Wednesday, January 26, 2011

Apa Ada Dengan Cinta

WARNING!: Entry ni kannn I kannnn nak cerita kann pasal cinta-cinta. So kannn harap kannn anda bersedia sebab kannn dia kannn geli-geli sikit. Hiks.

Cinta itu susah nak explain perasaannya. Daripada selalu bermuram durja dan berwajah tapai, hari-hari kita akan senantiasa ceria.

Bila kita cinta seseorang itu, semua pasal dia pun kita suka. Ada tahi mata kering bertompok tompok kat mata, tahi telinga berkerak-kerak pun kita nampak macam berlian yang bergelipan. Tahi pun rasa choki-choki ye tak? Er jangan lah rasa tahi betul-betul pulak kannn.

Kita akan ternanti-nanti saat untuk terjumpa/buat-buat jumpa si dia. Nampak seurat rambut pun jadilah. Macam-macam kita sanggup buat untuk tengok dia. Sehari tak jumpa dirasakan seperti setahun. Mulalah makan tak lalu, mandi tak basah dan berak tak pam. Tapi sekarang dengan teknologi jalur lebar tanpa sempadan ni, tak adalah masalah angau bangau sangat. At least boleh lah tengok gambar kat facebook dia. Tak approve pun tengok gambar profile je pun dah okay.

Cinta itu lebih indah kalau ianya mutual love. Fuyoooooooooooh syiok tuuuu. Susah tau nak jumpa orang yang betul-betul cintakan kita seperti mana kita cintakan dia. Time nilah frasa dunia ini kita yang punya sesuai digunakan. Rasanya dulu Bush kemaruk bercinta sebab tu dia bom sana bom sini. Yelah dia rasa dunia ni dia yang punya sukati dia lah nak buat pape pun.

Jika seseorang lelaki tu ikhlas cintakan kita wahai kaum wanita, semestinya dia akan hormat kita. Maksud I dia akan jaga kita dan segala batas-batas ketika bersama. Dia akan sabar menunggu saat kita menjadi miliknya yang sah, kemudian barulah kita dikerjakannya. Kerja kan solat jemaah yo. *cover*

Dan kalau betul lah apa yang kita rasai sekarang ni cinta, semoga ia akan berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Amin.

Maaflah kalau tekak anda geli. I warned you, didn’t I? :p

Thank you for reading.

ps: kadang-kadang terkeliru dengan perasaan suka, minat, sayang dan cinta. namun yang pasti ia adalah salah satu anugerah Allah yang tak ada pada makhluk lain. lagipun cinta itu milik-Nya.

20 comments:

si faraa :) said...

amiin..
like this entryyy! :)

asybedazzle said...

hehe, takpe. loya je tak muntah lagi. haha, takdela memain je. cinta itu subjektif. :)

conbellydiobeterisme said...

semua ada rasa cinta ,cuma mereka nak luah atau tidk terpulang ,tak perlu rasa geli pon :)

fendy said...

nasi kat pggan ni xabis... dah ilang selera...

Bella Ayub said...

haaa..ni mesti ade pape ni..kalau tak,
takkan buat entry love love kan.. :)

Faleeq Harees said...

cinta itu boleh diibaratkan
seperti makan sambal belacan

walaupon pedas
hingga mengalir air mata

namun tetap
di makan jua....

lalalala~

BLADE EDGE said...

salam nadia...

lama xde post..busy ker??

ker tgh angau nii?? :-)

adrinaqamarina said...

betol. kalau mutual tu memang miracle la.

macam pernah terbaca kat mana entah, salah satu miracle ialah bila dua orang tu jatuh cinta antara satu sama lain.

sebab selalunya, kte tengok, kte je jatuh cinta, dye hanya sekadar membalas je kan?

hehe.

baru tertanya3 semalam, mana nadia pergi sebab dah lama tak nampak update. hehe

NADIA RAHIMI said...

faraa: thank you :)

asybedazzle : hiks. siapa suruh baca :p ya betul tu

conbelly : perkataan 'cinta' tu cam geli geleman sikit tak? huhu

fendy : cheeewah.nak kata tengah di lamun cinta la ni ye?

NADIA RAHIMI said...

bella : maybe? insyaAllah :)

faleeq : I memang suka makan belacan dan yang pedas-pedas. hihi

blade: busy la abg. angau pun jugak :p

adrina : true. tapi yang terbaik kalau dia yang syg kita. baru kita di jaga betul-betul :D
busy sikit la awak. hee

Ayeem Jemain said...

haha memang geli tekak, sebab lawok entry ni. tp masih sampai isi yang nak diisikan. best nya bercinta. i je tak pernah bercinta, secara normal ;'p

Wanybunny said...

agree!

NADIA RAHIMI said...

ayeem : eleh yela tu. taknak caya. hoho

wany: ngee :D

Moumo said...

bebe,
terbaek gile entry.
entry comey cm tuan die

Ayeem Jemain said...

haha tak percaya lak dia. tampar nak? haha

NADIA RAHIMI said...

moumo: hiks tak adalah. thank you btw :)

ayeem: amboi. amik kesempatan nampak. bukan muhrim so tak boleh. wek :p

Faa Niza said...

mana ada geli, haha ;)

comel je,
amin amin,
kawen nanti jangan lupa jemput tauu!

Aziziorama said...

Salam,

Cinta ada banyak dan bermula dalam banyak keaadaan. Ini apa yang saya masih ingat semasa belajar dahulu, Psychology subject. P.E.S.A
Phileo, Eros, Storge dan Agape.

Phileo lebih kepada persahabatan. Iaitu kekal kita akan ada persefahaman dan selesa dalam perhubungan.

Eros hanya bersandarkan nafsu dan kehendak untuk berkasih.

Storge lebih baik. Kita bercinta kerana terjalin oleh perasaan. Sebagai contoh kita cintakan ibu bapa, kerana mereka melahirkan dan membesarkan kita. Juga pada kekasih, ini lebih ikhlas.

Dan terakhir Agape. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana bersandarkan simpati, terpaksa dan tidak sedar kita telah bercinta. Maksudnya, cinta haruslah berputik bukan kerana tanpa rela. Keikhlasan hanya tanpa perasaan.

Cinta haruslah bersandar pada realiti, perasaan, kejujuran dan persefahaman.

Realiti seperti mempunyai masa hadapan yang baik, beragama dan bersifat baik dan juga mempunyai wang. Rupa nombor 2, ayat manis mungkin nombor 7, apa guna jika tidak bersungguh buktikan? Don't ever choose the perfect one, instead of the right one, that suit you =)

Perasaan - haruslah akan mekar sentiasa. Jika ada perasaan, maka wujudnya sesuatu yang indah. Akan wujud motivasi dan kekuatan. Perasaan ialah makanan jiwa. Matinya perasaan akan membawa cinta agape atau/ dan eros. Berikan makanan pada perasaan dengan melakukan2 perkara yang baik, berkat dan indah.

Kejujuran - keikhlasan dan kesetiaan berada dalam kejujuran. Maka tidak timbul hal curang dll.

Persefahaman akan memberikan penghormatan, tanggungjawab dan toleransi. Jika si isteri penat, maka adanya persefahaman, suami akan mengurut isteri, menolong memasak dll. Begitulah untuk orang belum bercinta. Akan kurangnya kata2 kasar dan pergaduhan.

Jangan pilih seksualiti atau unsur 'aesthetic'. Ianya hanya melalaikan realiti tanpa sedar. Nafsu tidak pernah kekal, ianya hanya sementara, tetapi berulang. Makanya tidak pernah cukup.

Cinta itu mudah, tapi jangan memudahkan. Cinta juga buta, atau kita yang membutakan. Bahaya jadinya.

Mungkin Nadia penat nak baca. Mungkin juga tafsiran saya salah. Wallahualam. Tapi saya hanya berkongsi.


Aziziorama

NADIA RAHIMI said...

faaniza: hihi. thanks. insyaAllah :D

aziziorama : phew~ penat but worth the effort! hihi. thank you. I gain something new and I simply love it :)

Aziziorama said...

No thanks, Nadia.
It's a knowledge we have to share.
And we share because we care.
So keep it up with your writings.
Love sincerely, do good in your own way.
You have the right to choose, so choose wisely.

Everything should be alright.

And smile.

=)

Aziziorama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...