Wednesday, March 23, 2011

Ia Bukan Segalanya

hari ni result SPM akan di umumkan. walaupun I tak ambil tapi I berdebar-debar sebab adik I, Asyikin yang ambil exam tu. biasalah tu. bukan kakak ibu bapa sahaja yang teruja, tetapi makcik pakcik sepupu sepapat dan jiran-jiran juga lebih teruja.

jikalau adik-adik kurang berpuas hati dengan result, jangan lah berputus asa. it is not the end of the world anyway. so JANGAN nak lompat bangunan atau main toreh-toreh. perjalanan adik-adik masih panjang lagi. adik tak kahwin lagi kan. best oh kahwin. hiks. SPM bukan segalanya okay? memang cikgu-cikgu suka cakap SPM penentu masa depan. guess what, diorang saja je cakap macam tu nak suruh adik-adik buat betul-betul. penentu masa depan yang di maksudkan ialah bidang yang lebih khusus yang bakal adik ceburi.

masa akak (eceh) spm dulu akak dapat 6a 5b je. pun begitu akak bersyukur kerana berbaloi lah sebab akak memang kuat tidur dan sengaja tak pergi sekolah/tuition atau dalam erti kata lain ponteng. oh mak I really hope you will never ever read this because I've changed :p mungkin kalau akak rajin 16a atau 60a pun dalam tangan. tapi buat apa nak menyesali apa yang sudah terjadi, hidup mesti lah di teruskan :)

sekarang banyak sangat kolej atau universiti di negara kita ni. yang penting keazaman adik-adik untuk teruskan belajar. kalau tak nak belajar, pergi lah institut yang menawarkan kursus kemahiran. cuma buat masa sekarang iaitu dua tiga hari jangan bukak tv atau baca surat khabar. meleleh air mata tak pasal-pasal kang.

okay lah, kalau adik-adik nak nasihat dari orang muda macam akak ni, pm facebook akak ye. tiada bayaran di kenakan. hihi.

thanks for reading! good day! bye for now.

9 comments:

Mr feckry said...

lu lagi pandai dari gua..sebvab lu dapat 6 a

NADIA RAHIMI said...

haha spm bukan ukuran siapa lebih pandai la feckry!

BLADE EDGE said...

salam nadia...

mmg dulu masa skolah dah byk kali org kata SPM tu penentu masa depan..mana ada sgt, cakap jer tu..realitinya tak terhad stakat tu jer..

sbnrnya, kelulusan SPM tu just sbg saluran utk ke IPT jer, utk kita pilih laluan nk blajar bidang seterusnya yg lebih khusus. tp kalo xde pun sbnrnya xper. jgn la terikat sgt dgn sistem kehidupan yg diatur ni..free your mind sikit la..byk lg pluang blh ambik. rezeki kat mane2 dan mcm2 cara Allah boleh bagi.

contohnya, dekat mana2 pusat giatmara, ramai lg yg tercicir or result xbagus diambil sbg students. apa yg diajar kat situ blh digunakan utk survive dan keje sndri..contoh lain, kalo tgk org yg bekerja sndri kat bengkel2, kedai2 makan, berniaga..diorg ni kdg2 tu xde pun result bagus or skolah x abis, tp knape blh survive?

jgn terlalu nk terikat sgt dgn keputusan tu, yg lebih menjamin ialah bila dlm diri ada set of skills utk hidup berdikari, cari makan dan bina life sndri.

Shahiela C said...

Kak Naya, nak nasihat free!

Naddia said...

spm dapat 47 As..terer tak? haha

NADIA RAHIMI said...

blade: yes i agree with you. even yang ambil spm dua kali pun dah ada PHD :)

sha: eh nasihat apa sis? dah terer tu kan! hihi. congratulations :D

naddia: fuyoh. awek jawa memang semua terer-terer kan

budak kampung said...

wahhhh kite same....saye 6a 6b...pastu my dad tros tak layan sebab die nk straight a huhuhu....nak wat cmne...ank die ni bengong sikit

dimana logiknya earth hour??
aku jadi malas blogwalking bila...
kuasa seorang wanita

Azzam?? said...

kawin tu best... kamu tu pun tak kawen lagi.. mana u tau??

NADIA RAHIMI said...

budak kampong: eh ok lah tu 6a kalau kata bengong. hee. mesti sekarang dah okay kan :D

azzam: I janda anak 5. hihi. takla. kawan2 I yang dah kahwin cakap best lepas I tanya best tak kahwin. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...