Wednesday, January 19, 2011

Mari Berkenalan dengan I :)

Masa kecil-kecil dulu I ingat lagi ada satu set kertas pasal rahsia personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran oleh Dr Fadzilah Kamsah. Gigih tu pinjam dari kawan untuk bawak balik, nak photostat. Lepas tu haruslah baca pasal bulan kelahiran sendiri kan? nak nak yang baik-baik/ positif. tersengih lah sorang-sorang. Dah baca pasal bulan sendiri, akan diteruskan membaca untuk mak abah, adik beradik, dan peminat. eh I mean orang yang di minati. ecece.

Oleh itu, meh lah kenal-kenal I berdasarkan bulan kelahiran I iaitu MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan. (zzzzzz. eleh padahal dalam hati... )
  • Mudah didampingi. (patutlah selalu kena tindih. demm!)
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa. (I memang suka simpan masalah sendiri)
  • Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian. (peace no war)
  • Sangat peka kepada orang lain. (tapi peka amali sains dulu cukup malas nak buat)
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. (perdana menteri memang sesuai)
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah. (tak cepat marah? aiyoyo ini dusta belaka)
  • Tahu balas budi dan kenang budi. (hi encik budi)
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. (I nampak korang korek apa tadiiiii haaaa)
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. (apo nak di kato)
  • Suka berangan-angan. (selalu berangan kahwin dengan anak raja. every girl does)
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. (kena ubah ni)
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. (mana ada. cool je ni)
  • Suka dengan hiasan rumahtangga. (ececece. leh ganti eric leong ni! )
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik.
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody. (moody? hiks. baiklah)

This is just for fun. Kata research kan. Tapi tak boleh lah nak percaya 100%. Tengok cerita Khurafat kang.

Anyway, terima kasihlah kerana sudi berkenalan dengan I. Malu tau :D

Bye for now!

25 comments:

Anonymous said...

kte lahir bln march.. tapi, mcm x same jek ape yg dlm snarai tu.. hu3

shima azmi said...

eh..nk g tau..i pn lhir bln 3.. =p

Hirmanto said...

I marchman u marchgirl. peewwiit :)

Ayeem Jemain said...

ada bakat seni dlm muzik? ada ka? ;D

momochan said...

auwww momo pun pernah dapat kertas ni kat sekolah dulu..pastu pakat ramai-ramai pergi photostat.HAHAH bila fikir balik kelakar la pulok.uhuuu

momo bulan mac juga!wink*

NADIA RAHIMI said...

anon : hihi. tak semestinya kan? :)

shima: ada aku kesah? hihi. tapi yang berangan-rangan dan pemendam rasa MEMANg sesuai dengan you!

hirmanto : haha :D

ayeem : eh eh pandang rendah nampak :p tu gambar bawah kusyuk nyanyi ye la tu. belum cuba belum tau! ;)

momo : kelakar kan. ye;a nama pun bebudak time tu. oh really? gimme five!

conbellydiobeterisme said...

bakat dalam music?wah~

BLADE EDGE said...

salam nadia...


semua tu xtepat pun..org buat research ni mcm2 la...just assume tu semua tekaan diorg pasal kita...bukan btul pun...

saya xpercaya dgn tilik2 mcm ni or yg sewaktu dgnnya, takut syirik..nmpk jer mcm remeh tp tu la yg slalu kene jaga2 sbb takut nnt rosak akidah...nauzubillah...

black heart inertia said...

3 points yg x dikomen dengan tulisan kaler merah^^,

--> Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
-->Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
-->Punya bakat seni dalam bidang muzik

haaaa time bace yg ni mesti terangguk2 smbil cakap "hell yeah~" tp nggak bisa mengomen, takot jadi takbur =D. but its quite unique how people who's born on march described by DFK, its like they're cool n very close to people around them a.k.a disenangi ramai~ nk jadi PM kan? elok sgt~ but pls cut off the avenging tendency ek?;p

p/s: wondering why my comment was quite bias? heheh!

adrinaqamarina said...

kte gadis februari! hehe.

eh ni dah ada pewaris eric leong nampak nye :D

y2j said...

nice to know u cik nadia ;p

NADIA RAHIMI said...

conbelly : wah tu macam terkujat je. ehe

blade : sama jugak macam horoscope. andaian je. harap kita dapat pupuk anak-anak kecil supaya jangan percaya. baca untuk suka-suka je kan? :)

BHI : bukan apa, tak tau nak komen apa. sebab tu biarkan :D
haha avenging tu masa kecil-kecil saja. bias? sikit lah. ngee

adrina: ye saya tahu. awak dah bgtahu lahir bulan 2 :p

y2j: hihi ;B

conbellydiobeterisme said...

terkujat??ahem tak pham hak3 :P

syasya said...

okeh now i dh kenal u hihi betol la.dulu pon i ade buat copy paper 2! kih

Azzam?? said...

-_-

okay.. hi!

Zaer said...

"Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran"
aww..comel tauuu.

TunTeja said...

wiwittt..nak ngurat!!! HAHAHA..tetibahhhh..

NADIA RAHIMI said...

conbelly : I cakap tamil kang. haaa

sya: hey yang you dah lama kenal I! :p

azzam : hi! *sambil tangan buat peace jugak*

zaer : tak semestinya betul. hiks.

tunteja: fuyoooh aweks cun mau ngurat I! sukak! :D

areripe said...

mudah didampingi, awat cek November pun kena tindih!
haha!

rain said...

nadia berangan nk kawin anak raja erk..anak raja gopal xnk ker???????hehe.just kiding

bunga_lily_pink said...

hai~!! bley kenal dgn lebey dekat ta??haha

NADIA RAHIMI said...

areripe: hee cuba tanya pendamping. aaaa takot!

rain: haha.pun boleh. nanti anak terer main bola :D

alia: meh la dekat2 meh.toksah malu :p

Imzainieyzulkipli said...

seronok nya berkaroke!

NADIA RAHIMI said...

yup :)

Anonymous said...

muke u ade iras2 eira syazira :D.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...