Saturday, October 30, 2010

buat insan istimewa bernama TEMAN

This song is specially dedicated to all my friends. Thanks for all the memories. Thanks for everything. I want you to know that I really appreciate our friendship. Love all of you.
Enjoy the song everyone! :D

Friday, October 29, 2010

bila anak dara racing

semalam my girls and I pergi racing! cakap my girls terasa macam mak ayam pulak. hihi. sebernanya racing yang I maksudkan ialah aktiviti go-kart. kami pergi tanpa dirancang, jadi ia dapat di buktikan dengan pemakaian di bawah ini.

macam minah rempits Malaysia tak?

Mari zoom in---->

tengok.baju siap bunga-bunga & pakai anting-anting lagi


memang seronok. tak sangka pun ada. masa mula-mula drive go-kart I macam tertanya-tanya adakah ini suatu mimpi atau realiti.


kereta racing I sedang dibaiki

gossiping is a must! anywhere,everywhere!

we are ready, baby!
dari kiri: Nadia Hamilton, Bella Schumacher, Bella Raikkonen, Syasya Massa

and the winner is ehem2 :p


Tempat kami berracing ini ialah di MAEPS, Serdang. Kawasan ini agak tersorok, jadi bantuan GPS amat diperlukan. Staff di sini mesra dan baik belaka, jadi memang tak rugi pergi. Mereka kata waktu malam lebih ramai orang, siang hanya mat-mat salleh. so maknanya kami ni? hee.
Harga? sangat berpatutan, iaitu seperti di bawah :

Price : Normal : rm25/10mnts/head
Student : rm18/10mnts/head
Operation hours : 2pm-11pm

Review: Sesuai bagi anda yang berjiwa kental, ingin cuba sesuatu yang baru dan boleh hilangkan tension dengan menjerit sambil memecut kerana bunyi enjin kuat. Juga sesuai untuk sesiapa yang suka memandu laju di lebuh raya, mari try test sebernanya power ke tak anda tu. Tidak sesuai kepada mereka yang ingin menyihatkan badan sebab anda berpeluh sebab panas bukan sebab mengerakkan kesemua anggota tubuh anda. So apa tunggu lagi mari lah coba! Tapi pastikan anda bawak helmet sendiri untuk keselesaan dan pakai kasut untuk keselamatan.

bye! good day!

ps: our next activities are rock climbing, diving, snorkeling and maybe bungee jumping! tiba-tiba suka outdoor games :D

Tuesday, October 26, 2010

hey si lucah!

pernah tak anda semua tahu atau dengar pasal flasher? pernah? tak pernah? macam pernah?
flasher yang I maksudkan di sini ialah orang tau. iaitu orang yang menunjukkan 'benda dia' kat orang lain. er it is best describe as shown below ;

AMARAN : JANGAN GOOGLE PERKATAAN FLASHER sebab nanti gambar-gambar tak senonoh yang keluar. I takpe, sebab I TER. hangpa jangan nak menggatai no. I tak tahu tapi Allah tahu :p

walaupun gambar contoh adalah orang putih dan tunjuk kat anjing, namun jangan terkejut di Malaysia kejadian ini terjadi tapi bukan dia tunjuk kat anjing lah. rata-rata bila I tanya kawan-kawan mereka macam tak percaya. mana nak percaya kalau tak kena macam I. I kena banyak kali. tak pasal-pasal I dapat tengok free, pastu teringat-ingat, pastu dosa. tapi I mangsa keadaan. I tak mintak semua ini terjadi T__T

motif mereka buat macam ni I have no idea. gila sewel agaknya. mula-mula kena memang ngeri dan fobia. namun selepas itu tidak lagi. kalau anda nak tahu tempat operasi mereka bukannya limited di lorong-lorong haji taib dan kawan-kawan haji tapi juga di kawasan bandar yang lenggang iaitu lebih spesifik lagi di sekolah perempuan dan di tangga-tangga kedai dua tingkat. yang tak boleh blah waktu siang! kadang-kadang tengahari buta. demi melindungi kaum wanita, sila jauhi tempat-tempat yang I katakan ni ok pretty earthlings.

mereka ni selalunya akan mendekati mangsa dengan berpura-pura bertanyakan tempat. so bila ada lelaki nak tanya tempat mari kita kaum perempuan menjauhi mereka. kikiki. bukan apa, sebagai langkah keselamatan kami la wak. kaum wanita juga digalakkan membeli spray lada dan bawa ke mana-mana sebab apa-apa boleh terjadi kan. tapi nak bawak febreze pun boleh. ataupun hand sanitizer tu. paling cikai pun boleh guna sabun basuh pinggan bancuh dengan air. nanti senang boleh spray kat mata diorang ni ha.selain itu kepada mangsa-mangsa sila buat report polis. walaupun I tak buat dulu sebab waktu zaman muda remaja I takut gila nak ke balai.

Guess that's all for now. mari bersama-sama berharap golongan ini akan kita hilangkan dari bumi bertuah Malaysia. Pesanan khidmat masyarakat dari bakal menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ;p

Good day and thank you for reading. Bye for now!

Sunday, October 24, 2010

hargai, hargai dan hargai!

There are some things in this world
That you just cannot change
Some things you cannot see
Until it gets too late

Some things in this world
They do not make sense
Some things you do not need
Until they leave you
And they are the things you miss

You just don't know what you've got until it is gone.

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampuni dosanya,
Kau limpahi rahmatMu keatasnya,
Kau sihatkan tubuh badannya,
Kau panjangkanlah usianya,
Kerana dia lah kegembiraanku,
Kerana dia lah jantungku,
Kerana dia lah nyawaku.

Aku mohon Ya Allah,
Janganlah dia disakiti lagi,
Janganlah hatinya diguris lagi,
Janganlah dia menangis lagi,
Kerana kejahatan dan kejahilan aku.
Tapi biarlah selepas ini,
Air matanya tumpah hanya kerana aku mengembirakannya.
Sesungguhnya dia amat aku kasihi, ku cinta sampai mati.
Hanya padaMu aku bermohon,
Kerana Engkau Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selamat Ulang Tahun ke52 Mak. Naya Sayang Mak sangat.
(20.10.1958)

oh oh selamat ulang tahun untuk abang ku ini juga :D (18.10.1983)


ps: teater amal hari tu berjaya dapat kutipan anggaran rm4ooo. terima kasih kepada yang datang memberi sokongan. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada yang koyak, conteng dan pijak poster yang ada muka I *touching* ha lagi satu. Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang nyanyian Imran Ajmain merupakan lagu tema cerita Selalu. touching sekali lagi T___T

Tuesday, October 12, 2010

SELALU DELAILA AJE!

ini bukan lah ungkapan I pada suami atas sebab-sebab jealous kerana beliau ayik balik rumah madu. tak tak. mestilah tak. I kan tak kahwin lagi cuma gatal nak kahwin je -__-''

okay lah. baik lah. I tak akan berselindung lagi. I akan tunjukkan udang yang di sebalik batu tu.

sebernanya.......I masuk teater! Wahahaha! A friend cakap kat I yang dia tak percaya I masuk teater. I lagilah tak percaya noks.

entry kali ni I nak ajak anda semua yang terbaca mahupun sengaja baca blog ini untuk sama-sama menonton pementasan teater yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Oktober 2010. program ni anjuran pelajar UPM dengan kerjasama pelbagai pihak yang bertujuan untuk mengutip derma dan menyalurkannya kepada tabung gaza. Tiket yang berharga rm5 tu lah kalau anda beli maknanya anda melakukan kebajikan secara tidak langsung. Maaflah harap anda faham bahasa tunggang terbalik ni. biasalah dah lama tinggal pelajaran penulisan bahasa melayu T__T

Ada dua teater yang akan dipentaskan iaitu Selalu dan Delaila arahan Khairul Amin, seorang yang I rasakan berjiwa besar dan berbakat. Dia baru je grad. Congratulations Amin :)

Selalu adalah teater yang I berlakon tu. I bergandingan dengan Qadry, yang sangat hebat dan diva dalam bidang lakonan. I selalu pesan kat dia, kalau glamer nanti kahwin dengan I. haha. ok tak boleh. dia orang punya tak boleh kacau. I sebernanya nak cerita sinopsis tapi I takot bukan sinopsis namun keseluruhan cerita yang I akan ceritakan. Cukuplah sekadar ia mengisahkan tentang hal-hal kemanusiaan, dendam dan sedikit elemen percintaan. Chewah.

Delaila pula sebuah karya Othman Haji Zainuddin yang akan dipentaskan pada 16-18 Oktober. mengikut versi dan kefahaman I sendiri, cerita ini mengisahkan tentang pergaduhan dua puak iaitu arab dan yahudi. Delaila merupakan hero dalam cerita ini yang mana dia sendiri yang akan menyelamatkan kaumnya. Dalam cerita ini ada diselitkan tentang kekeluargaan dan yang paling I loike, cinta cintun. tapi kan sorry kalau I salah terangkan. maklumlah minah salleh selup. pun begitu cerita ni pun best, serious I cakap. hero dan heroin adalah handsome dan cun. Jadi disamping anda menderma, anda juga dapat mencuci mata ketika menonton. eh, niat salah dah tu. tak tak. I main-main je :p pelakon-pelakonnya hebat lagi-lagi the female lead yang pernah memenangi beberapa anugerah grammy.tak lah.anugerah teater.ehe. ha, ia ada beberapa tarian yang I rasa meletups! Mestilah, siapa choreographernnyaOleh itu, marilah beramai-ramai menyokong usaha kami yang suci dan murni ini. lagi-lagi yang disekitar lembah klang tu, ajak mak, abah, nenek, atuk, suami, isteri, tunang, aweks, pakwes, dan kawan-kawan anda datang ramai-ramai eh :) eleh tiket konsert paramore yang berganda-ganda tu boleh plak anda beli ;p Call saja nombor tertera untuk maklumat lanjut. Thanks for your time reading this! Good day! Bye for now!

ps: boleh tak nak buat blog berangkai. ala yang macam kalau kita tak foward maklumat yang kita tak dapat tu, nanti ada perkara buruk jadilah apalah. hehe. Isk. tak baik. jangan percaya. only trust HIM, ALMIGHTY ALLAH

Friday, October 8, 2010

kepada lelaki-lelaki itu

apabila lelaki berfewit-fewit,
memanggil-manggil nama si wanita,
kalau si wanita tak melayan,
buat tak tahu,
korang kata kami sombong,
macam lah kami bagus dan cantik sangat.
tetapi kalau si wanita melayan,
even pandang dan senyum sumbing je pun,
korang kata kami gedik,
peraaaasaan.
eh korang ni,
kenapalah mengada sangat?
lain kali kalau nak usha kitorang,
usha jer lah.
mulut tu
diam-diam ye?
biar kitorang tak di adili seperti di atas.ehe.


ps: wanita-wanita, are you with me? ;D



Wednesday, October 6, 2010

I dah menopause!

hi. apa khabar? harap sihat hendaknya.

I nak cerita pasal menopause. I tahu bila cakap pasal menopause je, mesti korang bayangkan perempuan kan. Tapi tahukah anda lelaki juga mengalami menopause? Menopause for men is called Andropause.

Kedua-duanya adalah disebabkan perubahan hormon di dalam badan. Kalau perempuan dah mencapai menopause, dia akan putus haid. Purata umur wanita yang menopause adalah 51 tahun. Tapi wanita boleh menopause seawal 30-an atau agak lambat bergantung kepada cara hidup dan keturunan. Tahukah anda tabiat merokok boleh mempercepatkan kehadiran menopause dalam hidup anda?

Ha satu benda yang penting nak kongsi, apabila seseorang hampir mencapai menopause anda dapat lihat perubahan dirinya. Rata-rata akan cepat marah, cepat merajuk, cepat macam-macamlah mungkin disebabkan ketidakselesaannya terhadap persekitaran. So my point is bila ibu bapa anda pelik sikit dan menunjukkan ciri-ciri ke-menopause-an, anda janganlah cepat melatah. Kerana mereka sebernanya sedang melalui proses menopause yang bagi I agak sukar untuk menguruskannya. Bawak bersabar ok bila anda menghadapi situasi seperti ini. Tahukah anda, anda juga tidak akan terlepas untuk mengalami menopause beberapa tahun akan datang?

Good day everyone :)
Eh jap. ada satu lagi tahukah anda. Tahukah anda tentang kewujudan Malaysian Menopause Society?

ps: tahukah anda I belum menopause? tajuk tu disengajakan sempena sambutan World Menopause Day 2010 pada 10th of October ni di Malaysia. eh? macam birthday seorang besty I, NINI!

Tuesday, October 5, 2010

whiteheads and me

Whiteheads bukanlah kepala-kepala putih. Ia merupakan bintil-bintil berwarna putih pada wajah yang hebat dalam membuat kita annoyed bila melihatnya. Ala bahasa mudahnya jerawat nasik tu. Dulu I ada masalah whiteheads terutamanya di hidung. I tak pernah nak perasan pun sebelum ni tapi setelah seseorang menegur tentangnya baru lah I sedar diri. Nampak sangat tak menjaga penampilan -__-''. Biasalah masa tu kan baru belasan tahun, time tak matang lagi. Pastu kan I buang tebiat kira berapa bilangan whiteheads I. Nak tahu berapa? 33! Macam nombor rumah I plak tu. Serius tak tipu memang 33. Percayalah!

Macam mana I hilangkan whiteheads adalah dengan melakukan facial. Kali kedua buat baru whiteheads tu hilang kesemuanya. Aunty facial tu beritahu whiteheads ni berpunca daripada minyak berlebihan atau sebum yang terperangkap dalam liang kulit wajah dan bila liang ni tertutup, bintil putih pun terbentuk. Dia kata mesti I tak jaga pemakanan.makan makanan yang berminyak.ya betul tu.I suka makan ayam goreng masa kat matrikulasi negeri sembilan dulu.apa lagi pilihan yang ada kan.lagipun I perlu makan ayam goreng untuk berikan I tenaga berjalan pergi dan pulang dari kuliah.jauh okay.hitam legam I tahu tak?isk takde kena mengena.tapi ada jugak kot sebab bila jalan jauh jadi berpeluh lepas tu muka berminyak pas tu pun whiteheads muncul. Tapi I ni orang yang suka makan sayur dan minum jus buah-buahan. so sekarang ni bila orang tengok I makan sayur banyak ke, minum jus ke, mesti akan cakap, 'patutlah kulit cantik,'.awak oooo awak, ini hasil I pergi facial lah -__-'' Oleh itu kenalah makan makanan yang seimbang.tak guna makan sayur satu kebun pun tapi still makan makanan berminyak seperti kentang goreng Mcdonald's yang lazat tu.

Berbalik kepada whiteheads, orang yang ada whiteheads selalunya orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan liang roma yang agak besar.macam I. I memang rasa cara terbaik nak ged rid of them ialah dengan facial. sakit oh. I tak ada niat nak nangis pun tapi air mata keluar dengan sendirinya. korang jangan try buat sendiri tau? sebab diorang ada teknik memicit yang betul untuk buangkannya. kalau buat sendiri boleh jadi parut. apa yang I beritahu ni adalah pengalaman I sendiri. sesungguhnya sangat menyesal. ha cuba korang tengok kat gambar bawah ni.perhatikan titik hitam di pipi I belah kiri you alls.

berbangga dengan tahi lalat buatan


tak nampak? cuba zoom. eh tak perlulah kan semangat zoom tengok parut whiteheads tu. tak nampak takpelah. apa yang cuba I sampaikan disini adalah orang telah salah faham dengan kewujudan parut itu dan menganggapnya tahi lalat.I malas nak jelaskan kat orang-orang tu, so adakah ini bermaksudnya disini temberang I telah pecah?tapi I tak cakap pape pun.orang-orang tu yang meneberangkan I T___T

Sekarang ni bila ada je whiteheads muncul I akan cepat-cepat pergi buat facial. Bukan apa, sebab I pernah guna banyak produk yang katanya boleh melembutkan whiteheads dan boleh hilangkannya tapi tak berkesan pun kat I maybe sebab kulit I degil macam tuannya kot. Lagi satu, I tengah try guna face mask untuk kulit berminyak. Harap-harap hasilnya memberangsangkan. Anyway, kalau korang tanya tempat facial mana yang ok, I rasa terpulang kat individu. Yang penting beritahu tukang buat facial apa masalah dan beritahu nak buang whiteheads. Sebab ada tempat yang I pergi dia tak buang pun. Pasal buat facial jugak ada beberapa kawan I beritahu takut nak buat sebab pernah muka kawan mereka lebih teruk selepas buat facial. So memang kena pandai pilih. Sebab mungkin tempat yang kawan kepada kawan I pergi tu tak jaga kebersihan peralatan. Contohnya guna jarum pemicit jerawat yang telah digunakan.
Ni ada satu article I rasa interesting pasal whiteheads sebab ada tips yang boleh dibuat sendiri. Klik sini.

Thank you for reading this :)
Good day.
Bye for now!


Sunday, October 3, 2010

nukilan khas buat kamu

Awak, ingat lagi tak waktu pertama kali kita jumpa?

Kita berjumpa mula-mula sekali kat Panggung Percubaan, UPM.ala yang konsert Akademi Fantasia 1 buat kat situ tu.

Waktu tu, orientasi kolej.kita semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama-nama tempatan kereta yang dilekatkan pada fail yang diberi mula-mula kita daftar.

Masa tu, awak duduk belakang kita.kawan awak tanya kita,kita kumpulan kereta apa?
Kita jawab 'saga'.pastu kawan awak tu kata sama kumpulan dengan awak.kita tahu awak ingat moment tu.sebab awak kata dalam hati 'eh sombongnya minah ni,'

Persahabatan kita bermula sebab kita satu kumpulan.tak glamer betul dapat kumpulan saga kan.masa tu saga yang terbaru tak keluar lagi.kita bagaikan belangkas.di mana ada awak, disitu ada kita.begitu jugak sebaliknya.

Kita banyak persamaan.sama-sama budak lompat,perangai gila-gila,awak faham kita,kita faham awak.sama-sama geng eyeliner.kan masa dulu tak ramai pakai eyeliner kan.even jerawat tumbuh pun bersama.sama tempat pulak tu.ramai jugak orang kata muka kita sama.walaupun sebernanya tak sebab awak sangat cantik berbanding kita.tapi kita tumpang gembira sebab awak kan cantik,so kalau orang kata muka kita sama bermakna?ehe.

Tapi kita tak sama course.awak kimia industri,kita sains pertanian.bila dah start kelas kita jarang berjumpa.awak dah jumpa geng sendiri, begitu jugak dengan kita.walaubagaimanapun, bila free, awak mesti lepak bilik kita.kita jarang pergi bilik awak.lagi-lagi bila kita dah pindah dari tingkat lima ke tingkat dua.awak setia bersama tingkat empat.oh patutlah kaki kita macam gajah.

Lepas dah ada kereta lagi galak persahabatan kita.hangat!I like!keluar sama-sama,makan sama-sama,shopping sama-sama,tak lupa karok sama-sama,tidur hotel sama-sama.taste kita pun sama.nasib boyfriend tak sama.er wak,sebernanya kan kita dah laaaama ada hati dengan bb awak.mungkin kitalah madu awak pada masa akan datang :p

Lama jugak kita kawan.daripada awak tak ada boyfriend, pastu ada, pastu tak ada balik, pastu ada,dan daripada kita daripada rambut panjang, pendek, panjang balik.tapi yang penting,awak sentiasa ada untuk kita.banyak sangat yang kita lalui kalau tulis kat sini memang tak habis.jangan risau ia masih segar dalam ingatan kita.

Tapi, awak dah habis belajar sebab course awak tiga tahun je.nanti awak kerja, dah kahwin, lagi susah nak jumpa.satu je kita harapkan dari awak.semoga persahabatan kita berkekalan sampai kita dah berkedut,tak ada gigi dan jalan terbongkok-bongkok.kita sayang awak, Cik Nabeela Riduan.

I'm sorry for the little misunderstanding between us few days back. I know I let you down. And I'm so sorry. You do know it's not what I intended to do. Not that I don't want to go to bb's house with you that night. It's just I have so many things to be done. I'm a total mess at this very moment. I have not finished my final year project, I am busy with the student leaders' thingy, I'm heart broken, I feel so hopeless and my life seems empty. Yes,I'm not a good friend to you.not even to anybody. I don't mind if I am the one u hate the most in the world right now. But there's I thing for sure, I do love you.

"as we go on,
we remember,
all the times we had together,
and as our lives change,
come whatever,
we will still be friends forever.."


anyway, HAPPY GRADUATION DAY to you! Congratulations love!

ps: I dah semangat beli hadiah untuk you 2 weeks before you graduate.hadiah biasa-biasa je.bukan helicopter/ferrari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...