaik diciptakn untuk kita semua.
=)

NADIA RAHIMI said...

setuju tu sara :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...