Sunday, November 28, 2010

lelaki untuk dibuat suami

berikut merupakan beberapa ciri yang I inginkan dalam seorang lelaki untuk di buat suami :
  • bertanggungjawab
kepada agama dan title sebagai ketua keluarga
  • penyabar dan boleh bertolenrasi
  • kemas dan pembersih
walaupun sehandsome dah setough The Rock namun kalau selekeh dan pengotor tiada gunanya bang
  • penyayang
I wanita yang you paling sayang selepas mak you dan mak I :p
  • setia
it is okay to have girl friends tapi jangan layan dia melebihi layan I. dah nama kawan buat cara kawan. tak perlu nak bergayut sampai bill beratus-ratus.
  • romantik
ini bukan lah ciri yang penting namun amat diharapkan oleh setiap wanita. sila tahu perbezaan romantik dan mulut manis. mulut manis tu I tak suka. geli hoi so just stop it. dahla ayat yang keluar dari lelaki mulut manis ni sama je untuk setiap wanita yang dia nak ayat. that is so lame, LOSER. romantik adalah seperti bermain gitar sambil menyanyi di bawah rumah atau datang melamar membawa kuda
  • ringan tulang
bukan berat 60kg tetapi rajin. bukannya I nak suruh dia masak, basuh baju segala kerana I tak ingin nak mengkontrol suami di kemudian hari (bercita-cita menjadi isteri mithali ;p) tetapi teman I masa I buat kerja-kerja rumah dan tolong apa yang patut. eleh I pun berkerjaya jugak okay. kan ini juga ciri-ciri romantik.
  • tidak poyo
selalunya berkaitan dengan percakapan. tidak perlu cakap besar nak up kan diri atau memuji diri sendiri sangat baik dan hati.
  • simple
biarlah besederhana dalam setiap perkara. sebagai contoh, tak perlu modified kereta sampai ada sayap sebab bukan boleh terbang pun dan tak payah nak vroom vrooom sangat.

I tahu tak semua yang kita impikan kita boleh dapat. kan orang selalu cakap, apa yang kita tak suka tu lah yang kita akan dapat -__-'' lagipun I ni bukan lah hebat atau bagus mana nak demand macam-macam. wanita biasa saja dong. I harap suami I nanti terimalah I seadanya ye.

'wanita baik di ciptakan untuk lelaki baik dan begitu juga sebaliknya'




ps: mak dan abah pernah pesan, 'biarlah seburuk-buruk suami naya, sebaik-baik abah'. :(

Wednesday, November 24, 2010

bercinta semasa belajar

I nak jadi Dr Love kejap boleh? pleaseeee. eleh kalau tak bagi pun I nak jadi jugak. tak kira :p

okay I sebernanya nak tahu apa pendapat anda tentang bercinta semasa belajar. sebab in my not so humble opinion ni, I telah berpandangan negatif tentang hal ini. bukan apa, ini kerana I rasa kalau kita gaduh, hampir-hampir break atau break terus dengan sang kekasih ia pasti akan menganggu emosi dah akhirnya pelajaran. apa? tidak pada anda? fine T__T
hoi bukan time tengah belajar tu bercinta lahh -__-'' maksud I disini ialah bercinta semasa masih menuntut, sama ada di sekolah, alam universiti/kolej.

so I nak suggest kat sesiapa yang masih belajar dan single, sedang di ngorat atau belum lagi serta tak kuat semangat, sila jangan cuba bercinta. kawan je dulu. sebab bukan nak kahwin pun kat tahun depannya. ni doktor cinta nasihat ni jangan nak degil tak nak dengar. but well, siapa yang tak nak merasai keenakan bercinta kan? *geligeli*

yela yela buat yang tengah study tapi terbercinta tu sila jaga pasangan elok-elok. nak buat hal tunggu sampai sang kekasih habis belajar okay? tapi kalau boleh jangan lah buat hal sampai bila-bila tau tau. sayangi, jagai dan hargailah dia. ecece. siapa yang pasangan dia tak jaga elok-elok cepat report kat I. biar I babab dia.

okay take care semua. bye for now :)



ps: crawling back to you? nonsense. lmao.


Monday, November 22, 2010

PENGAKUAN: I buat plastic surgery

Hi anda-anda sekalian.
Baca ni, I nak buat pengakuan yang tak pernah dibuat kepada sesiapa pun.
Oleh kerana RAMAI yang beritahu I kelihatan lebih berusia dari usia sebenar, I telah buat keputusan untuk membuat plastic surgery. I memang dah tak tahan. I terasa sangat. I terpaksa lakukan ini demi untuk kelihatan muda.
Dan disebabkan sebernanya I tak mampu menampung kos pembedahan, jadi I hanya mampu buat plastic surgery di blog kesayanganku ini.
How's it? Adakah seperti anda sedang membaca belog kanak-kanak ribena?
Tak kisah apa jua pandangan anda kerana yang penting I sukakannya. terima kasih Dr B (bukan nama sebenar) yang bertungkus lumus melakukan pembedahan ini. I terpaksa mintak tolong orang lain sebab buta it -___-''
Ok. thank you for reading this. Sekarang I rasa lebih muda dan bertenaga! ehe. Good day! :)


gadis ini disalah ertikan umurnya.baru 21 tau.huu.ha amek.ni gambar tak makeup langsung.secalit bedak pun ilekkk!


ps: susah kan nak jumpa orang yang terima kita seadanya? oh bakal suamiku, terima kasih kerana menerima I seadanya :')

Thursday, November 18, 2010

Sekolah Girly Geli!

how's raya? hope everything is fine. pelik oh, tahun ni tak banyak drama kat television sempena raya korban. kalau tak dari pagi sampai malam dok menangis dengan mak tengok drama sedih. hihi.
anyway, I nak kongsi pasal kami, budak-budak sekolah satu jantina. dalam kes ini, sekolah perempuan :)
  • kami boleh menjadi diri sendiri, tidak hipokrit dan tidak cover-cover. sebagai contoh, menguap dengan membuka mulut seluas-luasnya, lari sini sana dengan bebas, mengkangkang dan perkara-perkara lain yang tidak akan dilakukan di depan lelaki.
  • budaya kakak-adik angkat atau nama glamernya petsis. kalau dapat petsis yang fofular dan disukai ramai, memang hebat dan orang lain akan cemburu buta!
  • kami tak gedik, kami girly.
  • tak berapa nak berhias ke sekolah. light-light je. kecuali hari-hari tertentu yang ada tuition.
  • berpotensi untuk ponteng. yela. bukannya ada boyfie atau tarikan untuk ke sana.
  • kebanyakan kami masih single, I mean tak bercouple2, masih innocent.
  • tapi yang ada boyfie tu, pasti lelaki tu pun berasal dari sekolah satu jantina iaitu sekolah lelaki, tak pun satu tempat tuition, pernah pergi seminar/pertandingan yang sama ke atau kawan kepada kawan kami.
  • tak lupa jugak pasti ada beberapa tomboy yang agak comel, yang I rasa kalau jadi girl betul-betul mesti cantik.
  • lesbian? erm tak ada sangat la. hal dalam kelambu I tak tahu.
  • kadang-kadang orang yang diminati tomboy ni akan dapat surat cinta. ehem.
  • jauh di sudut hati kami, kami sentiasa berdoa dan berharap agar guru praktikal yang akan dihantar ke sekolah kami adalah lelaki. tetapi kami redha, sebab hanya keajaiban akan membuat imipan kami menjadi kenyataan.
  • kami ada banyak gila oh topik yang akan dibualkan, lebih open-minded dan bersembang tak henti-henti.
  • we have this close bond of friendship.
  • kami pemalu dengan lelaki. hihi.
well mungkin ada di antara perkara di atas yang berlaku jugak kat co-ed school. co-ed sekolah campur tau. janganlah sebut co-ed as in bahasa melayu pulak. kelakar bunyinya. sebut secara englishhh.
ha sesiapa nak tambah dipersilakan :)

kalau nak tahu, wwe world heavyweight champion ni dulu 9 tahun belajar di sekolah perempuan, setahun di sekolah co-ed.

thank you for reading. good day!

ps: gambar ni paling menarik perhatian kawan-kawan di facebook -__-''

Tuesday, November 16, 2010

JANGAN BERHENTI!!

This is happening now! Sad, especially if you are inclined to 'help' people...

While driving on a rural end of the roadway on Thursday morning, I saw an infant car seat on the side of the road with a blanket draped over it. For whatever reason, I did not stop, even though I had all kinds of thoughts running through my head. But when I got to my destination, I called the Police and they were going to check it out. But, this is what the Police advised even before they went out there to check....

"There are several things to be aware of ... gangs and thieves are now plotting different ways to get a person (mostly women)to stop their vehicle and get out of the car.

"There is a gang initiation reported by the local Police where gangs are placing a car seat by the road...with a fake baby in it...waiting for a woman, of course, to stop and check on the abandoned baby.

"Note that the location of this car seat is usually beside a wooded or grassy (field) area and the person -- woman -- will be dragged into the woods, beaten and raped, and usually left for dead. If it's a man, they're usually beaten and robbed and maybe left for dead, too.

DO NOT STOP FOR ANY REASON!!!

DIAL 999 AND REPORT WHAT YOU SAW, BUT DON'T EVEN SLOW DOWN.

"IF YOU ARE DRIVING AT NIGHT AND EGGS ARE THROWN AT YOUR WINDSCREEN, DO NOT STOP TO CHECK THE CAR, DO NOT OPERATE THE WIPER AND DO NOT SPRAY ANY WATER BECAUSE EGGS MIXED WITH WATER BECOME MILKY AND BLOCK YOUR VISION UP TO 92.5%, AND YOU ARE THEN FORCED TO STOP BESIDE THE ROAD AND BECOME A VICTIM OF THESE CRIMINALS.

THIS IS A NEW TECHNIQUE USED BY GANGS, SO PLEASE INFORM YOUR FRIENDS AND RELATIVES.

THESE ARE DESPERATE TIMES AND THESE ARE UNSAVORY INDIVIDUALS WHO WILL TAKE DESPERATE MEASURES TO GET WHAT THEY WANT."

Please talk to your loved ones about this. This is a new tactic used. Please be safe.

this is a true story, and it happened to a friend of a friend of mine, Nadia Mohd Ali. (bukan I lah, I Nadia Rahimi ;p) Share this just because I love you gays. eh guys!

ps:Selamat Hari Raya Aidiladha I ucapkan untuk semua yang beragama Islam. Untuk kaum lelaki, hati-hati menyembelih. Untuk kaum perempuan, masak sedap-sedap. Untuk kesemua kaum, makan daging berpada-pada. Oh ya, untuk kaum yang tak dapat balik raya/bekerja, sabar, tahun depan ada lagi. Ha? tahun depan pun sama? tahun lain-lain lah. kiki. Selamat! :D

Monday, November 15, 2010

Al- Fatihah untuk Farhana Johari

Farhana Johari,
She was my childhood friend,
We went to the same primary school in Taiping.
And then we meet again at Universiti Putra Malaysia after years.
She's adorable and such a sweetheart.
We will definitely miss her.
Friends, do recite Fatiha and Yasin to her.
Thank you.

Here's an entry about arwah from her ex roommate- Khairiah (click on her name)

Saturday, November 13, 2010

mesti baca dan gaduh-gaduh.hihi

niat I cuma nak wish mak and abah. tapi ni yang I dapat -->

click di gambar untuk nampak lebih jelas

Dia siap hantar kat inbox bertajuk 'pesal beb'. padahal I kalau message lambat la sikit nak bukak.


I tak kisah di tegur ke apa tapi please cara kena betul jugak. Yela mungkin dia manusia paling baik di dunia ni kan. Inilah bakal suami yang boleh membimbing isterinya. Sesiapa berkenan, add dia tau. Okay en syukri yang berbudi bahasa, pekerti tinggi dan mulia nak sambung kat sini pun boleh.


ps: hati mesti mau bersih tak nak busuk okay! :)

Tuesday, November 9, 2010

Menusuk kalbuku dan kalbumu

Bila dengar lagu ni memang rasa nak nangis.
So, if you guys rasa depressed, kusut atau apa je yang tak best,
dengarlah lagu ni because Allah is always by your side :)





ps: Insha Allah I will find my way. Amin.. :')

Monday, November 8, 2010

mesej untuk si BROKEN HEARTED dan HEARTBREAKER

A message for the Broken-Hearted
  • kuatkan semangat dan jangan buat perkara yang bukan-bukan. it is not the end of the world anyway. ingat, walau apa pun anda masih ada keluarga dan kawan-kawan yang sayangkan anda.
  • I tahu hati anda sangat sangat sangat sakit. percayalah, masa akan mengubatinya.
  • elakkan berseorangan walaupun anda rasa lebih selesa macam tu, walaupun bila bersama rakan taulan anda rasa sunyi tapi jangan nak mengada-ngada memilih untuk bersendiri.
  • berhati-hati selepas ini. you have learned your lesson. jangan mudah percayakan orang. cakap depan dia you percaya tapi sebernanya tak. simpan sedikit untuk diri sendiri.
  • ayat klise tapi benar, setiap kejadian ada hikmahnya.
  • move on. get over him/her. you deserve someone better. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.
  • yang paling penting, ingat ALLAH, mohon pertolongan dariNya. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyembuh.

A message for the Heart-Breaker
  • hoi anda ingat anda hot sangat ke haaa??!! oh maafkan I. teremo sebentar.
  • cermin diri atas bawah, kiri kanan, depan belakang.
  • ingat satu je, what goes around comes around. kalau dah terkena kat batang hidung sendiri, baru anda tahu langit tinggi atau rendah.
  • jangan kembali merayu kepada bekas kekasih kalau anda rasa anda akan kembali menyakitinya dan berpotensi ulang perangai lama.
  • kalau dah insaf dan menyesal, baguslah. sila mintak maaf kepada bekas pasangan anda. DENGAN KADAR SEGERA. tak kisah lah lepas tu dia maki anda ke hapa. padan muka anda.
  • janji dengan diri sendiri jangan buat lagi apa jua kesalahan atau kesilapan yang telah anda lakukan.
  • belajar menghargai.
  • lelaki yang jahat diciptakan untuk perempuan jahat dan begitu juga sebaliknya.

Bagi yang tidak terkategori dalam kedua-dua ini sila bersyukur. Dan I harap kalau boleh jangan bercita-cita nak jadi heartbreaker. I cepok kang. Err, I kategori mana? Erm dua-dua kot. hihi. tapi sedang berusaha ke arah menjadi neutral -___-''

ps: this is so random. jangan lah ada yang lepas baca ni terasa untuk kawan dia lepas tu inbox kat facebook I nak cari gaduh lagi T___T
hey good luck untuk sesiapa yang baru nak exam. tutup pc anda SEKARANG. pergi ambil buku dan peluk. tengok macam budak di bawah ni :p

Friday, November 5, 2010

Facebook yang kemas

hai kawan-kawan.
hari ni I nak ajar you alls membuat facebook jadi kemas. walaupun I tahu ramai dah tahu, ah I tak kira I nak ajar jugak. kiki.
maksud I tak kemas tu yang macam ni haaa --->

click di gambar untuk penglihatan yang jelas

er bukan tulisan yang conteng-conteng tu eh maksud I yang tak kemas. maksud I yang comments, box biru tuu. Untuk nyorokkan biru itu sila click ke options, lepas tu click skali lagi kat settings. pastu akan kelihatan seperti ini.

click jangan tak click


dekat box pertama tu anda unclick okay. and the result is jeng jeng jenggggg

tadaaa! kan sedap mata memandang, saujana pemandangan :D

tapi tak semua orang suka buat macam ni, so depends on individual. I suka sebab nampak kemas. ha kalau anda rajin sila remove la segala recent activities anda untuk memperkemaskan lagi facebook anda. lagipun, susah lah sikit orang nak stalk dengan siapa anda berkomen.hihi

oleh itu, selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat dan ketinggalan zaman macam I. caj tutorial yang dikenakan adalah rm100. sila bayar sebelum 12 malam esok ke alamat 33, Elm Street, Malaysia. sebarang surat ngorat-mengorat tidak akan dilayan. terima kasih. (hoi hoi jangan hantar betul-betul)


ps: I baru tahu kewujudan dan cara menggunakan print screen. ye, tahu. ketinggalan zaman betul budak ni. anyways, sesiapa yang tinggal di zaman batu macam I kalau anda nak buat/belajar jugak, click SINI

this option is no longer available since Facebook has changed its settings :(

Dia lagi tahu!

kita selalu berangan-angan alangkah indahnya hidup kalau kita dapat apa yang kita impikan.
kerja bagus, suami baik, kacak, tampan, bergaya, hot, romantik, okay cukup. saja kan nak bagitahu suami impian you macam mana -__-''
tapi tanpa kita sedari, sebernanya apa yang sudah tertulis untuk kita kadang-kadang lebih menarik dan beyond expectation. nak tahu sebab apa? sebab,

ALLAH knows what is best for us :)




ps :to all Hindus ---> தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்! hihi

Wednesday, November 3, 2010

Apa itu CINA BUTA?

Tahu tak cina buta tu apa? Adakah beliau seorang warga berbangsa cina yang buta? Tak tak. Ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang lelaki yang jadi pak sanggup, iaitu kahwin dengan seorang perempuan yang telah diceraikan talak tiga, pastu nanti lepas dia dah 'bersama' perempuan tu, dia ceraikan perempuan tu supaya perempuan tu kahwin balik dengan suami lama yang telah menceraikannya dengan talak tiga. Aduh. Berbelit. Tak faham baca ulang-ulang sampai faham tau. Ke sebernanya anda semua dah lama tahu cuma I ni je yang ketinggalan zaman? -__-'' Anyway please bear with me until I finish. Pleaaaassseeeee *mata bersinar-sinar seperti shin chan meminta simpati*

Bukannya sebab I mimpi pasal cina buta ni I terus memilih ia sebagai tajuk entry kali ini. Bukan. Hari tu I ada tengok sebuah cerita pasal cina buta ni lah kat tv1. Ya tv1. Sila jangan pandang rendah. Hero dia Bront Palarae. Hee dia macho dan tough kan I suka sangat :DD. Dia terover shadow di mata I sampai I dah tak tahu siapa pelakon yang lainnya.hee. Eh ok back to cerita tersebut. I tak berapa nak ingat tajuk cerita tu, sebab panjang dan puitis. I tengok cerita ni pun dah halfway so agak-agak je lah permulaan cerita ni. Bront ni kahwin dengan minah N. Diorang ni kaya dan moden tetapi selalu bertengkar. Pada suatu hari, Bront ceraikan N dengan talak tiga terus.

oh my heroooo :p tapi kenapa you macam tak nak kat I, tapi nak kat bella T__T
fine bront.fine. ingat I heran sangat kat you? (ayat frust yang tipikal :p)


Pastu biasalah, menyesal tak sudah. Diorang pun cari seorang buta cina. Ha dari situ I pelajari istilah tersebut :') I don't know how they met with this buta cina, I named him as Dut okay? Dut ni macam istimewa sikit, dia sangat-sangat lurus bendul, perangai macam budak-budak walaupun dah 30 tahun. Bront bayar 5k kat Dut, untuk kahwin dan ceraikan N sebab Dut memang nak duit tu untuk bayar pembedahan mata mak dia, satu-satunya harta yang dia ada.

Bermula lah kisah N dan Dut sebagai suami isteri. Comel tau Dut dia panggil N ni 'bini'. Contoh, "bini, bangun subuh", "bini, bini dah makan ke". Comel kan kan kan. Tapi pelik pulak kalau suami ehem bakal suami panggil I bini. Ok sambung balik, banyak la kisah daripada N ni geli-geli dengan Dut sampai terbitlah nilai-nilai kemanusiaan dalam dirinya. Nak dijadikan cerita dalam tempoh pengenalan hati budi antara N dan Dut, Bront lost contact dengan N sebelum dapat jumpa balik. Biasalah, cerita :p Pastu terbongkar satu kampung yang Dut ni cina buta sehingga menyebabkan ada incident yang menyebabkan mak Dut meninggal.

Ending cerita ni N teruskan perkahwinan dengan Dut sampai dapat anak. Dan kesian Bront jadi gila. Anda rasa dalam dunia sebenar adakah N akan memilih Dut? Bagai langit dan bumi tau si Bront dan Dut. But I still didn't get it. Kenapa mesti istilah yang digunakan ialah cina buta? Kenapa? Kenapa ya orang-orang tua? Tolonglah beri penjelasan T___T

Ok lah itu sahaja dari I kali ini. Terima kasih kerana masa anda! Bye for now! Good day :)


ps: I rasa cerita, cereka, drama, dan filem Malaysia banyak yang best. Biasalah kebanyakan cerita memang kita boleh agak ending dia, lawak yang tak berapa nak cerdik sangat, tapi s percaya still masih boleh dipertingkatkan. Tengok saja filem-filem Malaysia yang box office, buktinya masih mendapat sokongan rakyat tempatan kan? Siapa lagi nak sokong produk kita kalau bukan kita sendiri. So anak-anak muda yang berbakat, sumbangkan kreativiti anda ke saluran dan jalan yang betul!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...