Friday, February 11, 2011

Luahan Hati Retak Seribu

Ada suatu hari tu, telah di takdirkan kereta I membuntuti sebuah lori sampah. Masa tu hati sedang berbunga-bunga dan mood baik, so malas lah nak potong lori tersebut. Perlahan je drive macam couple naik motor yang bersiar-siar tu. Kemudian mata I terpana pada orang-orang di sekeliling yang tengah tutup hidung. Mungkin sebab bau dari lori tu kot. I tak bau pulak. Hidung tersumbat kot. Tapi tiba-tiba hati I jadi tersentuh dan sayu. Bukan sebab hidung tersumbat, tapi bila tengok pekerja yang angkat sampah tu yang tengah pandang ke arah orang sekeliling. Tutup hidung okay lagi tapi siap buat riak wajah yang amatlah sangat annoying.

Makcik/pakcik cleaner pun ada yang memandang rendah. Setakat senyum dan tegur-tegur apalah sangat kan kan kann.

Satu situasi lagi, pasal seorang coursemate I. Mak I ni jenis supportive so ada sekali dia teman I ke plot eksperimen projek tahun akhir. I bagitahu lah kat kawan tu, 'ha tu mak Nadia'. Tahu tak apa dia buat? Dia buat bodoh je. Terbakar la jugak hati ni. Nak tegur cakap sepatah pun tak apatah lagi nak bersalaman. itu MAK orang okay MAK orang.

Ada jugak lah I dengar cerita macam-macam tentang orang yang tumpang rumah saudara dia, tapi nak tolong pun tak ada kecuali tolong makan dan minum.

Entahlah. Benda ni semua common sense. Kalau nampak orang tua susah naik tangga takkan kita biar. Tong sampah dekat peh je pun takkan nak buang sampah rata-rata jugak. Tu resit bank tu. Punyalah bersepah-sepah kat bank padahal ada je tong sampah. Nanti bila di tegur menjawab pulak. Kata ' nanti tukang sapu tak ada kerja'. Okay fiiiiiiiiiineeeeeeeeee. 

I rasa kadang-kadang kita ni tak sensitif. Kita tak peka dengan perasaan orang lain. Kita lebih memikirkan dan pentingkan diri sendiri.

Kita kena ingat, kita ni tak adalah bagus mana. Siapa je kita ni di sisiNya. Wah entry ni emo tapi I geram lah. I tahu I tak baik mana tapi I kesal. ewah bahasa jiwa bangsa -__-''

Okay maaf entry ini serious. I memang serious. Bakal PM Malaysia kan.
 Thank you for reading.

ps: ada ustaz tu beritahu, kalau nak ubah perangai ubahlah sebelum berusia 40 tahun. sebab lepas tu memang susah nak ubah. marilah kita sama-sama cuba buang unsur-unsur negatif tu. I mintak maaf kat siapa-siapa yang I pernah buat salah dulu. Muah! *boys sila tepis*

14 comments:

Aizad Esdi said...

Sorry, receive already..haha

shima azmi said...

haha..gaya ex-mpp ckp la kan.. =p

Wanybunny said...

bagus entry ni, stuju sgt!

BLADE EDGE said...

salam nadia..

rakyat m'sia ni dr dulu mcm tu..pi mana2 pun xde sivik. berbanding dgn kat negara lain, kalo buang sampah merata2 ada pulak yg akan disuruh buat keje2 kemasyarakatan utk suatu tempoh. baru2 ni dlm paper ada siar psl kat negara lain siapkan rang undang2 pd sesiapa yg suka kentut merata2 suka2 hati..sbb dikira mencemarkan bau persekitaran :-)

org negara lain ada disiplin tp kita ni yg dah islam pun buat sikap mcm tu..sepatutnya kita lebih baik drp diorg. sapa xgeram? kdg2 saya sndri pun terkilan.

Bella Ayub said...

nice netry..dan membuat bella berfikir

Ayeem Jemain said...

target 30 tahun lah nk ubah pangai :D kalau sempat -.-

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, bakal pm? serius?? smalah kita.. haha, just joking sis..

btw, alahaii, kalau kesalahan kecik2 tu pasti mereka2 maafkan.. it will be fine if we are always kind to others:)

Anonymous said...

stuju2..walaupun cleaner da ada..tu mmg tanggunjawab kte nk kne buang sampah..kn3??
hehe..nadia sgt la prihatin..keep it up..:D
nice blog btw

Anonymous said...

alamak tekena la kish tu...mcm mana ni....
ewahhhh,,,,,prihatin jgk ko ni kn...xcaya aku ni haaaaa....

p/s;ko knal aku dan aku knal ko...hahahahahahahaha bila ku bosan aku kol ko....kn...kn....kn.....

sarah zulk said...

hi nik.. hehe.. stuju sangat2 dgn topik nih.. =D

Azzam?? said...

tepis?
hmmm... oklah.. tepislah =D

NADIA RAHIMI said...

aizad : alamak :p

shima: eee mana de. ngade kan awak niii..muah!

wany : thank you! :)

blade : tulah. harap-harap pada yang sedar tu elakkan buat benda-benda ni :D

NADIA RAHIMI said...

bella : terima kasih dear :)

ayeem : insyaAllah. baguih le tu ah ada niat taknak lucah2 dah. haha

fifiey: hihi. baru nak sep sikit. em true. kena selalu kind to others :D

anonymous 1: thank you! terharu. hee

NADIA RAHIMI said...

anonymous 2 : ye seng. ko le tu tiada yang lain. nyampess!

sarah : hi sayang. hee maceh :)

azzam : gooooooooood boy! hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...