Thursday, December 30, 2010

Tips Memilih Isteri

I pernah dengar ada kawan I beritahu sebelum nak ada hubungan serius dengan seorang awek haruslah pergi jumpa ibunya tu dulu. dah betul lah tu. sebab biarlah ibunya tahu dengan siapa anaknya. tapi dia kata bukan itu je sebabnya. nak tahu apa lagi sebabnya?

sebab ibu aweks tu mereflects aweks tu pada masa hadapan.

kononnya if sekarang awek tu kurus mantap hot dan yang positif semua tetapi kalau ibunya berbadan agak comel, aweks itu berpotensi untuk mengembang comel. mak borek anak rintik katanya -__-''

tapi tak semestinyalah. ia berkait juga dengan pemakanan. kalau hari-hari makan triple cheeseburger memang lah kena masuk The Biggest Loser ye tak? tak pun hari-hari kena main badminton dengan suami (awww) dan mungkin terpaksa bermain bola juga, serta khairul fahmi sebagai goalie. so girls, marilah kita menjaga pemakanan dan kesihatan.

kalau ada genetic/keturunan yang ada banyak penyakit lagi kena jaga pemakanan. mungkin para doktor dan dietition boleh berhujah di sini.

to my beloved anonymous, I am not judging anyone here. because I don't have the right to. ALLAH's creations are amazingly beautiful including each and everyone of us. hey, everybody knows what matters most is one's heart. but is that how the world works? look at ourself before pointing fingers at others. peace.

okay, thank you for reading! muah for the girls, muak for the guys. LOL


ps: semua orang sibuk kat khairul fahmi. nasib baik. S.Kunalan I yang punya tau (sibuk nak mengaku jugak). dia lari satu padang kot. should give credits to all the players who worked their ass off.
Hi Kuna, namer kiter Nadiar. Namer manjer Naya. terel la Kuna semalam :p

Tuesday, December 28, 2010

TRAUMA

I mengaku memang suka tangkap gambar sendiri. jangan tanya kenapa sebab I sendiri tak tahu. tapi normal lah tu kan. kaum hawaku jangan tiba-tiba tak semena-mena tak mengaku. Hanis Zalikha pun sama. eh tiba-tiba libatkan dia -___-''

em kan orang suka guna term 'camwhore' untuk perbuatan tangkap gambar sendiri ni, tapi sebenarnya maksud sebenar camwhore lain tau. camwhore bermaksud perbuatan menangkap gambar secara mengoda tanpa berbaju (naked/topless) menggunakan webcam bagi tujuan mendapatkan duit, perhatian dan barangan. tak caya cuba search kat wikipedia. whore sendiri bermaksud prostitute. tapi terpulanglah sebab english kan selalu ada 2 atau lebih maksud dalam 1 perkataan. sebab KAWAN-KAWAN I suka menggelarkan diri bitch walaupun sebenarnya bukanlah pelacur pun. it is up to you guys okay? saja nak beritahu. I kan suka sharing. tak boleh keeeee.....

kembali kepada cerita tadi, antara waktu kegemaran I tangkap gambar sendiri ialah sewaktu berbaris di traffic light dan ketika kesesakkan lalu lintas. bosan kot tak buat apa-apa so apa salahnya perasan sekejap. tapi promise jangan beritahu mak I kalau tak habislah T___T
so disini di sertakan bahan bukti :

kantoi P disitu
cukuplah empat. nanti ada yang muntah darah susah pulak -__-''

tapi I jadi trauma selepas satu incident ni. masa tu I tengah giat menjalankan aktiviti gedik ini dan tanpa sengaja I tertoleh ke kanan. tahu tak ada 2 orang anak beranak di kereta arah bertentangan tengah pandang I. pandang biasa-biasa tak apa lagi tapi anak lelaki yang lingkungan umur 10 tahun pandang I sambil kedua belah tangannya menekap ke tingkap manakala ayahnya tertoleh-toleh gitu. boleh bayangkan tak? senang cerita macam jakun tak pernah tengok orang buat macam tu. I yang malu lantas berpura-pura mengangkat-angkat handphone seperti mencari coverage. malu gila tau.

adakah sebenarnya mereka merasakan yang I lah calon isteri dan ibu yang sesuai untuk mereka??? oh tidaaaakkkk. ataupun muka I ni familiar sangat. muka orang hilang atau muka yang 'wanted' dan kalau jumpa dapat reward harga yang tinggi. ceh over. maafkan keoveran I yang kadang-kadang sukar di bendung ni -___-'' so the moral of the story pandang kiri kanan dulu sebelum tangkap gambar sendiri.

ha ada satu lagi cerita. masa tu I belasan tahun sedang makan coklat di dalam kereta. al kisahnya ada seorang lelaki muda stop tepi kereta I. biasalah lelaki mesti nak usha kalau aweks dalam kereta kan. selepas itu tiba-tiba I dapat satu idea untuk kacau dia. I cepat-cepat lekatkan coklat di gigi dan senyum padanya. so nampak macam semua gigi I hitam. ye tahu buruk perangai. tapi yang best brother tu memang terkejut habis dan tak pandang-pandang dah. so puas hati I mengenakan orang yang tidak bersalah. kiki. mesti dia trauma.

okaylah that's all for now. thanks for reading. take care! :)


ps: telinga kiri I berdengung dan berdenyut sejak bangun tidur tadi. kenapa ek? saja nak mengadu. nak manja-manja dengan anda semua.

Saturday, December 25, 2010

Masakan Paling Sedap di Dunia!

I tahu anda pun akan setuju kalau I cakap masakan ibu lah masakan yang paling sedap di dunia. katanya berkat air tangan seorang ibu tu yang buat sedap sebab nak bagi makan kat keluarga. my mom is the best cooker eh cook in the world! cooker tu yang alat untuk memasak tau. yela fine anda pun nak kata ibu anda masak yang paling sedap kannn. amik lah amik T__T

kalau kita jenis duduk asrama/hostel masakan ibu lah yang paling dirindui. tapi kini untuk I tidak lagi. I akan permanently duduk rumah. HAHA (ini gelak di tujukan KHAS kepada insan yang berasrama dan berjauhan dari kampung halaman)

motif I tulis entry ni pun sebab I rindu masakan mak. yay hari ni mak balik. semoga selamat semuanya. sebenarnya I dah berapa hari masak sendiri. bukan lah tak sedap, sedap je (perasan) tapi kurang 'kick'. mungkin anak-anak dan suami yang akan menghargai masakan I nanti :')

abang, sudah-sudah la tu. meh turun makan. I dah siapa masak! panggil anak-anak sekali. *berangan lebih*

selagi ibu kita hidup, hargai ibu sebaiknya okay? :)

ceria sebab dapat balik rumah makan masakan ibu masing-masing. I yang kaki bersimpuh tu. lompat pun nak sopan. memang over -__-''



ps: merry xmas to those who are celebrating it. letak stoking kat luar rumah tapi tak ada hadiah pun? T__T

picture taken by anas

Friday, December 24, 2010

Igauan Ngeri

kalau anda pernah baca entry ini (click kalau sudi), anda akan tahu yang I ni seorang yang suka tidur. tapi I bukan nak cerita pasal tidur, tapi pasal bercakap sambil tidur atau panggilan mesranya Mengigau (sleep-talking). bahasa scientificnya ialah Somniloquy, ala-ala nama aweks spanish gitewww. Nak buat nama anak pun boleh. tapi maksud dia mengigau lah. haha

macam mana anda nak tahu kalau anda ni tidur mengigau? senang saja. elakkan tidur sorang-sorang dan pastikan teman tidur anda tu jenis yang suka berjaga malam. so esok pagi dia akan bagitahu anda yang anda mengigau malam tadi. pengalaman benar-benar mengajar -___-''

mengigau tak merbahaya. cuma menjadi bahaya bila kita tercakap rahsia besar kita. mampuihh. tetapi nasib baik lah selalu apa yang di tuturkan oleh seorang pengigau tidak jelas ye kawan-kawan. fuhh~ (sambil lap-lap peluh).

mengigau boleh dielakkan dengan :
1. tidur yang cukup
2. jangan biarkan diri anda diselubungi stress
3. amalkan jadual tidur harian yang sama. iaitu tidur pada waktu sekian-sekian dan bangun pagi untuk solat subuh waktu yang sama setiap hari.
4. jangan makan makanan berat betul-betul sebelum tidur.

tapi mengigau sambil berjalan (sleepwalking) boleh menjadi bahaya. kalau macam Lisa Surihani dalam cerita Im not single mingle tu okay lagi. yang bahaya bila dia ambil kunci kereta dan drive sampai ke klia sebab konon-konon dalam mimpi tu dia jadi jemputan dalam The Oprah Winfrey Show. tak ke haru macam tu. oh Oprah, I love youuuu!

jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk elakkan masalah comel seperti ini.

thank you for your time reading this!


ps: mengigau I yang paling style ialah masa kat matrik. masa tu room mate I tengah study. dia kata I tiba-tiba duduk dan cakap "whattteeevaaahhh" dengan tangan-tangan sekali. over tau. suka nak mengigau cakap omputih T__T

source

Thursday, December 23, 2010

jadikan ini tabiat!

perempuan memang suka baca novel kan. tebai 500 muka surat satu hari pun boleh habis. dasat woo. I baca jugak novel, tapi lambat habis sampai kawan I cakap I mengeja satu-satu perkataan -__-'' sebenarnya I selalu review balik. baru feeling sikit. komik pun I suka baca. komik-komik cinta jepun yang dah alih bahasa. persamaan jalan cerita komik jepun ialah perempuan yang akan pergi cakap kat seorang lelaki yang popular dan menjadi kegilaan ramai 'aku suka kau' lepas tu muka blush and lari laju-laju. walaupun sama still nak baca. hee.

tapi kita semua tahu yang rakyat Malaysia kurang membaca buku. mungkin ini disebabkan oleh faktor diri sendiri yang tak punya minat dan faktor persekitaran eh tapi blog anda suka baca kan? hihi.

anda tengok gambar di bawah dan bezakan sendiri.

rakyat Australia

rakyat Malaysia

so, bagaimana nak pupuk minat membaca?

1. Pilih buku atau apa sahaja bahan bacaan yang anda minat dan mestilah sesuai dengan tahap anda tetapi pilihan kena betul kerana orang yang membaca bahan bacaan yang tidak baik sama sahaja dengan orang yang tak membaca.

2. Peruntukkan masa untuk membaca. setiap hari sebagai contoh, 15 minit untuk membaca dalam masa satu hari. Selepas waktu itu, buat lah apa yang anda nak buat. Ia akan menjadi kebiasaan kalau anda selalu praktikkan cara ini.
3. Jangan putus asa! kalau anda tak mampu habiskan, buat perlahan-lahan. sebab, winners never quit!

4. Jangan membaca ketika anda tertekan kerana jika anda teruskan membaca juga, hasil bacaan anda hanya sia-sia.

Jadi, mari membaca! Bangsa membaca, bangsa berjaya! :)

buku ini bagus! siap di publish selama 70 tahun dan di alih ke banyak bahasa. melayu pun ada.

thank you for reading! take care.


pictures in train from Hielmi Shaiful Nizam's blog
source : wikiHow

Wednesday, December 22, 2010

buang EMAK

tadi kat television ada topik "buang emak". emak tau bukan lemak. lepas tu ada tetamu dari rumah orang tua cerita kisah masing-masing. I tak suka tengok mak-mak nangis. nanti tak pasal-pasal I menangis jugak. biasalah perempuan.

entahlah malas nak komen. sebab diri sendiri pun bukan betul sangat. cuma berharap mampu berubah menjadi lebih baik.

semoga kita semua sama-sama tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. betul kata orang, seorang emak boleh jaga 10 orang anak. tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang emak. tapi itulah. kena selalu ingat yang what goes around comes around.

Tuesday, December 21, 2010

antara CINTA dan CITA-CITA

tersenyum lebar masa I dengar cita-cita adik sepupu. tahu tak diaorang nak jadi apa? of course lah tak tahu kan, lagi mau tanya. tahu tak sorang nak jadi pemandu bas, sorang lagi nak jadi tukang isi minyak. tahu tak? tahu tak? tahuuuuu tak? annoying tak I. haha.

cool betul kan bebudak ni. I tak pernah dengar ada orang cita-cita macam tu. selalunya orang nak jadi cikgu, doktor (terasa), polis, peguam. bila macam ni I sedar yang kita tak perlu lah pandang rendah pada seseorang berdasarkan pekerjaannya. sebab selagi pekerjaan itu halal dan dilakukan atas mencari rezeki ianya dikira mulia.

lepas tu masa mengemas, I terjumpa ini

perdana menteri negara mana entah -__-''

masa ni Tun Dr Mahathir Mohamad memang idola I. Tun adalah lelaki yang I teringin nak jumpa selain The Rock. benci lah semalam ada aweks tu dapat jumpa Tun sebab dia masuk contest kat era.fm. benci benci benci. anyway, what I like most about him is his braveness and he is loud. tahu tak I sampai termimpi-mimpi jumpa Tun tahu tak. dah start annoying balik. hee. I harap sangat dapat jumpa Tun. jumpa je tau. bukan nak melamar Tun jadi suami.

if sekarang anda tanya apa cita-cita I, I akan jawab Menteri lah. turun pangkat sikit. ada orang beritahu I, dalam Islam wanita tak boleh jadi perdana menteri. ye ke? cuba anda tengok link ini (right click).
I takut nak jadi Perdana Menteri sebab tanggungjawab yang besar tu. I nak jaga suami dan anak-anak lagi nanti macam mana? haha.

okay, thank you for reading this. good day! :)

ps: thanks sebab sudi baca dan follow. terharu T___T
nanti nak vote I tak masa pilihanraya? LOL

Sunday, December 19, 2010

Cantik dengan mudah

Ramai orang susah untuk senyum kepada orang yang tak kenal. sebab tu ramai bloggers rajin tulis pasal senyum untuk meningkatkan kesedaran. senyum juga di lagukan. sampai dua lagu pulak tu yang fofular. lagu Nadia ada satu je. eh pehal hang jeles dengan senyum ni? -__-''

bila I senyum kat orang yang I tak kenal mostly mereka akan buat muka pelik. isk sampai hati tau you alls. dengan bibik-bibik cleaners di hostel pun I senyum. mula-mula mereka pelik macam serba salah, lama-lama mereka sendiri senyum kembali kepada I. maceh :')

tapi sebagai wanita senyum kena bertempat. nanti kena chop gedik. haha. tapi lantak pi orang nak kata apa. yang penting niat.

oh ya. kat sini I nak kongsi dengan anda 10 sebab kenapa anda perlu senyum. yaa SEPULUH!
  1. Senyuman buat kita nampak lebih menarik
  2. Senyuman dapat mengubah mood kita
  3. Senyuman itu akan menjangkiti orang lain untuk turut tersenyum
  4. Senyuman dapat mengurangkan stress
  5. Senyuman akan meningkatkan sistem imun kita dan berfungsi dengan baik sebab kita lebih relax apabila senyum
  6. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah
  7. Mengikut kajian, senyuman akan mengeluarkan endorphins, sejenis ubat penghilang sakit semulajadi
  8. Senyuman dapat menegangkan kulit muka, so kita akan nampak lebih muda
  9. Senyuman buat kita nampak yakin dan berjaya.
  10. Senyuman akan bantu kita menjadi positif. Cuba sekarang anda senyum dan fikir sesuatu yang negatif tanpa hilangkan senyuman. Ia sukar sebab bila kita senyum, badan kita akan menghantar mesej 'hidup ini indah'
sumber dari sini

kembarku, aween.
*kembar lain mak lain bapa*


ps: kebanyakan profile picture facebook anda mesti senyum kan. eh eh I punya tak pulak :p sebab saja bagi orang takut kot. takut tak?

Saturday, December 18, 2010

Memikat wanita

kebanyakan lelaki akan approach wanita itu atas tiket "berkenalan". I berani kerat kuku yang berkenalan tu MESTI nak jadi lebih dari seorang kawan. bila di reject, masing-masing konon setuju nak jadi kawan. namun sang lelaki itu seakan merajuk lalu membawa diri. bukan bawak diri pergi obersea pun, tetapi bawak diri mencari calon lain yang sesuai untuk mengisi kekosongan di hatinya. isk mengada betul.

susah ke seorang lelaki dan wanita kekal sebagai sahabat?

lelaki pun tak perlulah gelojoh sangat. macam lah dah cukup duit nak kahwin kannn. lagi satu, jangan nak tunjuk desperate sangat. semua orang nak rasa dirinya sesuatu kan? maksud I di hargai dan istimewa dari orang lain. wanita pun macam tu. I perasan sekarang ni ramai jugak lelaki yang mengorat ramai wanita dalam masa yang sama. nampak sangat ada cita-cita untuk berbini empat -__-''

memang ada sesetengah wanita yang sombong dan jual mahal. of course lah you. buat apa nak perhubungan yang sekadar mainan. kami ( eh kami? :p) saja je play hard-to-get sebab nak tahu tahap keseriusan anda si lelaki murahan. lelaki mahalan pastinya akan berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa. betul tak?

apa? orang dah tak nak buat apa terhegeh-hegeh? isk dah nama usaha kan. insan yang cemerlang datangnya dari akal, hatinya yang tenang dan jiwanya yang kuat - Fazhilah Kamtumi.

doakan kebahagiaan kami :')


thank you for reading this. have a splendid weekend!


ps: biar kulit hitam legam asal hati putih bersih lagi berseri. that's all that matters to me. chewah sebab sedar diri bukan putih pun. hee.

Thursday, December 16, 2010

kebas semua!

lelaki pakai baju melayu siap bersamping dan bersongkok bisa buat jantung ini gugur. apa merepek ni. oh yela hari ni kan hari jumaat :)

oleh itu sang lelaki akan ke masjid untuk bersembahyang sekejap lagi. manakala ada juga yang bersembahyang di panggung wayang wah sungguh advance sekali.

tapi yang ke masjid tu kenapa ada yang duduk bersembang-sembang di bawah pokok. pastu balik setelah lelaki yang lain sudah pun sempurnakan sembahyang mereka. yang tak baiknya ada pulak beberapa orang budak lelaki bujang yang sudah akil baligh memancitkan basikal budak-budak yang lebih kecil dan tak baligh lagi. ee nakal sungguh. cekik-cekik kang baru tahu.

hilang selipar/sandal/kasut bukan perkara luar biasa. pantang nampak yang berjenama sikit pasti lesap. tak kesian ke nanti orang tu terpaksa berkaki ayam? -__-''

adalah satu hari ni, seluar abah pun kena kebas! abah kalau sembahyang dia akan tukar pakai kain pelikat. nasib baik di masjid negara ada bukak gerai jual seluar. kalau tak, kesian abah balik office berpelikat T__T nasib tak ada apa yang berharga dalam poket abah. wait! ada gerai jual seluar? are you guys thinking what I'm thinking? okay tak baik buruk sangka.

so my point is benda paling asas dalam hidup ialah jangan pernah menyusahkan orang lain. ini nasihat one of my lecturers, seorang yang agak alim dan berjaya dalam hidup :)

Apa yang rakyat Malaysia cari?

oh I nak share sesuatu ni, mungkin ada yang dah tahu tapi macam biasa ah I tak kira nak share jugak. kan hari tu Google ada keluarkan senarai Fastest Rising Searches. alahhh yang berdasarkan carian paling banyak sepanjang tahun ni kat Google tu. I tertarik dengan Fastest Rising searches for 'bagaimana' kat Malaysia ni.

Fastest Rising searches for 'bagaimana...'
  1. ..memulakan perniagaan
  2. ..nak kurus..
  3. ..membina blog
  4. ..mengenal diri
  5. ..menyentuh hati
  6. ..menangani stress
  7. ..memikat wanita
  8. ..menjadi kaya
  9. ..sosilawati dibunuh
  10. ..nak gemuk

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2010, rakyat Malaysia memulakan perniagaan untuk jadikan orang kurus lalu bina blog supaya dapat mengenal diri serta menyentuh hati pembaca. Apabila stress mereka menanganinya dengan memikat wanita dan menjadi kaya setelah sosilawati dibunuh. Walaubagaimanapun akhirnya mereka menjadi gemuk. Tammat.

ada sesiapa nak tahu bagaimana nak jadi tembam macam I? -__-''


ps: senang je nak gemuk. KAHWIN. lol.

Tuesday, December 14, 2010

Nasib anda yang tak baik

kita complain bila makan makanan yang tak sedap, yang murah. siap pilih-pilih lagi mana nak makan dan mana tak nak.
tapi nak dapatkan sesuap nasik pun susah sebernanya.


kita bising pasal bilik atau rumah yang sempit dan kecil. pasal tilam yang kita guna kat hostel. yang mana spring dia mencucuk-cucuk badan kita.
tapi masih ada yang berbumbungkan langit bertilamkan tanah.

kita malas nak belajar. sebab susah. tapi kenapa kita sia-siakan peluang yang ada bila mana nilai ilmu adalah sangat tinggi bagi sesetengah orang yang tidak berpeluang seperti kita.

kita selalu nak ada apa yang orang ada. tak nak ketinggalan zaman. nak itulah, nak inilah. mintak macam-macam.

ingatlah, ibu bapa kita sentiasa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk memberi yang terbaik kepada kita.


Rasa anda tidak bernasib baik? Eloklah anda fikir sekali lagi.

I love you Mak and Abah.

ps: tak salah punya impian asalkan berpijak di bumi yang nyata.
pictures from Google

Monday, December 13, 2010

Gadis Idaman Setiap Jejaka

I tahu awek ni cun sebab tu kebanyakan blog/ facebook para jejaka mesti nak letak gambar dia and at least nama dia. pastu nak perasan konon-konon awek ni hantar text kat diorang lah, comment kat facebook atau twitter lahhhh -__-''. piiiiraaaahhhh. berangan lebey.
yes, you guessed it right. siapa lagi kalau bukan Lisa Surihani.


Bukanlah jealous. okaylah mungkin sedikit jealous. sebab dia ni super cantik, pandai pulak tu. cuma terfikir, memang rupa memainkan peranan yang besar untuk suka seseorang tu ke?

Tapi I pernah dengar kalau seorang jejaka tu dah sayang/cinta kat seorang gadis, memang gadis ni seorang lah yang akan jadi pujaan hati dia. tiada yang lain yang bertakhta di hati. tapi..tapi...kalau Lisa Surihani yang mengorat adakah pendirian jejaka ini tetap sama? kalau dia tetap setia, OH MY GOD anda tak tahu betapa lena dan berdengkurnyanya tidur setiap gadis selepas ini. namun, adakah ia sekadar omong-omong kosong atau cerita dongeng?


ps: tak boleh bayangkan Lisa sebut nama dia sendiri. yela, dia kan pelat R. hi, nama saya Lisa Sughihani. LOL. comel betul. betul lah. tak tipu.

Sunday, December 12, 2010

penjagaan contact lense dan contest best!

I seorang yang rabun jauh sejak di bangku sekolah menengah lagi. okay, like you guys care kan? -__-'' I tak suka pakai cermin mata sebab tak selesa. tapi lain pula cerita kalau pakai cermin mata hitam, disebabkan effect macho bergaya yang tak selesa jadi selesa yang amat. so I akan pakai cermin mata pada waktu-waktu tertentu sebelum I mengenali dia, cik Contact Lense di zaman universiti. lagipun sebagai seorang student pertanian yang aktif sana sini, memanglah beliau sangat sesuai dengan jiwa raga I. dah lah warna-warni comel betul :)

tapi anda tahu tak sebernanya dengan memakai contact lense bermakna anda kena berdisiplin. maksud I dari segi penjagaan hariannya. anda perlu membasuh contact lense anda dengan menyentalnya dari dalam ke luar dengan jari secara lemah dan lembut walaupun botol cecair cucian (cleaning solution) tu tertulis 'no-rub'. kenapa kena sental? em just bayangkan anda cebuk lepas membuang tahi tanpa sental. ok contoh ini sila habiskan di sini sahaja. terima kasih.

selain itu penjagaan asas lain ialah pastikan tangan bersih while handling with contact lenses, dan jangan sesekali mandi, swimming, tidur atau berbabeque ketika memakai contact lense. eh anda pernah dengan kan gosip pasal contact lense cair/konyok di mata ketika seseorang sedang bakar makan untuk barbeque?

sila ambil berat sebab mak selalu pesan, mata ada satu pasang je dan merupakan anugerah yang tak boleh di tukar ganti :')

oh ya, cakap pasal mata ni ada satu contest best untuk disertai semua iaitu jeng jeng jengggg


contest ni anjuran mr Marhaen Kacak. he is an optometrist/ pakar mata. belog dia iaitu Hikayat Marhaen Kacak merupakan sumber atau 'hub' maklumat dan artikel berkenaan Kesihatan Mata dan Penglihatan. hoi hub lah bukan pub. you should check his blog out if you do really care about your eyes.

kat blog beliau juga ada ruangan ' Soal Jawab' pasal kesihatan mata je tau. bukan pasal Marhaen.
anda tanya je la killer question sampai dia susah nak jawab, 7 hari 7 malam tak lalu makan contohnya kenapa mata ada dua ke. sebab siapa suruh dia nak buat ruangan tu kann hee. untuk Mr Marhaen, just an idea from me. You buat lah ruangan FAQ (frequently asked questions) supaya tak adalah soalan yang sama di tanya berulang kali dan pembaca boleh refer kat situ saja.

I harap you guys do join contest ini untuk menyokong usaha murni beliau walaupun pada mulanya I rasa tak mahu hebahkan kerana peluang untuk menang lebih tipis bila lebih ramai yang join -__-'' tapi tidak mengapa, orang tamak selalu rugi and the more, the merrier. kiki. cepat, tarikh tutup this 15th. sempat lagi tau you alls. by the way this is the link of the contest. sila right click ;p


walaupun Marhaen tak suruh tag orang. I nak tag sesiapa yang baca/terbaca. siapa tak join, diaaaaaaaaaa..... lambat kahwin! hoho. kalau dah kahwin. er anda susah berak. lalala

thank you for reading! good day!

Saturday, December 11, 2010

makhluk seperti ini wujud ke?

pernah nonton Lost Tapes tak?
tajuk omputih so yes memang omputih punya tv series -__-''

tajuk dia lost tapes sebab ia rakaman sendiri, yang tape mereka di jumpai lalu di kaji sebelum di tayang kepada kita semua.

sesuai untuk orang misteri, sebab ianya berkenaan mahkluk yang kewujudan dia misteri.

I tengok dari season 1 lagi, sekarang dah season 3 :') ni nak habaq hang misteri ke nadia?

ok, now check this one out!



ini sedutan kajian je. yang cerita lain.
so tune in to Discovery channel 551 every thursday at 10.03 pm to watch it. two episodes are aired back to back!
er suara latar brother tu macho and sexaayyyy kannn. I very the like :p

good day everyone! :)

ps: kenapa cerita berunsur hantu /seram je PASTI akan ditayangkan pada malam jumaat? benci benci benci tau! kesian adik I terpaksa teman I tidur and kesian mak kena bayar bil mahal sebab I bukak lampu sampai pagi T__T



Friday, December 10, 2010

Bentuk badan seperti guitar

bentuk badan wanita yang berbentuk seperti guitar merupakan idaman setiap lelaki yang errr gatai.

oleh itu, sang perempuan berusaha mendaftarkan diri di slim world dengan menyusahkan diri membalut badan segala dan tidak ketinggalan membeli jusmate 5 dr rozmey yang rambutnya menjadi buah mulut orang ramai untuk mendapatkan tubuh badan guitar ini. namun anda tak perlu bersusah payah menghabiskan duit beriban-riban kerana anda mampu lakukannya di rumah sahaja. ya I ulang, di rumah! er kenapa seperti iklan smartshop ni.

(gambar di sebelah kiri anda memang tiada langsung menyerupai bentuk guitar namun getaran cinta di jiwa. masa ni baru lepas bulan puasa memang sekeping. sekarang dah berkeping-keping -__-'')

apa yang I maksudkan di sini ialah dengan melakukan kerja-kerja rumah. lagipun bukankah melakukan kerja-kerja rumah itu merupakan salah satu ciri-ciri kewanitaan :')?

if ada maid tolong letakkan jawatan beliau. household chores seperti menyapu, mengelap tingkap dan membasuh toilet merupakan senaman yang bagus jika dilakukan dengan betul. sebagai contoh elakkan membongkok badan apabila menyapu. oleh itu, pergilah ke kedai runcit mintaklah penyapu yang batangnya panjang. menyapu pula dilakukan secara bergilir-gilir iaitu tangan kanan 5 kali diikuti tangan kiri. ha kalau nak penerangan panjang lebau kelik tulisan bawah ni. eh right click ah :p --->

anddddd kalau boleh wahai kaumku jangan angkat benda yang terlalu berat tau. It is not good for our back and may cause further injuries to us. kalau terpaksa angkat jugak jangan dalam keadaan membongkok! duduk bersimpuh (over -__-'') time nak angkat benda alah tu. alaaaah anda faham kan! hee.

okay, thank you for reading! bye for now!


Thursday, December 9, 2010

Puji-pujian : apa nak jawab ya?

agak-agaknya apa jawapan yang paling sesuai bila ada orang puji kita?

contohnya bila ada orang puji kita ni cantik.

kalau anda perasan kan biasanya rakyat Malaysia ni sangat humble dan akan jawab 'mana ada', 'biasa-biasa je' ataupun 'you lagi cantik'. for sure kebanyakan dari anda pun akan jawab macam ni kan? ini mungkin sebab kita sedar yang kita ni ada je kekurangan sana sini walaupun di sebalik tabir lepas di puji dok belek-belek muka kat cermin.

but some have the guts to say 'thank you'. tak ramai berani cakap ni sebab takut dikata perasan cantik. perasan ke? tak ada lah. kita kena terima pandangan setiap orang kan berbeza. ada yang kata dia cantik, ada yang kata tak. macam durian, ada yang kata bau busuk la tapi I rasa bau dia mengancam je okay. I don't even mind nak guna bau durian sebagai perfume (sebernanya nak beritahu yang I ni hantu durian -___-''). perasan tu bila dia jawab, 'laa, baru tahu ke?' ataupun 'you orang ke 1,994, 567 yang cakap macam tu' tapi mungkin jugak dia berniat main-main kan. so the point is janganlah buruk sangka. hihi.

anyways, ada ustazah pernah beritahu, bila ada orang puji cakaplah 'astaghfirullahalazim' sebab pujian membolehkan lahirnya sifat riak dan takbur dalam diri seseorang. eh bukan cakap kat orang yang puji anda sambil tepuk dahi, muka berkerut-kerut dan serba salah. no no no. sebut dalam hati je. tapi tu lah. teori tak semudah amalan kan. kita cuba slow-slow tau.

er dah sebut astaghfirullahalazim nak jawab apa pulak? terpulang. cakaplah yang elok-elok seperti manusia kan memang sebaik-baik kejadian jadi semua cantik. isk. macam poyo tapi yang penting anda faham maksud I kan.

okaylah that's all for now. good day and thank you for reading :)

ps: I suka jawab mana ada dan ada lah seseorang ni suka takut-takutkan dengan mengatakan Allah tarik balik kang T__T pastu I pun cakap macam tu kat orang yang jawab 'mana ada' bila I puji dia.

ps/s: kita kutuk fizikal orang tu bermakna kita kutuk ciptaanNya kan?

haa..kutuk-kutuk.

Tuesday, December 7, 2010

SERIBAN

Selamat Menyambut Awal Muharam kepada semua umat Islam. semoga semua terpelihara ya pada tahun baru ni.
em bukak facebook, 76 orang telah mencukupkan seriban.


terima kasih kepada orang yang sudi add I. bukan tak nak approve, nak ignore pun tak sampai hati. korong batalkan sendiri ye? -__-'' sebab tak best pulak kalau account full. nanti ada jumpa kawan baru dah tak boleh add diorang dah. second account? er I don't think so. yang satu ni pun tak terjaga. tapi kalau anda rasa tak boleh makan dan tak boleh tidur 3 hari if I tak approve, private message eh. I tak lah kejam sangat. amboih, diva sungguh. tumbuk bersungguh-sungguh kang.

kepada orang yang tak suka I tapi jadi friends nak remove atau block I terusss pun okay jugak. tapi pada yang dah buat awal-awal, if you are reading this, love you.

kepada yang mengepoke, aduh sakit tau apa cubit-cubit ni. nanti I cubit balik kang. but thank you. sudi melawat. eceh.

tahu kan sebernanya strangers ni mungkin merbahaya. hoi tak tahu ke berita pasal orang kena tipu sana sini, organ kena jual. manalah tahu diorang ni pembunuh bersiri, casanova atau yang sewaktu dengannya. ngeri tau tak ngeri T__T isk. tak baik buruk sangka. eh eh mana ada. berwaspada saja.

good day everyone! take care.


ps: anyway, kalau cita-cita I berjaya( Amiinnnn), sudi-sudi lah like page facebook I pulak :p

Sunday, December 5, 2010

Satu Malaysia lah!

I suka betul bila nampak

orang Melayu cakap slang cina/india bila bercakap dengan orang Cina atau India.

orang Melayu fasih berbahasa Mandarin dan Tamil.

orang Cina atau India bercakap dalam bahasa Melayu bila bercakap sesama mereka.

orang Cina atau India bersungguh-sungguh makan makanan Melayu terutama waktu raya.

orang Cina atau India mengajar subjek Bahasa Melayu kepada pelbagai bangsa.

lebih dari satu bangsa melepak bersama-sama.

Don't you think it is sooooo Satu Malaysia without realizing it?


ps: I duduk di kejiranan ramai Cina, so every Chinese New Year mesti mereka beri buah limau. tak payah beli pun :D

Friday, December 3, 2010

Pemandu yang dot dot dot

Seringkali kita memarahi dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang manis kepada pemandu di jalan dah lebuh raya. Oleh itu I ingin membincangkan kenapa ada golongan yang memandu terlalu lembap dan terlalu laju supaya anda akan berfikiran positif apabila berdepan dengan mereka ini.

Memandu terlalu perlahan
  • punya pengalaman ngeri jadi mereka lebih berhati-hati.teramat sangat berhati-hati sekali.
  • tak sampai seminggu dapat lesen
  • masih P macam I -__-'' tapi I bawak macam pemandu kompeten
  • kereta baru wehhhh
  • tak tahu jalan/sesat
  • bawak awek ehemmm
  • warga emas
  • mereka bayar cukai jalan dan insurans macam kita
  • jalan bapak mereka sukati lah kannn. mungkin jugak bapak diorang yang buat jalan tu

Memandu terlalu laju
  • kereta seport atau dah modified macam seport memang tak boleh bawak kurang 100km/h. em kalau tak macam pun mungkin sebab si pemandu memang ingat tu kereta seport.
  • ada kes emergency iaitu membawa wanita mengandung atau orang accident
  • kaki kanan dia berat sikit tu yang terlebih tekan pedal pemecut
  • dia nak berak. tak tahan simpan lama sangat
  • terlambat untuk ke tempat kerja dan masa tu memang amaran yang terakhir. dia tak boleh lambat nanti hilang kerja
  • mereka juga bayar cukai jalan dan insurans macam kita
  • jalan bapak mereka/ bapak mereka buat jalan

Setelah anda tahu sebab-sebab ini anda pasti akan tidak merasa marah atau memaki lagi kerana anda telah tahu kondisi mereka. eh eh ada kezutan untuk anda semua. nak tahu siapa Hanis Zalikha punya boyfriend? Inilah dia boyfriend Hamis yang punya hamis sepert jejaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka :


ini namanya ada kerja tapi buat-buat tak ada kerja. ada macam hang nad tak?


maaf kepada yang berkenaan, patik telah bertunang dengan bella dela rosa. hanis tu scandal/gundik patik.

thanks for reading. good day everyone! :)


ps: I selalu tak jadi nak marah kalau yang memandu tu warga emas. isk
ps/s: jangan marah ya hanis :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...