Saturday, May 14, 2011

Video Awek Terjun Tingkat 8

Hi semua! Okay, tajuk memang tak boleh blah. Nak buat yang lebih poyo kang anda menyampes. Hee. Oleh kerana ada yang mahukan pembuktian yang lebih kukuh selain daripada sijil dalam entry ini, so here's the video. Video pertama memaparkan I yang tak ready untuk lompat lagi.


Yes I tahu suara 'kejap, kejap' tu sangat keitik-itikan -____-''
Video kedua, jeng jeng jeng...




Yang jerit tu bukan I okay. Kalau anda rasa itu suara I maka I sangat berkecil hati. Ada pulak anda rasa suara I kejantan-jantanan T_____T

Ok thanks for viewing! Have a fabulous weekends!



Credit to abang bungy for the vids

Thursday, May 12, 2011

Hanya Untuk Yang Berani

Ni nak beritahu kome semacho-macho I ni kan, sebenarnya I ni seorang yang penakut. Senang kata takutlah serba serbi!

Salah satu ialah ketinggian. I dapat rasakan yang I ni gayat orangnya iaitu bahasa saintifiknya Acrophobia. Tengok bawah dari tingkat dua pun dah kecut perut. Motippp? -_____-''

Tetapi I juga seorang yang suka cuba benda baru. Dalam hati dan sanubari ini pernah megimpikan untuk mencuba bungy jump setelah tengok rancangan Fear Factor.

Daaaaannn tadi I telah cuba! Gila ah terer lu der *puji diri sendiri*. Padahal tadi kesian abang-abang bungy yang mesti penat memberi dorongan dan sokongan untuk I lompat tapi tak lompat-lompat jua.

Bayangkan, time I lompat tengah hujan serta kilat sabung menyabung. Ok over. Tak lah menyabung sangat. Ada sedikit guruh/kilat/petir entah I tak tahu nak beza. Mula-mula abang tu kata renyai takpe jangan ada guruh/kilat/petir. Sekali turn I, masa tu lah semua nak keluar.

Seriously I takut gila. Mengigil. I bayangkan macam mana kalau tali tu terputus masa I lompat? Adakah I akan lemas? Pastu macam mana pulak kalau I kena sambar? Wuu negatif semua keluar memang Nadia Jenin. Namun I bersyukur selamat semuanya :DD

See ada sijil! I tak kencing anda pun sebab kan ada nama I yang panjang tuuuuu.

Abang tu kata macam dari tingkat 8 sesuatu bangunan tingginya. Tengok dari atas memang woo takut. Tapi berlagak bila dah turun, 'La, tak tinggi sangat pun' -____-''

Okay if you guys interested, pergilah ke Sunway Lagoon. It is the first ever in Malaysia. The price is rm130/jump. But if you have mykad, the price is even cheaper iaitu rm75/jump. Eh I pelik kenapa sejak dua menjak ni I promote tempat? Oh, menjana pendapatan negara yo! YOU HAVE TO TRY THIS I'm telling you!!!!

So the moral of the story jangan kata hang tak boleh even hang tak try lagi.


Ok bye nak urut kaki sendiri. Kaki I lenguh main all parks. Tu lah akibatnya malas exercise, main sukan sikit dah lenguh-lenguh. Lembik. T____T

Thanks sudi membaca! Bye for now.

Thanks awak, ilyfe :)



ps: I've always thought the spelling's bung'ee' instead of bung'y'. Bahasa Melayu kot. Hihi sebab I buat bungee tak ada garisan merah kerut-kerut di bawahnya tu.

Tuesday, May 10, 2011

Tak Suka Nama Sendiri

Dulu I tak berapa suka dengan nama sendiri. Dah la tak glamer pastu panjang gila pulak tu. Masa peperiksaan, orang lain dah start jawab soalan I baru terkedek-kedek tulis nama.

Oleh kerana I kuat berangan, I ada buku berangan. Di buku itulah I coretkan angan-angan I. Macam budak kecik tapi memang lah budak kecik waktu tu. Di buku itu ada nama idaman I lah kononnya. Bukan nama tapi nama-nama. Dan juga bukan buku tapi buku-buku berangan. I juga dah dapat nama bakal anak-anak I. Budak pelik -___-''

Tapi sekarang I suka nama I. Asalkan maknanya baik, syukur sekali ya. Nik Nurul Nadiatulakma bt Nek Rahimi. Pergh memang mencabar nak disebut time akad nikah. But hey, practice makes perfect :p

Oh ya, sebutan yang betul untuk Nadiatulakma tu ialah Nadiatul Akma. Walaupun anda tak tanya pun tapi mengada lah orang kat hospital tu nak sabotaj nama I kan. Kuajo.

And disebabkan nama I ada 'nik' orang ingat I orang Kelatan. Maka mulalah mendapat kritikan seperti 'Kelantan tapi tak _____' Anda sambunglah sendiri T____T

Abah memang orang Kelantan tetapi Mak orang Johor. So I mix lah. Hoho perasan. Tetapi I tak pernah menetap di Kelantan sekadar balik raya adalah. Bila I try kecek ex roommate I iaitu seorang pantai timur akan menyuruh I berhenti. Ini adalah kerana I kecek siam bukan kelate maka dia telah offended.



Macam di kutub utara tak? Haruslah tak. I kat Snow Walk, Icity Shah Alam masa ni. Well I kan bakal orang Shah Alam uhuk uhuk kenalah biasakan diri di sana. Buat anda yang teringin nak merasa kesejukan, inilah tempat yang sesuai. Of course artificial snow tak sama dengan buatan Ilahi. Tapi okay lah kan. Masa I pergi ni iaitu last week tengah promotion. Masuk patut rm 25 tapi diskaun sehingga rm 15! Kanak-kanak murah sikit.

Bila dah masuk dalam anda boleh sesuka hati keluar dan masuk balik. Buat macam rumah sendiri. Ada sign tak boleh bawak kamera namun orang kat dalam buat derk je. Dibuka seawal 10 pagi hingga 1 pagi. I pergi pagi hari jumaat pulak tu memang tak ada orang sampai nak main games banyak kali pun segan. Tempat ini juga sesuai kepada aweks nak cuci mata, ramai lelaki muda mengawasi tempat ini. Jangan lupa pakai kasut kalau tak BEKU kaki anda. Sweater disediakan, glove bawak sendiri/beli. Hidung I merah you, pastu I terselsema and guess what? Hingus jadi keras!

Marilah bersama menjana pendapatan negara dengan pegi ke Snow Walk! Destinasi sesuai untuk seisi keluarga!

Thank you for reading! Good Day!

ps: eh nama boleh tukar kan? so kepada yang namanya bermakna tak baik, usah risau. Janganlah salahkan orang yang beri nama kat anda sebab mungkin dia kurang berpengetahuan tentang perihal nama tu. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Monday, May 9, 2011

Darah Manis

I bet anda semua pernah dengar pasal Darah Manis kan? Ye I takkan buat lawak konon darah tu manis sebab memang tak lawak pun -___-''

Darah Manis ni ialah sumpahan dari orang tua-tua yang diberikan kepada kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, selalunya setelah bergelar tunangan orang. Okay sumpahan tu I main-main je. Saja bikin gempaq. Ceh.

Orang kata bila darah manis ni, kena hati-hati. Masa tu lah accident, benda-benda halus, awek/pakwe hot cukup segalanya nak menghampiri. Ia nya macam boleh mengakibatkan sesuatu perkahwinan itu tak jadi (simpang malaikat 44. eh kenapa kena simpang malaikat 44 eh?).

Abah masa beberapa hari lagi nak kahwin dengan Mak, dia accident tau. Kereta baru tuu time nak ambik dulang paha untuk hantaran tuuu. Fuh nasib selamat, Alhamdulillah. Kalau tak Nadia Rahimi tak wujud :/

Darah manis jugak dikaitkan time tu lah makin gatal. Konon sebab dah nak kahwin, so redah/ gasak je macam orang dah kahwin. Oh ini jugak mohon simpang malaikat 44.

Tapi yela memang tak boleh percaya sangat tapi mungkin orang yang reka benda ni nak kita sentiasa beringat. Peringatan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Yela nak kahwin ni banyak dugaannya, dah kahwin nanti lagilah!

Maka dengan ini I tak sabar nak dapat gelaran darah manis! Baru lah mencabar hidup! hihi. Semoga hanya 'dia' untuk aku selamanya. Amin.

Thanks for reading! I memang gatai nak kahwin ni. Haha



ps: Wohoo dah setahun dah umur blog I ni. So I really wanna thank all of you for reading, commenting and following this blog. Tak lupa juga yang memberi dorongan untuk I untuk terus menulis! Terharu sangat! I rasa penulisan I dah improve sikit kot dari post pertama I ni kan?
-____-''

Saturday, May 7, 2011

Kekasih Awal dan Akhir

Assalamualaikum dan Hi kawan-kawan!

Maaflah dah lama tak update. I busy lah tolong sepanjang wedding william-kate. Tak caya? Ish. Bukan ke muka I ada iras Kate?

*bunyi cengkerik*

Biarlah I nak perasan. Bukan selalu pun kan? I sebenarnya tengah berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan terdekat.

Ramai yang telah kehilangan ayah mereka baru-baru ni. Semoga roh ayah mereka di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Bukan apa. I bayangkan kalau I di tempat mereka. Kehilangan ibu atau bapa yang di cintai buat selamanya. Ya Allah, sedihnya rasa.

Memang kematian tu sesuatu yang pasti untuk semua orang. Tak kira masa, tempat, siapa atau kenapa.

Dulu I selalu berdoa, andainya Tuhan nak tarik nyawa, ambil lah nyawa I dulu sebab I tak dapat bayangkan hidup tanpa mak atau abah. Biasalah buudak-budak.

Kadang-kadang bila I bergaduh / salah faham dengan er mak la selalunya, I rasa ee jahat, anak durhaka betol I ni. Lagi-lagi time tu lah dan-dan je ada cerita pasal anak tanggang lah, lagu ibu lah. Tapi I kalau time tegang macam tu mesti nak mintak maaf cepat-cepat. Kalau tak, rasa bersalah akan menghantui diri yang hantu ini.

Jadi kawan-kawan, sayangi lah mereka, jagalah hati dan perasaan mereka. Ibu bapa kita ada yang tu je lah. Itu lah harta Allah yang paling berharga buat kita.

Kenapa seorang ibu boleh jaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu? Harus ingat juga, suatu hari nanti anda juga akan jadi ibu.


Selamat Hari Ibu.
I Love You With All My Heart Mak.
Thank you so much for everything.


Thank you for reading. Jangan lupa wish ibu anda esok!

Thursday, April 21, 2011

Siapa Lagi Cun?

I pasti anda pernah di bandingkan dengan adik beradik sama jantina tentang siapa yang lebih cantik/handsome. Tak pernah? Okay okay. Dengan Ibu Bapa atau rakan taulan anda pun boleh.

I memang selalu lah kena sebab I ada 3 sisters. Dulu I selalu kecik hati sebab yelah antara mereka I yang paling hitam dan kureng sikit. Oleh itu I tak mahu upload gambar my sisters kerana bimbang akan di bandingkan sekali lagi oleh anda pembaca semua lalu membuatkan I terkecik hati sekali lagi. Tapi kalau anda degil nak tengok jugak, pergi carik sendirik post yang berkaitan Hari Raya.

Tetapi nak buat macam mana sebab I sendiri pun suka bandingkan juga. Sebagai contoh, antara Aidil Zafuan dan Zakwan Adha, I rasa si er er er alamak salah bagi contoh sebab I tak nampak perbezaan pun antara kedua-duanya -______-'''

Apa-apa pun semua orang ada pandangan masing-masing. Cantik di mata I belum tentu cantik di mata anda. Oleh itu marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita diciptakan sebaik-baiknya. Yang paling penting cantik di hati kita tu :) Memang orang tak nampak tapi Dia Maha Mengetahui.

Untuk meningkatkan tahap konfiden anda tentang betapa cantiknya anda, sila nyanyi lagu Beautiful nyanyian Christina Aguilera. Pastikan part lirik yang ' I am beautiful no matter what they say, words can't bring me down, I am beautiful in every single way, yes words can't bring me down oh nooooo' tu jerit/pekik sikit. Eh adakah terkantoi di sini yang I selalu buat?

Oh rambut, cepatlah panjang sampai lutut
*gambar lama tapi rambut tang tu jugak T___T*

Okaylah sampai di sini. Thank you for reading. Good day and bye for now!

ps: siapa yang kata I cantik antara my sisters sah-sah kena check mata! tapi I tahu orang tu jaga hati I. macehhhh :')

Tuesday, April 19, 2011

Simbol Apa Ini?

Apa yang pertama sekali dalam fikiran anda bila nampak simbol ini? Ha? Ce citer? Oh stop it. Ini bukan ce citer hantu kak limah balik rumah okay -___-''

CE ni selalu I tengok ada kat banyak benda tapi tak terfikir lah pulak nak check apa kejadah ini semua. Tapi tak macam huruf C dan E pun kan. Kalau nak tahu apa CE ni, sila baca paragraph bawah ini sahaja.

CE tu kannn dia kannn singkatan kaannn untuk Conformite Europeene dalam bahasa France yang membawa maksud European Conformity atau apabila di direct translation keakuran Eropah. Bahasa mudah, pengeluar produk menepati keperluan-kepeperluan asas Eropah berkaitan kesihatan, perundangan keselamatan, perlindungan alam sekitar seperti yang tertera dalam peraturan diorang lah macam tu. Tak puas hati gi google sendiri taipkan 'CE Mark' dan terus tekan enter.

Okay nak sambung cerita lain tentang I tengok cerita kat pawagam. Cerita itu bertajuk 'Source Code'. Best la walaupun mula-mula I cam blur dan I pasti anda juga akan blur mula-mula. Cuma cerita tu tak realistic la. I give it 4/5! :)

Wednesday, April 13, 2011

Sehangat Tahi Ayam

Kenapa kebanyakan lelaki masa nak mengorat kemain lagi romantiknya. Bila semakin lama sesuatu perhubungan semakin kurang keromantisan itu. Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaa?
Kenapa nadia hang emo tak pasal-pasal. laki hang cam tu ka? -___-''

I sangat terharu tatkala melihat pasangan suami isteri berpimpin tangan lagi-lagi golongan yang agak berusia. I mean old couples. Rasa nak rampas je laki dia sebab kenapa sweet sangat.

I know it is not a big deal for most guys. Macam eleh setakat pegang tangan apalah sangat. Lelaki tak pandai/malas nak tunjuk rasa kasih dan sayangnya terhadap seorang isteri. Tetapi lelaki perlu tahu wanita ada hati kecil yang memerlukan perhatian dari orang yang disayangi. Lebih-lebih lagi saban hari mendengar cerita sana sini tentang kecurangan dan kescandalan rakyat setempat.

Jadi, hargailah pasangan anda. I tahu entry I macam eh apasal tetiba je. Tapi layankan saja.

Okaylah lagu ini boleh anda dedikasi kepada pasangan untuk memujuk mereka. Tapi I tetap tak terpujuk T____T


Thank you for reading. I rasa nak demam. Sobs. Bye for now and have a great day!

Thursday, April 7, 2011

Abang Tangan Kuat



Lepas tengok video ni I jadi kecut perut. Perut I memang kempis pun eh tiba-tiba. Kejadian ni bukan baru lagi tapi dah banyak terjadi. Kagum gila I tengok ketangkasan si pencopet. Dia ni mesti ada super power boleh pecahkan tingkap kereta macam tu je. Abang, nak sign.

So female drivers kenalah hati-hati lepas ni. Senang-senang tak payah pakai handbag. Kita beli je wallet lelaki confirm setanding kemachoan mereka phewit. Okay mengarut. Tapi itulah kita kena selalu beringat. Lagi-lagi ada barang berharga bersama kita. Oh and yes, bagi sesiapa yang nak pakai jugak handbag dan tak pernah baca tips dari Hanis Zalikha tentang apa yang patut ada dalam handbag wanita, click here.

Thank you for reading. Good day!

Thursday, March 31, 2011

Hadiah Istimewa Hari Lahir

click kat gambar tau kalau tak nampak :D


oh hari selasa lepas birthday I. siapa tak wish lagi CEPAT wish sekarang!! okay tak payah kalau tak ikhlas -___-''

dulu I rasa ayat 'semoga panjang umur dan di murahkan rezeki' adalah pakej sewaktu mengucapkan selamat hari lahir. tapi setelah umur I meningkat dewasa dan menjadi semakin matang ni barulah I sedar bahawa itulah doa dan hadiah terbaik ketika hari lahir.

meskipun tak aci sebab di facebook ada reminder, I sangat berterima kasih kepada yang sudi bukak profile I dan wish. I rasa macam beriban jugak lah yang wish. tak percaya anda kira lah sendiri. dua hari tu nak reply semua. bukan lah exact dua hari namun dua hari ketika waktu senggang hee. so TERIMA KASIH semua!! :)

di kesempatan ini I juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan abah tercinta kerana masih menanggung I cukup sempurna semuanya even umur dah 22 T__T , adik beradik yang beri dan tak beri hadiah namun hadiah kasih sayang itu adalah bermakna, kezutan-kezutan yang diberikan oleh bakal suami, rakan-rakan tersayang yang sanggup jumpa I dan rancang nak jumpa seperti bella yang I hidu something fishy that you are up to tomorrow dan supervisor tempat I praktikal yang sedang membaca, I love your gift, thank you so much! 

okay bye for now! good day :D



Wednesday, March 23, 2011

Ia Bukan Segalanya

hari ni result SPM akan di umumkan. walaupun I tak ambil tapi I berdebar-debar sebab adik I, Asyikin yang ambil exam tu. biasalah tu. bukan kakak ibu bapa sahaja yang teruja, tetapi makcik pakcik sepupu sepapat dan jiran-jiran juga lebih teruja.

jikalau adik-adik kurang berpuas hati dengan result, jangan lah berputus asa. it is not the end of the world anyway. so JANGAN nak lompat bangunan atau main toreh-toreh. perjalanan adik-adik masih panjang lagi. adik tak kahwin lagi kan. best oh kahwin. hiks. SPM bukan segalanya okay? memang cikgu-cikgu suka cakap SPM penentu masa depan. guess what, diorang saja je cakap macam tu nak suruh adik-adik buat betul-betul. penentu masa depan yang di maksudkan ialah bidang yang lebih khusus yang bakal adik ceburi.

masa akak (eceh) spm dulu akak dapat 6a 5b je. pun begitu akak bersyukur kerana berbaloi lah sebab akak memang kuat tidur dan sengaja tak pergi sekolah/tuition atau dalam erti kata lain ponteng. oh mak I really hope you will never ever read this because I've changed :p mungkin kalau akak rajin 16a atau 60a pun dalam tangan. tapi buat apa nak menyesali apa yang sudah terjadi, hidup mesti lah di teruskan :)

sekarang banyak sangat kolej atau universiti di negara kita ni. yang penting keazaman adik-adik untuk teruskan belajar. kalau tak nak belajar, pergi lah institut yang menawarkan kursus kemahiran. cuma buat masa sekarang iaitu dua tiga hari jangan bukak tv atau baca surat khabar. meleleh air mata tak pasal-pasal kang.

okay lah, kalau adik-adik nak nasihat dari orang muda macam akak ni, pm facebook akak ye. tiada bayaran di kenakan. hihi.

thanks for reading! good day! bye for now.

Tuesday, March 22, 2011

Maafkan Aku Kerna Menyakitimu

I telah buat sesuatu di luar jangkaan.  I tak suka orang buat, tapi I buat jugak. Apa nak jadi ni T__T

Tapi seriously I tak sengaja. Waktu tu, kemarahan telah menyelubungi diri ini. Sila lah jangan salahkan I tapi salahkan kemarahan I itu sendiri.

Nak di jadikan cerita, I pergi lah sebuah saloon sebab dah lama sangat tak buat rambut. Pastu I tak nak potong, jadi trim sahaja.

Disebabkan I leka membaca magazine pasal cintan cintun, dah siap baru I tengok cermin. I rasa nak jerit sangat sebab rambut depan I dah di potong sangat pendek!! Dahla pipi I memang tembam jadi makin terserlah ketembaman tu.

Lepas tu I serabut-serabutkan rambut I, tapi dia tak jadi serabut puuuunnnnnn sebab baru lepas treatment. Wuu sedih. I mogok lagi dengan keronyokkan resit. So di sini lah I buat that 'sesuatu' tu.

I baling resit tu kat depan saloon. Maknanya I buang sampah merata-rata! Seriously I tak pernah buat pun. Sebelum nak baling tu I sempat fikir sama ada nak buang ke tak. Tapi fikir balik sebab mestilah nanti ada orang bersihkan, maka I terus baling.

Bila dah masuk kereta I menjerit lagi. Dan baru menyesal buang sampah merata-rata. Maafkan aku bumi kerna menyakitimu. I nak banned lah kedai tu. Boleh tak I cakap nama kedai tu kat sini supaya anda yang baca tak pergi sana? Boleh tak? Boleh tak? Atau pun nanti kita sama sama bakor kedai tu. Kita bakor! Kita bakor! Bakor jiee!!

Sekarang self esteem I dah turun nak salahkan siapa? Tukang potong? Magazine? Article Cintan cintun? Penulis article? Haaa tuding jari kat orang bila sebenarnya salah sendiri sebab kenapa pergi kedai yang tak pernah pergi dan nak sangat trim rambut.

Okaylah nak merajuk balik. Thanks for reading!

Tapi jangan buang sampah merata-rata bila marah tau. Nanti anak-anak kita tak dapat menikmati keindahan alam. Sungai kita tanggungjawab kita.


ps: Jangan harap I nak upload gambor terbaru. Sedihhh. Tu lah pasal I dah lama tak berblog. Kuciwa. Namun I pasrah kerana rambut kan tumbuh semula.

Tuesday, March 15, 2011

KENTUT

adakah anda seorang yang berani melepaskan kentut di merata-rata tempat? mestilah tidak kan. kita pasti akan melepaskan angin tersebut apabila berseorangan atau ketika bersama kaum keluarga terdekat. yela, buatnya kentut tu berbunyi lagi berbau, tak ke haru? lagi-lagi kalau perempuan. oh malunya!

kalau dah TERkentut dan tak tahan sangat nak buat macam mana kan? lagi-lagi time tu sunyi, contohnya waktu nak jawab exam. tapi I pasti anda semua mesti ada teknik-teknik tertentu untuk 'cover' bunyi kentut seperti berdehem-dehem/batuk ketika kentut atau membunyikan kerusi dengan menyeretnya supaya kentut yang bakal anda lepaskan tidak jelas di dengari. ini bukan lah pengalaman tetapi pengamalan biasa oleh anda juga.

kentut atau nama glamernya Flatulence ini adalah di sebabkan oleh gas yang berlebihan di dalam salur pencernaan. Gas yang terlebih tu terhasil daripada udara yang anda tertelan ketika makan atau pun daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus anda.

kenapa berbau? ini disebabkan oleh gas hydrogen sulfide di mana sulfur tu yang buat ia berbau. contoh makanan penyebab kentut dan yang membuat kentut anda bau semerbak ialah makanan kekacang, sayuran seperti kobis, air bergas daaaannnn ya betul. you have guessed it right. telur :) kenapa berbunyi? er er carik kat link ini --> Facts on Farts. I maaaaluuu nak cakap. hihi.

oh ye. nak tahu tak yang secara purata seorang yang sihat akan kentut 14 kali SEHARI dan kebanyakannya time tidur. so kesimpulannya kentut sahajalah ye. sebab kalau di tahan akan menyebabkan perut anda sakit. untuk meningkatkan rasa konfiden anda untuk kentut, I nak bagitahu yang lisa surihani dan megan fox pun kentut yo! so selumber saja tetapi jangan lupa 'cover' sikit :p

thanks for reading. good day!



ps: I lebih suka orang yang kentut merata-rata dari buang sampah merata-rata

Monday, March 14, 2011

Kelam kabut membawa padah!

I telah menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Maka di sebabkan tak berapa ingat sejarah dolu-dolu, barulah I kenal siapa gerangan si Merong ni. It is a good epic movie. Tak rugi tengok dan tak ada lah rasa nak mintak yusry bayar balik duit tiket. And I don't even mind to watch it again. Jom?? I suka ayat yang Merong cakap selalu "sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"

Lepas tengok movie I ke toilet. Entah macam mana I boleh masuk ke toilet lelaki. Serious I tak sengaja. Betul lah. Apa ni tak percaya. Mungkin I terasa diri I ni Merong agaknya. Merong takpe jangan mereng. Tapi I bersyukur kerana toilet kat The Gardens semua ada pintu. Yang I sempat nampak seorang lelaki sedang memilih tandas mana nak masuk. Cuba bayangkan kalau keadaan tandas itu seperti tipikal tandas lelaki dan suasana sesak di situ .............................................. okay jangan bayang dah. 

Ini bukan lah kejadian yang pertama. Nak kata rabun, memang rabun tapi I pakai contact lense. Kali pertama  kejadian seperti ini berlaku, ada makcik jaga toilet dia jerit 'dik oi, nak pergi mana tu'.

Pernah juga di pusat karaoke I keluar sebentar dari bilik untuk jawab call. Bila nak masuk bilik I bukak pintu luas-luas. I nampak ada dua orang lelaki pegang microphone dan muka mereka terkejut yang amat. Mata terbeliak dan ternganga. Kelako muka mereka. Kikiki. Erm tapi entah-entah muka I juga kelako sebegitu. Sebab I pun turut sama terkejut. I salah bilik daaa -___-''

Adakah I gelojoh? Adakah I clumsy? oh tidak. I cuma over-confident. Hihi. So, moral of the story is berhati-hati. Ok bye! Thanks for reading and good day!


ps: adik I (awek) baru buat blog. ni ha click kat nama dia Asyikin kalau nak bagi kata-kata motivasi dan semangat juga sokongan kat dia.

Tuesday, March 8, 2011

bekas kekasih

entry kali ni tak berapa nak ilmiah sangat. hanyalah isi hati seorang gadis di kala bulan mengambang. tapi pernah lah pulak berlmiah kan.

adakah ia satu perasan normal untuk merasa cemburu terhadap bekas kekasih kepada orang yang kita suka? meski tak pernah bersua muka. sua apa-apa pun tak pernah?

lepas tu kan sibuk nak tahu nama dia, duduk mana, muka dia macam mana, baik ke idok. kalau boleh nak google atau upah spy carik pasal dia. oh by the way, ye, I lah Nadia Rahimi bekas kekasih dot dot dot yang you nak tahu sangat tu (khas untuk awek dot dot dot). I dah tak ada perasaan langusung lah kat dia! *emo tetiba*

mungkin inilah yang di namakan terancam dan tercabar. ewah. sepatutnya perlulah percaya kepada si dia. kepercayaan tu adalah salah satu elemen yang penting dalam sesuatu perhubungan. tapi bagaimana kalau kepercayaan itu di khianati? pastinya hancur luluh lebur hati ku ini.

entahlah. perasaan sangsi ni berleluasa dalam diri. paranoid sikit. banyak sikit. takut kita tak memberikan yang terbaik untuknya.

maaflah. perempuan dalam sebulan akan seminggu berperangai pelik dan memang banyak pikiornya. lagi-lagi ulang tahun bakal menjelma. ok bye for now! good day!

ps: bekas kekasih si dia, I hate you. (kesian dia tak pasal-pasal -___-'')

Wednesday, March 2, 2011

Pedulik kan mereka itu

Kita tak akan dapat memuaskan hati mana-mana pihak atau sesiapa sahaja. Sebarang teguran dan kritikan yang membina harus kita pandang secara positif untuk menjadikan diri kita lebih baik. Tapi ada sahaja golongan yang suka menjatuhkan orang lain dan yang paling menyedihkan, ia di lakukan di depan orang lain!! *penuh emosi*

Pada entry kali ini, I nak berkongsi rasa. Sebenarnya, I... I ....I .... di lamun cinta! Okay poyo. I nak cakap ni. Eh tulis. Anda baca tau. Hee :p

Kadang kala orang menilai kita secara luaran, apa yang diorang nampak, dan apa yang diorang suka-suka nak rasa. Lagi haru bila orang itu mulutnya tempayan pun kalah. Habis dengan semua orang di canangnya keburukan kita.

Tapi kita tak perlu melatah sebab kita tahu kebenarannya. Kita tahu siapa dari kita. Kita kena punya kekuatan diri sendiri. Sebab benda sebegini memang boleh menjatuhkan semangat kita. Pasti keluarga dan rakan-rakan sentiasa bersama kita.

Yang I paling bengang bila ada yang sanggup mengutuk fizikal seseorang. Sampainya hati mengutuk ciptaanNya. Bagi yang benar-benar merasa rendah diri, bersyukurlah kerana lebih ramai lagi yang kurang bernasib baik. Kalau pun kita kurang dari segi fizikal, biarlah hati kita benar-benar cantik.

Pedulikkan apa orang nak kata. Allah itu kan Maha Adil. Masa yang akan menentukannya. Jadi bersabar ya.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca.

Dah lama tak post sekali gambor. Kiki

Bye for now!


ps: yay sabtu ni pergi tengok teater Terima Kasih Chenta. Terima kasih chenta!

Wednesday, February 23, 2011

Nafas Berbau Tak?

isu ini agak sensitif untuk diperkatakan. apatah lagi bila ada pembaca merupakan kawan-kawan I lalu mereka berkata 'eh Nadia nak cerita pasal bau mulut dia sendiri yang bau longkang lagi wangi tu ke?'. okay fine. lepas ni I beli clorex banyak-banyak.

nafas berbau atau di panggil Halitosis ada banyak penyebabnya. yang paling utama ialah cara dan amalan penjagaan kebersihan mulut. adakah anda gosok gigi setiap hari atau sebulan sekali?

sepatutnya kita perlu memberus gigi, lidah dan gusi setiap hari. bukan itu sahaja, jangan lupa floss selalu. rakyat Malaysia tak berapa rajin nak floss gigi. I pun baru berjinak-jinak. hihi. mouthwash macam Listerine pulak boleh digunakan kalau doktor gigi mencadangkannya. di galakkan untuk berjumpa doktor gigi sekuang-kuangnya dua kali setahun dan bukan dua tahun sekali untuk pemeriksaan dan mencuci gigi atau scaling.

tetapi, macam mana nak tahu nafas anda berbau ke idok?

1. cara paling mudah iaitu tanya pada orang yang paling anda percaya dan tak tahu malu bila bersamanya. say 'hah' dekat dengan hidung dia. kesian dia kalau memang busuk -___-''

2. jilat belakang tapak tangan anda, tunggu sampai air liur kering kemudian apa lagi, suruh adik bau. eh bau sendiri sajalah. kalau berbau tak berapa menyenangkan, faham-faham sendiri. tapi I bau lotion lah. wow.

3. nganga mulut luas-luas, terbalikkan sudu plastik dan scratch kat lidah anda. kalau ada benda warna putih. oh itulah penyebab berbau itu.

4. jumpa dentist dan cakap, 'hey yo, I nak you check nafas I guna halimeter yo'

more tips here (click click)

thank you for reading. maafkan patik jika salah ya para dentist dan dentist-to-be yang membaca. sila betulkan mana-mana fakta (ada ke fakta?) yang salah tau.


ps: nafas berbau lebih baik daripada memliki hati busuk yang berbau. yuck.

Monday, February 21, 2011

Gila Glamer?

bahang pilihan raya kampus kian terasa *kipas kipas guna tangan* eh tersilap istilah bahasa. ia sepatutnya di panggil pemilihan calon pelajar. oh memanglah. sebab hari ni kan. hee. maka teringat pulak saat-saat I masuk bertanding suatu ketika dahulu iaitu tahun lepas dan tahun sebelum tahun lepas.

di sebabkan I ni lembik dan tak ada bakat bersukan, I cuba mencari kualiti yang ada dalam diri yang serba kekurangan ini. ternyata I memang meminati bidang-bidang kemasyarakat dan kepimpinan.

tetapi kecewa jugak bila ada yang beranggapan I ni gila glamer. hello, hello, helloooooo. kalau I gila glamer baik I masuk audition akademi fantasia ke, mentor ke, gadis melayu-jowo ke, pendek kata semua realiti program lah I masuk walaupun tak ada bakat.

kalau terel cari lah mana I :p

pun begitu, kadang-kadang kita tak perlu lah nak hirau apa orang nak cakap kan. janji niat kita tu betul.

anyway, nak jadi pemimpin ni sukar. dalam agama, bila orang dah undi kita ia dah di kira amanah. jadi kepada sesiapa yang menang nanti, pikul lah tanggungjawab itu sebaiknya okay. jangan sibuk nak berpolitik sangat. awak tu belajar pun tak habis. selesaikan kebajikan pelajar dulu.

oh ya, jangan lupa mengundi bagi yang layak! tak kesah lah kat universiti ke, merlimau ke. I pernah buat seorang student mengundi setelah dia tidak pernah mengundi selama 3 tahun walaupun terlebih layak. hihi.

thank you for reading! good day.


ps: kelako tengok gelagat manusia yang masuk audition. geram pun ada. habis interview mak bapak segala, sekali keluaq suara. aiyoyo. lelaki pun boleh menangis. hoi hoi jadi jantan sikit wak.

Thursday, February 17, 2011

Kenangan Bersamanya

I sangat sangat sangat suka The Rock. Tapi masa kecik dulu la. Sampai I belajar macam mana nak angkat kening sebelah tu. Gigih tu praktis depan cermin. Dan akhirnya, setiap usaha pasti berbaloi. Well well *angkat bahu dan kening*

yang I perasan, muka the Rock ni ada iras-iras Abah. I pernah baca bahawa perempuan ni akan cenderung menyukai lelaki yang sedikit sebanyak macam ayahnya atau saudara lelaki terdekatnya yang muhrim. I rasa anda mesti pernah dengar jugak kan? Kan? Kan? (pleaseee angguk)

Bapak

The Rock yang muka macam Abah

Berbalik pada The Rock, secara automatik bila dah suka The Rock maka mestilah I tengok wrestling. Tak pernah miss walau sekali. Walaupun tahu memang lakonan semata tetapi kalau kat television, anda tengok cerita semua pun lakonan semata mata bukan. Lagi-lagi sisters pun turut mencintai bidang sukan extreme ini. Abah pulak selalu sangat suruh kami tidur awal, kalau tak mesti kena marah. Tak berani pula kami nak jawab 'Lek lu' walaupun jam baru pukul 10 malam.

Kami yang patuh dan hampa akan terus beredar dari kaca television lalu ke bilik. Namun dalam perjalanan ke bilik terlintas di fikiran ada television di bilik Abah dan Mak. Apa lagi kami tersinggah lah ke sana. Yang bestnya rumah lama ada dua pintu yang tembus bilik Mak Abah yang mana satu pintu utama, satu lagi pintu bathroom yang ada dua pintu. Er faham tak? Pintu bathroom tu ada dua, satu ke bilik dan satu lagi ke luar. Anyway, kami pun atur strategy bagaimana untuk tidak tertangkap melakukan kesalahan ini. Kami bergilir-gilir melakukan tugas masing-masing. Seorang tunggu di muka pintu bilik dan tangan di suis kipas, seorang lagi bersedia menekan button off remote control dan seorang lagi pula akan bersedia untuk buka pintu bathroom. Jika sebarang tapak kaki kedengaran, yang kat pintu tu lah lari dulu maka kesemua pun lari. Punyalah nak tengok wrestling sangat kan T___T

Sejak The Rock undur diri, sejak itu I pun tak tengok wrestling dah. The Rock pun khabarnya nak muncul balik ke arena gusti. Tak tahu lah sama ada I nak tengok balik ke tak. Sebab minat dah tak berapa lah. Sekadar tengok segala movie yang dia berlakon dan baca pasal perkembangan dia. Tu je. Tapi kan, ketiak dia licin kan.

Okaylah, terima kasih sudi membaca. If yaa smeeeeeeeellllll, itu bau you sendirilah! -__-''

ps : Cari suami muka stok-stok The Rock. hihi

Wednesday, February 16, 2011

Cinta Kaum Sejenis

Gara-gara I letak relationship status ‘engaged to bella’ di Facebook, ramai la yang bertanya apa bener kamu ini orangnya bengkok? Kalau rajin I reply la tak, karena itu semua karut. dongeng saja sihh.

I tahu lah I macho tapi I ni pecinta sejati seorang pria yo. Takkanlah nak beralih arah. Walaupun I suka condemn lelaki, tapi hati ini jiwa ini raga ini masih untuk lelaki. Lelaki hot kot. Haha

Memang ada perempuan yang cuba dekati I. lagi-lagi dah 9 tahun I bersekolah perempuan. Macam-macam ragam dan cabaran. Sampai sekarang. Tapi nasib lah I tak terjebak. Sebab apa? Sebab I suka lelaki lah. Hee.

Cuma I harap golongan yang suka kaum sejenis ni atau golongan Homosexual akan bukak mata tengok kaum yang lagi satu. Diorang ada apa yang kita tak ada. Bukan dari segi fizikal sahaja tau tetapi naluri. Lelaki yang suka lelaki. aaaaa kenapa? Sukalah perempuan. Sukalah Sukalah. Perempuan yang suka perempuan pun suka lah lelaki. Jangan nak guna alasan klise iaitu kecewa atau patah hati dengan kaum bertentangan sebagaimana dalam movies/ drama-drama tu. Sebab tak semestinya setandan pisang tu busuk kan.

Suatu perubahan itu memang sukar kerana kita perlukan some sort of determination dan kena kuat. Asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah akan dipermudahkanNya. Kita di sekeliling pun kena sokong menyokong antara satu sama lain. Orang susah kita bantu dengan ikhlas dan mungkin nanti bila kita susah, lebih ramai yang membantu.

Okay thank you for reading. Good day!

Friday, February 11, 2011

Luahan Hati Retak Seribu

Ada suatu hari tu, telah di takdirkan kereta I membuntuti sebuah lori sampah. Masa tu hati sedang berbunga-bunga dan mood baik, so malas lah nak potong lori tersebut. Perlahan je drive macam couple naik motor yang bersiar-siar tu. Kemudian mata I terpana pada orang-orang di sekeliling yang tengah tutup hidung. Mungkin sebab bau dari lori tu kot. I tak bau pulak. Hidung tersumbat kot. Tapi tiba-tiba hati I jadi tersentuh dan sayu. Bukan sebab hidung tersumbat, tapi bila tengok pekerja yang angkat sampah tu yang tengah pandang ke arah orang sekeliling. Tutup hidung okay lagi tapi siap buat riak wajah yang amatlah sangat annoying.

Makcik/pakcik cleaner pun ada yang memandang rendah. Setakat senyum dan tegur-tegur apalah sangat kan kan kann.

Satu situasi lagi, pasal seorang coursemate I. Mak I ni jenis supportive so ada sekali dia teman I ke plot eksperimen projek tahun akhir. I bagitahu lah kat kawan tu, 'ha tu mak Nadia'. Tahu tak apa dia buat? Dia buat bodoh je. Terbakar la jugak hati ni. Nak tegur cakap sepatah pun tak apatah lagi nak bersalaman. itu MAK orang okay MAK orang.

Ada jugak lah I dengar cerita macam-macam tentang orang yang tumpang rumah saudara dia, tapi nak tolong pun tak ada kecuali tolong makan dan minum.

Entahlah. Benda ni semua common sense. Kalau nampak orang tua susah naik tangga takkan kita biar. Tong sampah dekat peh je pun takkan nak buang sampah rata-rata jugak. Tu resit bank tu. Punyalah bersepah-sepah kat bank padahal ada je tong sampah. Nanti bila di tegur menjawab pulak. Kata ' nanti tukang sapu tak ada kerja'. Okay fiiiiiiiiiineeeeeeeeee. 

I rasa kadang-kadang kita ni tak sensitif. Kita tak peka dengan perasaan orang lain. Kita lebih memikirkan dan pentingkan diri sendiri.

Kita kena ingat, kita ni tak adalah bagus mana. Siapa je kita ni di sisiNya. Wah entry ni emo tapi I geram lah. I tahu I tak baik mana tapi I kesal. ewah bahasa jiwa bangsa -__-''

Okay maaf entry ini serious. I memang serious. Bakal PM Malaysia kan.
 Thank you for reading.

ps: ada ustaz tu beritahu, kalau nak ubah perangai ubahlah sebelum berusia 40 tahun. sebab lepas tu memang susah nak ubah. marilah kita sama-sama cuba buang unsur-unsur negatif tu. I mintak maaf kat siapa-siapa yang I pernah buat salah dulu. Muah! *boys sila tepis*

Monday, February 7, 2011

Keperitan Wanita

hari ni I nak cakap pasal PMS dan period pain. PMS tu Pre Menstrual Syndrome tau, bukan Perempuan Mahkluk Seksi.

apo bondo minatang PMS ni jang?

PMS ni adalah simptom-simptom yang dihadapi kaum wanita beberapa hari sebelum period, dan simptom yang paling ketara ialah EMOSIONAL

Period pain tu pulak bahasa melayunya senggugut. Kadang-kadang ada jugak lelaki yang gatai-gatai mengaku senggugut. Sakit tau tak? Tak tau kan? Kalau nak tahu macam mana sakit dia, ia lebih teruk daripada perut korang memulas nak uk uk tu. Tapi bergantung jugak pada individu. Some girls sampai tak boleh nak bangun, rasa nak baring/pitam je. Kalau girls yang macho cam I ni mestilah tahan je kan.bisik-bisik kat orang terapat je yang perut tengah sakit. 

Senggugut ini biasanya akan menyerang pada hari pertama atau kedua period. Rawatan yang paling mustajab adalah dengan menuam perut, tak pun makan pil warna pink tu atau telan panadol sajorh. I tak main lah rawatan-rawatan ni derr. Ceh bongkak. 

Jadi janganlah kaum adam mempig buta memarahi/merajuk/bengang dengan kami. Kami tak bersalah. Kami tak sengaja. Kami tak mintak semua ini terjadi. Cuma dalam sebulan, seminggu je kami berperangai seperti ini. Kami kan golongan yang lemah jadi kami amat perlukan golongan kuat, tough macam lelaki untuk memahami dan memberi sokongan moral pada ketika ini.

Oh ya. Tips sikit untuk kaum lelaki, kadang-kadang time macam ni perempuan suka bersendirian. Tapi dalam hati memang nak someone caring kat dia. So a simple text will do. Contoh, ‘hope you will be fine soon’ atau 'hari ku tak  sempurna.. er ayat manis tak reti lah I nak karang. pandai-pandai lah korang -____-‘’

Okaylah sampai di sini sahaja. Cerita panjang-panjang pun macam lah paham sangat kan. lagi-lagi yang tak pernah mengalaminya. Thank you for reading! Bye for now :)


Wednesday, January 26, 2011

Apa Ada Dengan Cinta

WARNING!: Entry ni kannn I kannnn nak cerita kann pasal cinta-cinta. So kannn harap kannn anda bersedia sebab kannn dia kannn geli-geli sikit. Hiks.

Cinta itu susah nak explain perasaannya. Daripada selalu bermuram durja dan berwajah tapai, hari-hari kita akan senantiasa ceria.

Bila kita cinta seseorang itu, semua pasal dia pun kita suka. Ada tahi mata kering bertompok tompok kat mata, tahi telinga berkerak-kerak pun kita nampak macam berlian yang bergelipan. Tahi pun rasa choki-choki ye tak? Er jangan lah rasa tahi betul-betul pulak kannn.

Kita akan ternanti-nanti saat untuk terjumpa/buat-buat jumpa si dia. Nampak seurat rambut pun jadilah. Macam-macam kita sanggup buat untuk tengok dia. Sehari tak jumpa dirasakan seperti setahun. Mulalah makan tak lalu, mandi tak basah dan berak tak pam. Tapi sekarang dengan teknologi jalur lebar tanpa sempadan ni, tak adalah masalah angau bangau sangat. At least boleh lah tengok gambar kat facebook dia. Tak approve pun tengok gambar profile je pun dah okay.

Cinta itu lebih indah kalau ianya mutual love. Fuyoooooooooooh syiok tuuuu. Susah tau nak jumpa orang yang betul-betul cintakan kita seperti mana kita cintakan dia. Time nilah frasa dunia ini kita yang punya sesuai digunakan. Rasanya dulu Bush kemaruk bercinta sebab tu dia bom sana bom sini. Yelah dia rasa dunia ni dia yang punya sukati dia lah nak buat pape pun.

Jika seseorang lelaki tu ikhlas cintakan kita wahai kaum wanita, semestinya dia akan hormat kita. Maksud I dia akan jaga kita dan segala batas-batas ketika bersama. Dia akan sabar menunggu saat kita menjadi miliknya yang sah, kemudian barulah kita dikerjakannya. Kerja kan solat jemaah yo. *cover*

Dan kalau betul lah apa yang kita rasai sekarang ni cinta, semoga ia akan berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Amin.

Maaflah kalau tekak anda geli. I warned you, didn’t I? :p

Thank you for reading.

ps: kadang-kadang terkeliru dengan perasaan suka, minat, sayang dan cinta. namun yang pasti ia adalah salah satu anugerah Allah yang tak ada pada makhluk lain. lagipun cinta itu milik-Nya.

Wednesday, January 19, 2011

Mari Berkenalan dengan I :)

Masa kecil-kecil dulu I ingat lagi ada satu set kertas pasal rahsia personaliti seseorang berdasarkan bulan kelahiran oleh Dr Fadzilah Kamsah. Gigih tu pinjam dari kawan untuk bawak balik, nak photostat. Lepas tu haruslah baca pasal bulan kelahiran sendiri kan? nak nak yang baik-baik/ positif. tersengih lah sorang-sorang. Dah baca pasal bulan sendiri, akan diteruskan membaca untuk mak abah, adik beradik, dan peminat. eh I mean orang yang di minati. ecece.

Oleh itu, meh lah kenal-kenal I berdasarkan bulan kelahiran I iaitu MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan. (zzzzzz. eleh padahal dalam hati... )
  • Mudah didampingi. (patutlah selalu kena tindih. demm!)
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa. (I memang suka simpan masalah sendiri)
  • Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian. (peace no war)
  • Sangat peka kepada orang lain. (tapi peka amali sains dulu cukup malas nak buat)
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. (perdana menteri memang sesuai)
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah. (tak cepat marah? aiyoyo ini dusta belaka)
  • Tahu balas budi dan kenang budi. (hi encik budi)
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. (I nampak korang korek apa tadiiiii haaaa)
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. (apo nak di kato)
  • Suka berangan-angan. (selalu berangan kahwin dengan anak raja. every girl does)
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. (kena ubah ni)
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. (mana ada. cool je ni)
  • Suka dengan hiasan rumahtangga. (ececece. leh ganti eric leong ni! )
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik.
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody. (moody? hiks. baiklah)

This is just for fun. Kata research kan. Tapi tak boleh lah nak percaya 100%. Tengok cerita Khurafat kang.

Anyway, terima kasihlah kerana sudi berkenalan dengan I. Malu tau :D

Bye for now!

Monday, January 17, 2011

Menyanyi Tutup Mulut!

menyanyi tutup mata perkara biasa apabila seseorang sedang menghayati bait-bait lagu. tapi menyanyi tutup mulut? bukan sebab mulut berbau lah.ish ni betul-betul punya, bukan cobaan. impossible impossible *gaya A R Tompel*
tapi tidak impossible buat Terry Fator apabila dia berkemampuan untuk berbuat sedemikian! wow! *sila sebut dan lakukan gaya saudagar unta, Husin Lempoyang dalam Tiga Abdul*

tatkala di rasuk jin microphone, bak kata bella.


Terry Fator ni seorang ventriloquist, ala yang sarung puppet kat tangan lepas tu cakap tanpa pergerakan bibir tu. ha yang tu lerr.bahasa melayu apa ek? Dia ni juara America's Got Talent. Dia memang minat buat mende ni dari kecil lagi. usahanya berbaloi-baloi. kaya raya sekarang tau you alls. dulu janitor sahaja. betul lah apa orang kata, kalau kita buat kerja yang kita minat dan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah boleh berjaya. I minat tidur. er boleh berjaya ke? -___-''

okay nah ni video dia. tak boleh bayangkan dia menyanyi bukak mulut macam mana pulak. I kalau cakap tutup mulut suara Mr Bean yang keluar. kalau nyanyi? isk.





thank you for reading! take care :)

Wednesday, January 12, 2011

Penantian Yang Berakhir

Setelah dua tahun memendam perasaan, akhirnya penantian itu telah berakhir hari ini. bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat lah I sedikit sebanyak berasa riak dan takbur kerana tempoh lesen 'P' telah tamat! yay! Alhamdulillah rekod bersih sepanjang dua tahun. kecuali terlangar tiang dan tercium sebuah kereta seperti dalam entri ini.

Selepas ini tidaklah I menjadi tidak sedar diri lagi apabila mengeluarkan kata-kata yang berbunyi seperti, 'patutlah lembap, P rupanya'. Dan juga tiada lah gelaran Pengecut, Perlahan, Penyirap darah, Pelesit, Pretty eh eh yang last tu bukan. Malah setelah menjadi pemandu competent pastilah I lebih macho dan tentunya gelaran Cemerlang atau Celaka akan di beri pemandu lain berdasarkan cara pemanduan I.

Namun di sebalik rasa suka, ada juga perasaan duka untuk membuka sticker P 15 x 15cm ukuran JPJ itu. masakan tidak, selama ini banyak juga kereta yang memberi penghormatan dengan memberi laluan terlebih dahulu atau memberi muka 'sayu' tatkala mengover take kereta P. so I perlu bukak ke tak eh?

Ha untuk para wanita yang takut sangat nak memandu, ada satu tips untuk anda iaitu anda perlulah Berani. Keberanian itu amatlah penting namun jangan bawak kereta sampai berani mati. sebab terdapat dua kategori untuk wanita yang membawa kereta yang tidak patut anda contohi iaitu wanita yang terlalu takut dan kategori wanita yang terlalu berani. lelaki pula kategori paling lazim di jumpai ialah poyo. sebab dia rasa dia terror padahal dia terrorist di jalan-jalan raya -___-''

Sebelum memandu jangan lupa baca doa ini ya :)
Okay thank you for reading. Bye for now!


ps: berdoalah agar anda tak jumpa I di jalan raya. orang lain tension kalau traffic jam, tapi I? takpelah. tak nak cerita. marilah sokong kempen radio fly.fm, "don't swear, it ain't cool" :)

Monday, January 10, 2011

Cinta baru

agaknya berapa lama masa yang anda perlukan untuk kembali bercinta setelah cinta yang lalu putus di tengah jalan? tiga tahun? tiga bulan? tiga minggu? tiga hari? tiga jam? tiga minit? tiga saat? motif tiga? sebab I lahir bulan tiga. okay tak ada kena mengena.

sesetengah orang cepat gilerrrr kot move on. move on disebabkan ada kekasih baru. namun hatinya tetap pada yang satu, masih belum move on. ecewah. tapi tak baik lah buat macam ni, ini dipanggil rebound relationship. cuba bayangkan orang lain gunakan anda untuk melupakan sang mantannya. suka? suka? tak kan. mestilah tak. kerana anda akan merasa sedih, pilu, kuciwa, hampa.

jadi kalau anda rasa ingin memulakan perhubungan yang baru pastikan anda betul-betul telah bersedia. start fresh. sebab kalau tak kita akan ter'compare' kekasih baru dengan yang lama. jadi sila lupakan si dia yang telah melukakan hati anda dan hampuskan ingatan tentang segala kenangan bersamanya! *over*

sebenarnya I dengar dari fly.fm pasal tajuk ni. kebanyakan lelaki yang respond akan cakap tempoh masa bercinta semula adalah secepat mungkin. eleh korang poyo je. mulut cakap lain, hati lain. kalau putus cinta dok teriak dalam bilik mandi sambil mandi selama setahun supaya orang tak perasan. cover machoooo konon tak heran langsung dengan minah tu. tapi takpe, I like. sebab itu telah menunjukkan ciri-ciri kegagahan!

tapi sesungguhnya tiada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH.

thank you for reading. bye for now!

ps:
1. tahu tak dah berapa hari I punch card warna merah T__T waktu balik pun. rupanya memang dakwat tu warna merah da. cuak ajee~

2. I think I'm falling for my one and only pillow. hee :)

Wednesday, January 5, 2011

Anak siapa ni?

masa kecik-kecik dulu walaupun I ni rendah diri tapi I boleh dikatakan agak nakal. kalau I bergaduh dengan adik-beradik, I akan pergi almari dia and sepah-sepah kan baju dia. paling jahat I pernah guna berus gigi dia untuk cuci sinki. berani cerita sebab confirm adik-beradik I tak akan baca. jangan lah kantoikan I der kalau kenal adik beradik I. diam-diam kat sini sudah ;)

I pernah kena kurung luar rumah sebab selalu gaduh dengan adik perempuan I. tak lah gaduh, buli sebenarnya. yang I geram I buat sikit je lepas tu mengadanya adik I pergi nangis kuat-kuat bagi mak dengar. anak last-last ni mengada so mari kita buli adik-adik tau kakak-kakak dan abang-abang sekalian? ish ish jangan. tak baik. masa kena kurung tu waktu malam. kelakar tau I nangis-nangis sambil baca surah-surah Al-Quran sebab takut hantu. kuat-kuat lak tu. pffftttt.

er kalau I kena marah mak pulak I akan buka air banyak-banyak atau cuba bazirkan pengunaan elektrik. kononnya nanti mak kena bayar bil mahal. bughuk perangai. tapi semua tu masa lampau I tau, masa mula-mula baligh. sekarang dah insaf sebab dah matang. chewah.

okaylah, ada kerja bos bagi. you guys take care! thank you for reading! good day!


ps: siapa nak mengaku anda pemberontak satu geng dengan I MASA KECIL ? -___-''

Monday, January 3, 2011

Tentang SESEORANG

entry ni I nak cerita pasal I. I lah seseorang itu. kiki. so today I went to my internship at MPOB, Bandar Baru Bangi for the very first time. MPOB tu stands for Malaysian Palm Oil Board. I kan ambil sains pertanian kt UPM nuu. 'kan' macam bajet anda tahu je.

muka hari pertama. nanti kita compare last day pasti jauh berbeza

biasanya hari pertama semua orang akan nervous. begitu juga dengan I. sebab I ni nervous sangat, pagi sebelum nak pergi tu lah baru sibuk nak seterika baju kerja dan cari kasut bertutup. perangai kan. dah lah memang tak banyak kasut bertutup, yang ada pun dah berhabuk dan kasut bertutup tumit tinggi. jadi kasut 3 inchi setengah lah tu lah menjadi pilihan hati T__T

jadi sewaktu pendaftaran pagi tadi memang lah I yang paling tinggi di antara pelatih lain disebabkan kasut durjana itu. rasa over pun ada. MPOB tu luas dan ditakdirkan office I yang paling jauh dan paling tinggi di atas bukit. boleh tak bayangkan ada aweks tergedik-gedik pakai kasut tinggi berjalan ke sana ke mari? -___-''

sekarang kaki I lenguh-lenguh dan melecet. nasib tak melecet teruk. urutkan? tapi jangan salahkan kasut tinggi I pulak. orang lain pun melecet jugak tanpa kasut tinggi. nampak sangat budak baru terpaksa jalan jauh sebab sesat tak jumpa department masing-masing yang padahal dekat sahaja.

okaylah. I nak pergi kiwi kasut yang berhabuk tu sampai ada effect cermin. hari ini adalah pengajaran! chewah. eh kalau I jarang update paham-paham lah ye? kalau selalu update pun paham-paham jugak kerana I nak jadi orang bekerja yang tetap cergas di malam hari! hep hep please don't get me wrong ey?

take care semua! bye for now.


ps: I sempat TERtidur 40 mins masa kat office. hihi. em tiba-tiba rasa nak belajar semula. rindu suasana dan persekitaran dia. tapi sebab kena kumpul duit untuk kahwin, kena gagahkan diri jua! kahkah

Sunday, January 2, 2011

berhenti menculik!

hi adik-adik. entry ini memang khas untuk adik-adik sebab I rasa anda yang sudah layak menonton rancangan 18SX telah pun tahu apakah yang di maksudkan dengan PLAGIARISM. Untuk pengetahuan adik-adik dan bukan adik-adik, ia adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. sabit kesalahan boleh di hukum gantung sampai tercekik!

baiklah, maksud Plagiarism ialah ciplak. oh maaf itu terjemahan bahasa sahaja. plagiarism berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'kidnap'. oleh itu ciplak bermaksud mengkidnap orang lain punya idea atau penulisan. sebagai bahasa mudah, adik-adik pasti tidak akan mengambil kawan adik-adik punya wang saku atau basikal miliknya bukan? kecuali lah kalau adik seorang pembuli terhormat atau pencuri yang berani. begitu juga dengan penulisan atau idea seseorang tidaklah adik boleh kidnap sebab ia dah dikira sebagai hak individu tersebut.

dulu masa akak muda-muda akak pun tak tahu sangat benda ni salah terutama bila buat assignments, suka hati main copy dan paste. salah tau buat macam tu sebab cuba adik bayangkan, adik telah lima hari lima malam tidak tidur buat surat cinta kepada orang yang adik syok gilerr, tetiberrr selamber badak jerr member adik guna idea adik tu pi bagi kat orang yang dia syok. dan orang yang dia syok tu orang yang adik syok jugak. apa perasaan adik? bangga tak? so lepas buat assignment selalunya akak-akak dan abang-abang semua akan buat segment 'reference' iaitu beritahu dari mana kita dapatkan maklumat untuk menyiapkan assignment tersebut.

ia dah jatuh hukum ciplak bila mana adik dapat idea/kefahaman untuk buat kerja setelah membaca penulisan seseorang ini dan adik tidak pula memberi penghargaan kepadanya. ramai jugak bloggers mengadu pasal hasil penulisan di ciplak, mungkin adik-adik tak tahu yang sepatutnya adik mention namanya. sebagai contoh: sumber dari blog kak Nadia atau credit to si polan bin poland. kalau nama website, boleh tulis atau link kan website itu. ataupun adik buat cam ni, Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) ciplak bermaksud perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.

kalau adik-adik nak faham lagi maksud plagiatrism boleh click ke link INI. best tau. bahasanya mudah dan websitenya berwarna-warni malahan boleh keluar suara lagi. memang sesuai untuk adik-adik :')

itu sahaja dari akak. promise me tak nak plagiarism okay? buat kerja sekolah pun tak nak plagiarism tau. (cepat sambut jari kelinking akak dengan jari kelinking adik)

terima kasih adik-adik. yang bukan adik-adik tapi nak perasan adik-adik pun terima kacehh sebab membaca. selamat hari kedua di tahun baru!


ps: ciplak dan cetak rompak maksud berlainan tau. kalau nak tahu kelik Wikipedia


source

Saturday, January 1, 2011

Rendah Diri

Sewaktu I kecil-kecil dulu I sangat sangat sangat rendah diri sekali. harap anda dapat bayangkan betapa rendah diri nya I. sebab dalam family kulit I lah yang paling gelap. lepas tu dah lah kurus cekeding, tinggi pulak tu. rasa macam anak angkat. sesiapa yang berlainan dari adik beradik pun mesti rasa macam tu kan.

Ingat lagi masa I darjah satu kena tangkap gambar kelas. I sekolah dekat Sri Inai masa tu. boys lebih ramai dari girls so girls di suruh duduk. nak di jadikan cerita 1 kerusi tak cukup. teacher suruh I berdiri kat barisan tengah bersama other boys memandangkan I paling tinggi. sepatutnya bahagia dan gembiralah sebab I dikelilingi kumbang-kumbangan. tapi I menangis siap menyorok sikit belakang cikgu yang duduk dekat depan I. mana ada orang dalam gambar kelas menangis. I lah yang pertama rasanya -__-''maaf tak dapat tunjuk sebab maluuuu. suami I insyaAllah boleh. hoho.

Setelah meningkat remaja I jadi berani sikit. sebab I banyak join aktiviti-aktiviti kepimpinan. I rasa bila kita berjumpa dengan ramai orang, sedikit sebanyak boleh tingkatkan keyakinan diri. I pun jenis 'stage fright' jugak bila terpaksa berucap di depan orang ramai. suara mesti automatik jadi perlahan dan suara bergetar macam cakap depan kipas. eleh eleh anda mesti pernah cakap depan kipas buat-buat tak tahu pulak macam mana bunyinya. tapi terima kasih UPM sebab kebanyakan course perlu buat presentation. jadi dapat menolong I untuk kumpulkan kekuatan dan keyakinan diri untuk berucap di depan orang ramai.

I tak tahu macam mana sekarang ni tinggi I jadi average macam orang lain , tak kurus sangat dan kulit I jadi lebih cerah. kulit cerah sebab pemakaian whitening :') mungkin juga sebab masa I kecil-kecil tu I selalu nangis dan berdoa. setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Bagi yang tak berapa confident dengan keadaan fizikal, memang kita tak boleh ubah ciptaanNya. tapi kita boleh buat sesuatu untuk menampakkan diri kita lebih menarik dan berkeyakinan. cuba anda google cari apa jua maklumat dan tips-tips yang bersesuaian dengan anda. itulah kelebihan penggunaan internet. lagipun siapa nak tolong diri anda kalau bukan diri sendiri kan. semuanya terletak pada minda. kena sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita. baca INI dan ITU (right click kalau sudi).

Tapi itu lah. kita ni manusia biasa. banyak sangat kemahuan dan keinginan. kita cuba ubah perlahan-lahan menjadi insan yang bersyukur yuk? dan sentiasa berusaha mencapai kejayaan.



thank you for reading! happy new year! tahun baru, rambut baru! tapi setiap tahun je memang buat macam ni -___-''


ps: ada rakan facebook I cakap. biar rendah hati, jangan rendah diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...