Sunday, January 2, 2011

berhenti menculik!

hi adik-adik. entry ini memang khas untuk adik-adik sebab I rasa anda yang sudah layak menonton rancangan 18SX telah pun tahu apakah yang di maksudkan dengan PLAGIARISM. Untuk pengetahuan adik-adik dan bukan adik-adik, ia adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. sabit kesalahan boleh di hukum gantung sampai tercekik!

baiklah, maksud Plagiarism ialah ciplak. oh maaf itu terjemahan bahasa sahaja. plagiarism berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'kidnap'. oleh itu ciplak bermaksud mengkidnap orang lain punya idea atau penulisan. sebagai bahasa mudah, adik-adik pasti tidak akan mengambil kawan adik-adik punya wang saku atau basikal miliknya bukan? kecuali lah kalau adik seorang pembuli terhormat atau pencuri yang berani. begitu juga dengan penulisan atau idea seseorang tidaklah adik boleh kidnap sebab ia dah dikira sebagai hak individu tersebut.

dulu masa akak muda-muda akak pun tak tahu sangat benda ni salah terutama bila buat assignments, suka hati main copy dan paste. salah tau buat macam tu sebab cuba adik bayangkan, adik telah lima hari lima malam tidak tidur buat surat cinta kepada orang yang adik syok gilerr, tetiberrr selamber badak jerr member adik guna idea adik tu pi bagi kat orang yang dia syok. dan orang yang dia syok tu orang yang adik syok jugak. apa perasaan adik? bangga tak? so lepas buat assignment selalunya akak-akak dan abang-abang semua akan buat segment 'reference' iaitu beritahu dari mana kita dapatkan maklumat untuk menyiapkan assignment tersebut.

ia dah jatuh hukum ciplak bila mana adik dapat idea/kefahaman untuk buat kerja setelah membaca penulisan seseorang ini dan adik tidak pula memberi penghargaan kepadanya. ramai jugak bloggers mengadu pasal hasil penulisan di ciplak, mungkin adik-adik tak tahu yang sepatutnya adik mention namanya. sebagai contoh: sumber dari blog kak Nadia atau credit to si polan bin poland. kalau nama website, boleh tulis atau link kan website itu. ataupun adik buat cam ni, Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) ciplak bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.

kalau adik-adik nak faham lagi maksud plagiatrism boleh click ke link INI. best tau. bahasanya mudah dan websitenya berwarna-warni malahan boleh keluar suara lagi. memang sesuai untuk adik-adik :')

itu sahaja dari akak. promise me tak nak plagiarism okay? buat kerja sekolah pun tak nak plagiarism tau. (cepat sambut jari kelinking akak dengan jari kelinking adik)

terima kasih adik-adik. yang bukan adik-adik tapi nak perasan adik-adik pun terima kacehh sebab membaca. selamat hari kedua di tahun baru!


ps: ciplak dan cetak rompak maksud berlainan tau. kalau nak tahu kelik Wikipedia


source

13 comments:

ijatnuar87 said...

plagiat,meniru,menciplak semua tu perkara yang suker sangat orang zaman sekarang buat...tak ada inisiatif untuk melakukannya sendiri...mungkin apabila dah terkantoi,baru mereka sedar diri....

conbellydiobeterisme said...

tak baik copy ngopy

HaKim daN MaS AzLina said...

trima kasih sbb ingatkan kakak...(ngaku adik) hahahaha

BLADE EDGE said...

salam nadia...

lg elok kalo tulis guna idea sendiri, xpyh ciplak mana2..

kalo nak ambik org lain punyer idea, buat link ke sumber berkenaan.

sesi persekolahan akan mula esok..so semuanya akan mula yg baru..org kata fresh start laa..so stakat ni, xkan ada la plagiarism lg..tunggu la bila masing2 dah byk buat keje...

hehehee....

Ayeem Jemain said...

yang suka pagliat ni org indo. bukan racist, tp fact! grrr last2 kita pulak dipanggil maling

adrinaqamarina said...

rina salu pelik, ade jugak orang yang nak copy entry orang yang 100% ialah life journal dye. kalau entry pasal cara-cara nak masak goreng pisang mungkin la boleh copy kan.

entah la.

erk, komen kte bebelit, babe, awak paam kan? hehe

Azzam?? said...

dah muntah dah.. asyik ajar benda ni tak tak masuk2 kepala jgk student2 i tu.. -_-

NADIA RAHIMI said...

ijat : ya mungkin. tapi ada juga yang tak tahu perbuatan mereka itu salah. kita ada undang2 tapi tak ada pelaksanaan kan :D

conbelly : baik! :)

hakim&mas : sama2 adik! (layankan ajerrr :p)

NADIA RAHIMI said...

blade: mungkin sebab dah memang tak ada idea sebab tu lah menciplak kan. abang bagi lah homework susah tengok ada ak student copy paste dari internet ;)

ayeem : tapi tapiiii I ada keturunan Indo -___-''

adrina : ye sayang, I faham sebab you tulis bahasa melayu :)

Ayeem Jemain said...

haha i pon ada lah. jawa. tp pedulik hape. indo dulu ngan skang dah tak sama. nenek atok kita baik2. kekeke :p

Hariz said...

*berpaut jari kelinking ngan akak naida* Weheee...

Adik Janji kakak *smbl paut jari kelinking dan angguk2 kepala* hek3 :)

NADIA RAHIMI said...

azzam : at least you do something about it right? good for you :)

ayeem : haha. entah la ayeem. sebab yang buat benda merapu sampai hari letak tahi tu semua confirm tak bertamadun, tak befikiran panjang dan IQ ada kureng sikit. nenek moyang kita cerdik pandai, tengok sahaja buktinya adalah kita :D

hariz: haha bajet comel la tu :p

BLADE EDGE said...

salam nadia...

nk homework yg mcmana??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...