Wednesday, September 29, 2010

jauhkanlah dari anda semua!

beberapa hari ni I asyik terdengar tentang kemalangan di jalan raya sampai I rasa takut nak bawak kereta dah dan ingin sekali mengupah seorang pemandu.ada sesiapa berminat?

terbaru,kakak I.dia langgar sebuah kereta.I ingatkan pasangan hidup je kita kena pilih rupanya nak langgar kereta pun sama.sebab apa tau?sebab akak I pilih untuk langgar bmw.mengada kan.isk -__-"

hari ni, I ternampak accident yang sudah berlaku didepan mata.bukan satu tapi dua!diulangi dua!

first, I tengah menjamu selera di Soho,Bangi.tak panas lagi kerusi yang I duduki sekali ada bunyi dentuman yang kuat.nasib makanan tak sampai lagi kalau tak pasti tersedak dan terdesak nak air.sang wira melanggar sang kancil.wira kemek gila bahagian depan dia manakala kancil pula kemek gila kat belah penumpang bahagian depan.bila I cakap kemek gila memang kemek dan gila.ngeri tahu tak?ngeri!tapi nasib tiada kemalangan jiwa dilaporkan.I rasa sang kancil buat u-turn kat tempat yang tak sepatutnya dan kebetulan wira membawa laju dan tidak dapat mengawal kelajuan lalu bertembung lalu kemek gila.dah la ada penumpang kat kancil tu mesti lebam dia kan.kita terlanggar bucu meja pun dah lebam ini kan begini kok? T__T

keduanya, sewaktu perjalanan pulang ke UPM, I ternampak ada sang honda city yang mengiring.mula-mula I sangkakan ada pertunjukan drift dan sebagainya sebab ramai orang tetapi bukan ya.ish tak sangka kereta pun pandai baring mengiring macam orang jugak.

Okay the whole point is sila berhati-hati di jalan raya.selain ingatlah orang tersayang, ingatlah juga hutang-hutang keliling pinggang.antara tips pemanduan di jalan raya versi I adalah seperti berikut;sekadar gambar hiasan.hai aweks-aweks *tiba-tiba rasa macho*
  1. baca doa naik kenderaan.untuk yang beragama Islam cuba try test hafal ni.hoi hafal sekarang.I tengah paksa ni.
  2. don't drive and text/on the phone.walau konon anda kata ada 'skill' tetapi kita hanya mampu merancang kan?
  3. don't drink and drive.and I know you don't :)
  4. pakai tali pinggang keledar.selain untuk tujuan keselamatan, ia mampu mengelakkan saman.
  5. jangan ikut kereta depan dengan rapat.walau anda nampak ada awek/mamat hot bila tengok melalui cermin hadapan keretanya.
  6. kalau anda bawak lembap, jangan nak mengada-ngada duduk kat lane paling kanan.
  7. bila nak pintas kenderaan di hadapan.jangan hanya tengok di cermin belakang dan sisi sahaja.jangan lupa blind spot iaitu tempat yang kita tak nampak sebab kedudukan mata kita bukan macam ayam.so bila nak pintas sila toleh kepala ke kanan sikit.
  8. to all mat/minah rempits sila bawak motosikal di tepi jalan walaupun masa tu anda ingat anda bawak bus.dan jika bawak anak kecil TOLONG sangat belikan topi keledar bercop sirim.topi keledar anda pun.
At least kita cuba ambil langkah berhati-hati ni walaupun memanglah sebernanya bukan salah kita pun kan cuma nasib tak menyebelahi kita.lagipun setakat ni I boleh share sebab ilmu pemanduan I pun seperti seurat rambut dicelup ke lautan nan luas.
bye for now! drive carefully okay?extra careful :)

ps: ujian undang-undang I 50/50 tapi I fail parking.siap jatuh tiang dan semua orang pandang.pastu I menangis.ee gedik!

Tuesday, September 28, 2010

Sejuk hati girlfriend dia

"Saya tak berminat nak tukar-tukar girlfriend ni.
Dalam dunia ni, semua orang nak berpasangan Nadia.
Bagi saya, kalau dah ada tu, jagalah dia betul-betul.
Tak payah fikir nak lagi better ke, lagi cun ke.
Kalau mula-mula nak bercinta kita boleh nampak dia perfect, kenapa lama-lama pandangan tu boleh berubah kan?
So macam tu lah prinsip saya, "

a text message from a friend.so sweat bukan?lol

Sunday, September 26, 2010

hati dah suka, nak buat macam mana?

bila kita dah suka sesuatu, katakanlah apa sahaja yang buruk pun, kita tetap akan suka kan?macam bila mula-mula bercintalah.tapi I bukan nak bercerita tentang cinta tau.tak mau tak mau tak mau. I nak bercerita tentang aktiviti kesukaan I sejak setahun yang lepas iaitu karaoke.hihi.oleh sebab kawan-kawan I sukak betul hasut I beritahu betapa bestnya berkaraoke ni, maka I pun geram dan turut tidak ketinggalan untuk mencuba aktiviti ini.

Pengalaman pertama I ialah memaksa bekas kekasih untuk berkaraoke bersama sewaktu dating.dia tak suka sangat menyanyi, so dalam 20 lagu tu I nyanyi 19 setengah, dia 1 setengah.kenapa setengah adalah kerana kami berduet.eh ke yang kat golf resort berkaraoke dengan kakak I sewaktu teman adik-adik swimming ek?yang mana kakak I duduk atas meja kaca dan meja tersebut tak dapat menampung beratnya lalu pecah?yang mana lepas tu I dan kakak tak lena tidur takot-takot orang resort tu call tapi tak call-call sampai sekarang?entahla lupa pulak sebab tak pasti.tapi ia antara dua.
Yang seronoknya I dapat jumpa teman sekepala,yang gila berkaraoke macam I juga.kawan sekepala pertama ialah cik nabeela kekasih awal dan akhirku.ye cik bella dela esah bak kata razak tu.hoho.kalau karaoke dgn dia ni, semua lagu kami duet walaupun lagu tu bukan lagu duet dan kami akan nyanyi lagu yang sama je setiap kali pergi karaoke.sebab sayang I ni tahu certain lagu je, so memang tak boleh masuk program Jangan Lupa Diri tu.eh Jangan Lupa Lirik.paling best kami akan nyanyi lagu 'Halo'.part Halo tu memang menjerit-jerit sampai nak terkeluaq anak tekok.birthday dia pun sambut kat pusat karaoke :D

with her dslr cake :) rindu this moment lah babe sayang

muka penat setelah menjerit.


Teman sekepala kedua ialah I gelarkan geng cacat yang terdiri dari abby, anem, fathirah, ajak, wan, pajil.menyanyi ramai-ramai ni kena ambik pakej 3 jam.gilir-gilir katanya -__-" so kalau I terjumpa diorang dan terima message dari diorang ke, dah boleh agak apa diorang tanya iaitu, "bila nak pergi karok lagi?"gambar karok bersama tak ada pulak.sebab dah syiok nyanyi sangat kot.

Teman terbaru ialah adik beradik sendiri.kakak dan adik.kakak I memang biasa menyanyi di tempat kerjanya.syikin pulak baru berjinak-jinak.idea dia la nak pergi berkaraoke waktu raya kedua.setelah melantak rendang tok yang mak buat.kami tanpa membuang masa beradu suara di ceria box kat kajang je.comel kan nama pusat karaoke ni?

bilik small yang macam big ones.
si excited, si pemecah meja dan si first timer

Nak tahu suara I macam mana?biasa-biasa je.ala apa orang kata tu, jaguh kampung?ngehee.tapi I rasa releaselah tension bila berkaraoke ni.yelah,menjerit-jerit.lagipun menyanyi pun boleh mendescribekan perasaan kita.tapi kadang-kadang nampak macam tak sopan sangat kan?sebab gelap dan tempatnya bising.mak pun macam tak gemar sangat.er naya jaga tingkah laku dan kelakuan mak.berdiri atas kerusi tu normal kan kawan-kawan karok sekalian? -__-"

Walaubagaimanapun, kesukaan kepada aktiviti berkaraoke ni masih belum mampu mengatasi aktiviti I yang satu ni.


buruk perangai

ps: eh siapa yang pernah berkarok dengan I sangat untung tau.sebab dapat dengar suara ekslusif I.

Thursday, September 23, 2010

sejauh mana kejujuran anda?

I sangat kagum dengan kejujuran seorang pensyarah I.ceritanya macam ni, beliau dan anaknya pergi beli makanan di mcdonalds di lewat malam.dan bila pulang ke rumah beliau mendapati ada makanan terlebih yang diberi oleh pihak mcd.beliau pun tidak kasi anaknya makan dan pergi memulangkannya semula di mcd terbabit keesokkan paginya.jujur tak?kalau I, I makan saja sebab kot la orang tu saja bagi lebih sebab berkenan kat I ke.tapi lepas ni I pun akan pulangkan.sebab beliau kata takut makanan tu haram,bila dah masuk dalam badan,baca doa susah untuk makbul, apatah lagi nasib diwaktu akan datang.ok bye.saja je sharing maring.good day :)

krisis pelajar tahun akhir

Tadi konon nak pergi fakulti pukul 8 pagi dan buat sesuatu yang berfaedah sementara menunggu kelas pukul 10.tapi biasalah itu hanya perancangan angan-angan sahaja.bangun dah awal.pastu tengok jam, eh awal lagi, tidur la SEKEJAP. pastu tersedar, tengok jam dan TIDUR BALIK. perkara ini berlarutan sampai pukul 9 lebih baru terhegeh-hegeh nak bangun sebab baru sedar tak mandi lagi. dah la mandi 30 minit. bertolak ke kelas 5 minit sebelum kelas bermula -__-" itu pun I rasa okay la lagi kan daripada terbangun pukul 10.memang terbaik sebab kelas nampaknya berakhir di katil.
I tak tahu lah mungkin sebab dah penat belajar dan gatal nak kahwin sebab tu jadi macam ni.tapi kamu nak kahwin siapa,ada ke yang nak?
Tapi I cakap terus terang, bila tengok pelajar tahun akhir terutama perempuan, lagi-lagi single memang tension je mukanya.sebab I dengar kalau tak jumpa kekasih hati, tak cukup syarat nak graduate.lol.tak baik tau siapa yang buat statement ini.terasa I.lagi-lagi pelajar perempuan tahun akhir ni katanya dah kurang hot berbanding junior perempuan yang lebih muda dan bergetah.lelaki tahun akhir seronok lah kau kan.makin dah nak habis makin laku.ye la sekarang kan trend perempuan muda cari lelaki tua untuk dijadikan suami.maksud I lelaki lebih berusia.sebab lelaki yang lebih berusia stabil dari segi kewangan dan lebih matang.kot?
Oh maaflah melalut pasal kahwin.al maklumlah,gatal.sebernanya apa yang I nak cakap disini ialah sebagai pelajar tahun akhir kita kenalah hargailah detik-detik di universiti dan jangan tak sabar untuk kerja.sebab ramai orang kata hidup di universiti ini lah yang paling best, sebab tanggungjawab kita untuk belajar dan waktu ni lah kita ada masa untuk bergumbira bersama sahabat handai serta menyertai apa-apa aktiviti mencabar seperti merentas desa dan sebagainya.nanti dah kerja lagi-lagi dah kahwin, banyak kot tanggungjawab.oleh itu, I memerlukan orang yang dah bekerja untuk tolong respond.
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry merapu dari nadia yang suka makan ikan kerapu.
ps: ini adalah motivasi kepada diri sendiri yang semakin hari semakin gatal.eh malas.

Sunday, September 19, 2010

yang ditunggu-tunggu sudah tiba!


I pergi tangkap gambar keluarga on the first day of raya! maksud I pergi studio dan tangkap gambar tu. I haven't told you in my raya entry, have I? God, am so excited! mana tak nya our last family potrait was taken when I'm 12? yang bila kawan-kawan datang rumah semua tak percaya itu adalah I -__-" oleh yang demikian, I yang berkecil hati ni selalu pujuk mak abah untuk tangkap gambar dan yes syukur Alhamdulillah tahun ini impian dan hasrat tercapai!hooray.ini adalah hasilnya :DDD




ye tahu.I macam datin muda/artis keluar court *perasan*



ps: gambar ini ikut urutan adik beradik.siapa-siapa yang berkenan sila tolong ngorat abang and my sisters.they are all single I guess. I want nieces and nephews soooooo bad!


**gambar family masa I umur 12 tak sesuai untuk tontonan umum ;p**

Saturday, September 18, 2010

benjolan di mata dan penjagaan harian mata

dari I kecil hingga besar sebegini, I selalu menghadapi masalah benjolan di mata atau lebih dikenali sebagai ketumbit.bukan ketombe atau daun ketum.ketumbit.sebut betul-betul ketumbit.ok lulus.baiklah izinkan I mulakan bercerita berkenaan saudari ketumbit?thanks.
Ketumbit ini selalu dikaitkan dengan perbuatan mengintai.kiranya kantoi di sini yang I suka mengintai? -__-" tapi biasalah ini kan gurauan dan usikan orang-orang tua.sengaja untuk bergelak ketawa walaupun I rasa tak kelakar, serta untuk merapatkan silaturrahim sesama mangsa ketumbit dan pengusiknya.
ketumbit yang tumbuh kat I ni degil macam kotoran degil sebab ia mengambil masa yang sangat lama untuk hilang.masa tingkatan 1,masa tinggal di taiping lagi, oleh kerana lama sangat ketumbit ni ada seperti sebati dalam hidup I,pakai segala ubat dan cuba bermacam petua pun tak mahu hilang, I mengambil keputusan untuk melepaskannya pergi.I buat operation.dahla tu my first ever operation,sekali dipertontonkan kepada ramai pelatih-pelatih doktor hospital berkenaan daa.pastu diorang sibuk dok tanya sakit tak sakit tak tapi I sombong maleh nak layan.hihi.(comelkan gelak ejaan macam ni?).yela orang dah la tengah nervous,siap pakai baju sekolah lagi time tu so tension babe tension dengan pertanyaan diorang tu lagi menambahkan ketensenan itu.nasib baiklah doktor yang menjalankan operation amatlah handsome seperti hero-hero hindustani lebih-lebih lagi tahun 2001 bollywood sangat meletop-letop kan kan?I dulu minat gila dengan salman khan.
tapi lepas pada tu pun ia muncul lagi.tapi yang tak degil sangat lah.yang 3-4 hari boleh hilang tu.pastu lepas suatu ketika masa I dah belajaq kat unversity, cheq nak habaq mai, si polan tu datang lagi.ye la si ketumbit degil tu.macam mana nak tahu dia degil?bila korang tunggu seminggu, sebulan, 3 bulan tapi tak hilang-hilang jugak.I pun pergi lah jumpa doctor pakar mata ni.dengan doctor ni I belajar benda baru.dia bagitahu ketumbit jenis ni, nama saintifiknya chalazion.selalunya disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat.dia bagitahu memang ramai orang abaikan kebersihan mata, tapi sebab mata I jenis sensitif, ia senang tumbuh.penjagaan harian mata yang betul ialah dengan mencuci menggunakan syampu baby johnson tak pedihkan mata.jangan letak macam korang nak syampu tu. titis sikit pada cotton bud, alah pengorek telinga lah bahasa mudahnya dan sapu di sekeliling bulu mata.I mean, bahagian pakai celak tu haa.tahu?
untuk hilangkan ketumbit memang banyak petuanya.doctor ni suggest tuam menggunakan telur yang panas suam-suam kuku tu, yang warm. sebab panas sangat melecur kulit kang.nak guna tuala yang bersih untuk menggantikan tempat telur pun boleh.amalkan 3 kali sehari.cara lain ialah dengan menggunakan bawang putih.guris guna kuku bahagian bawahnya, airnya ambil dan sapu pada tempat kejadian.yang ni hati-hati tau.dulu I tension sangat ketumbit ni tak hilang-hilang, I ambil potongan bawang putih letak kat mata, and guess what? luka mata I.huu pandai sangat kan.ni pun apply 3 kali sehari.
thank you for your time reading this.have a good day :)
ps:sebernanya hari ini I kena ketumbit T__T.tapi I percaya ini yang tak degil.sebab I tak nak buat operation membuang ketumbit untuk kali yang ketiga!

Friday, September 17, 2010

:: save me ::

Dah kat rumah memang tak ada kerja lain asyik online sahaja.ye sebernanya banyak je kerja tetapi kebelakangan ini I macam hilang focus.I macam lost.well I am not going to share it entirely but I am kind of frustrated with myself :(
Am I actually not good in everything, even anything? I envy those who seem so happy with their lives.not that I am not being grateful or what.no.never.I know I still have family and some friends to count on to.it's just that the feelings inside cannot be described by words.I may look happy but I'm not.
All I need now is strength.do pray for me.thanks.

Thursday, September 16, 2010

sepi

If you love someone, let him go. If he comes back, he's yours. If he doesn't, it was never meant to be.
I have heard this so many times.I bet you do too.
I think this is pretty much true.
That is why I let you go.
Because I will wait for you.
Even if it takes years for you to come back to me.
I'll wait.
yes,waiting for you.
bisikku pada bulan,
kembalikan,
temanku,
kekasihku,
syurgaku.
tanpa dia
malam menemaniku,
sepi menyelubungiku,
bulan jangan biar siang,
biar alam ini gelap,
biar ia sepi,
sepertiku
**********************************************************************************
ps: someday you will regret of losing me and think back and say "damn..this girl really DID love me"

Wednesday, September 15, 2010

A Little Piece Of Me

waktu kita kecik-kecik dulu,
zaman berhingus dan tak cukup makan garam lagi,
raya yang kita tunggu-tunggu betul tak?
tapi sekarang,
dewasa kini,
bukan itu yang kita nanti-nantikan.
sebab ianya bulan Ramadhan.
I hope I can still meet you, Ramadhan. insyaAllah.

Tuesday, September 14, 2010

mengaku cepat!

kereta kemek. er tak ada lah teruk sangat but still boleh nampak. yang geramnya si pelanggar tak tinggalkan nota-nota kecil dan sebagainya seperti yang I selalu perhatikan. sedih tau. maaflah I dah curse you semua wahai si pelanggar. bayangkan lah I dah jaga kereta tu sebaik-baik mungkin(calar-calar tu sila abaikan) seperti latihan menjaga suami namun ternyata orang ketiga hadir dan memusnahkan segalanya. mak kata biasalah tu kalau park kat luar rumah.I rasa mesti orang tu nak reverse dan terlanggar dan blah. I tak nak suspect sesiapa tapi mungkin abg tough pakai sleeveless pembakar sate open house jiran I sebab dia parking van dia tepi kereta.atau tetamu jiran I yang datang open house parking dekat-dekat situ? eh tadi kata tak nak suspect sesiapa? ni apa cerita ni? zzZZzzz
bila macam ni I ingat suatu kes di mana I keluar makan malam dengan kawan seMPP I iaitu hanim. masa tu nak balik dah.i reverse punya reverse...sekali bang! ok ni bukanlah rancangan bang bang boom atau I panggil abang ke apa. I terlanggar sisi kereta kerana dia buat side parking. kuat bang itu sampai ada seorang mamat tengah bergayut ternganga. apalah sensor ni. dah langgar baru dia berbunyik. I pun ketakotan dan seram sejuk lalu meninggalkan tempat kejadian. tapi disebabkan I tahu I yang salah, I pergi ke tempat kejadian itu semula.masa tu dah ada 5 6 orang. lelaki kesemuanya I takut dah kot lah nanti di belasah wah dayus kau kalau belasah I. mungkin juga kereta dia kemek teruk dan I kena bayar ganti rugi pastu kena marah mak dan abah. tapi itu ternyata imaginasi berlebihan. sebab kereta wira tu tak apa-apa pun. kereta I pun(yay!) owner kereta tu cam merajuk sebab dia tak nak pun pandang I. pastu ada ke dia kata yang calar-calar tu I buat. wth? okay lah fine memang I salah(nasib baik reverse perlahan-lahan) tapi bro pun parking tempat yang salah. nak menang lagi tu nadia oi -__-". itu motor-motor sedang parking, you kasi double parking kenapalah jadi jalan jadi sempit dan I pun terlanggar. lagipun sebernanya I rabun ayam T__T dan kereta tu berwarna gelap. tak cukup dengan itu, I cakap kat owner tu, 'sorry lah bang, saya masih P,' hoho banyak lah alasan kamu kannnn. tapi betul ye I masih P ;p
baiklah kesimpulannya selamat hari raya maaf zahir batin bro wira. eh bukan. kesimpulannya sila bertanggungjawab di atas kesalahan anda sendiri lebih-lebih lagi bila kesalahan anda itu mengheret orang lain untuk dapat masalah sekali.
ps: open house jiran I gempak you alls. siap ada mercun bunga api yang orang guna untuk special events macam merdeka etc. I nak tengok macam mana proses nak bagi ia meletup tu kan kot ada orang ke macam bakar mercun biasa tapi sebab ramai orang dan I tak nak nampak jakun, I buat selamba je. ala nak tahuuuu :(

Saturday, September 11, 2010

raya, raya, raya!

sila sebut dengan penuh gaya dan emosi, "raya, raya, raya"
kerana jealous semua orang buat entry raya seperti makcik di kampung jalan lepat cemburu terhadap jirannya kerana membeli sofa baru lalu mengadu pada suaminya, jadi ini adalah entry raya I. so sila baca dengan ikhlas dan hati terbuka.buat-buat pun boleh.

jeng jeng jeng

mula-mula I ingin bercerita tentang persiapan raya.raya di rumah sendiri yang tak sampai 30 minit dari tempat pengajian bermakna I tak payah terkocoh-kocoh balik, tak payah fikir tiket bas dah habis seterusnya beraya bersendirian di rantau orang apa lagi menangis tatkala mendengar lagu-lagu raya.raya I simple je tahun ni.mula-mula pasang lampu kelip-kelip di sekitar rumah sebagai ganti lampu pelita.and then pergi ke pasar membeli bahan mentah untuk membuat juadah raya iaitu rendang ayam, lontong dan kuah kacang.ketupat pun kami adik-beradik anyam.I buat jugak tau.dua.

hoho.ini adalah hidangan I pada hari berbahagia itu.I sahaja yang ngap okay.

weeeehoo bila hari raya dah tiba seronoknya kan.dapat makan-makan.dapat berbaju baru.dan dapat duit raya.terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih abang, terima kasih kakak-kakak.
perkenalkan mak bapak mertua anda.anda tu anda je tahu.
kakak nazdleen.
kakak nazirah.
adik asyikin.tapi dia tak bagi I duit raya.

adik naqiuddin.dia pun.

kami.haa itu dia abang I yang tak suka bergambar tengok camera katanya

-__-"

**i dah letak gambar-gambar ni kalau kenal marilah berjejak kasih ye**

Selepas drama air mata, I sekeluarga pergi beraya di Gombak, di mana satu-satunya nenek yang I ada terdapat di situ.semoga tok wea panjang umur dan di kurniakan kesihatan yang baik.Aminn..

ini tok wea, yang bertudung hitam.


Kemudian kita orang ke Ampang berjumpa sanak saudara sebelum balik dan I tidur terbongkang.entah apa tah yang penat sangat.

Okay sekian sahaja cerita raya I.apa?boring?fine.sebab I pun tahu.oleh itu, tahun depan baru I cerita lagi pasal raya.

selamat hari raya maaf zahir dan batin.

bila bergambar macam ni I rasa I layak/berpeluang/berpotensi untuk menjadi datin muda.


ps: jalan-jalan di lebuh raya masih penuh dengan kereta.baru ingat nak suruh abah bawak kereta ikut suka hati.gilir-gilir lane.punah harapan.kuciwa
-__-"

satu lagi, first time upload gambar lebih dari satu telah mengambil masa berjam-jam.pathetic T__T

Tuesday, September 7, 2010

10 THINGS I HATE ABOUT YOU

10 things i hate about you.
hey hey have you ever watched this film?if you don't, you really should.
it's a romantic comedy film.the hero is Heath Ledger and he's soooo hot! I just can't imagine that he and Joker in The Dark Knight are actually the same person!
I know that this film is kind of old but I don't mind to watch it all over again.and again! It is entitled 10 things i hate about you as reference to the poem written by the female lead.and I just loooove it.the poem goes like this:

I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare
I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much it makes me sick
It even makes me rhyme
I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me smile
Even worse when you make me cry
I hate it that you are not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way
I DON'T HATE YOU
Not even close
Not even a little bit
Not any at all


ps: i love the part where heath ledger singing "can't take my eyes off you" to the female lead.how romantic :) nakkkk

Monday, September 6, 2010

ayoyoyo.faham tapi buat-buat tak faham

Mak, sisters and I went to the gardens and mid valley yesterday for a little shopping. disebabkan abah yang hantar.jadi beliau jugak lah yang kena ambil.oleh kerana permintaannya adalah 'yes shopping but no traffic jams', jadi kami terpaksa menaiki komuter ke station kuala lumpur, dan abah mengambil kami di situ sebelum kami pergi berbuka puasa bersama-sama.
ok ceritanya bermula begini, di station mid valley kami menunggu di kawasan koc wanita.cakap je wanita tapi lelaki pun ada yang beratur.and I read it out loud.sebernanya sumpah memang tak sengaja.pastu ada seorang lelaki pandang I dan mungkin terasa, lalu dia beredar dan menunggu di bahagian selain koc wanita -__-" tapi hanya seorang je yang beredar.ada dua tiga ekor warga asing agaknya yang tak paham bahasa terus menunggu di bahagian koc wanita.
lama gila ok I tunggu train.selalu bila I tunggu train ke seremban la susah kan.tapi kini terbalik. train ke rawang pulak lambat.train ke seremban dah tiga yang lepas.bayangkan lah berapa ramai orang menunggu untuk menaiki train ke rawang.malangnya nasib diriku T__T.
well that is not what I want to share with you guys. bila train dah sampai, semua berpusu-pusu,bertolak-tolak,dan berjerit-jerit masuk.terima kasih abang driver train, pintu berhenti di depan I jadi I masuklah dengan lagak dan takburnya.hmm tadi kan I dah bagitahu you alls yang I tunggu kat koc wanita kan.tapi memang ada sahaja lelaki dalam koc itu.warga asing.yang I frust sebab bukan tak ada pengawal di station mid tu.ada.ramai pulak tu tapi tak buat kerja.diorang jalan-jalan je.ingat ini program jalan-jalan cari makan ke heh?
oleh itu I pun bising-bising mengambil alih tugas pengawal ktm dengan bagi isyarat non-verbal semua hoping warga asing demikian faham lah itu koc wanita.tapi niat I tu ternyata sia-sia.sampai di station kl sentral I berbunga hati bila terdengar suara pengawal tak bagi lelaki masuk koc wanita.namun tentulah dia halang siapa yang nak masuk, yang memang kat dalam tu duduk jelah diam-diam.menyedari I prihatin tentang masih ada lelaki yang ada di koc itu, beberapa wanita lain pun jadi pengawal sukarela bising-bising memberitahu ianya koc wanita.tapi lelaki warga asing ini buat derk sahaja.tak paham agaknya .jadi usahaku dan wanita-wanita lain pun ternyata sia-sia -__-"
sepanjang perjalanan untuk ke station seterusnya iaitu station kuala lumpur, I berbincang dengan my sister, syikin bagaimana untuk menyedarkan warga asing ini.syikin memberi cadangan agar menambahkan sahaja semua bahasa nepal, bangladesh dan seangkatan dengannya di iklan yang dilekatkan di tingkap dan I pula memberi cadangan meletakkan simbol lelaki toilet dan palang.bincang punya bincang kami pun sampai ke destinasi.and a few of this warga asing yang berada di koc I pun keluar dan salah seorangnya menjerit, "itu perempuan masuk tempat kami boleh jugak" .hoi kau paham rupanya mamat international workers ini.amboi-amboi.terasa berasap telinga tetapi di bulan puasa ini sabar sahajalah.yang bestnya mak I sound dia balik. "mana ada koc lelaki".oh mak, mak rules! tapi okay lah.sebab warga asing itu keluar pun untuk menukar ke bahagian koc lain.
the whole point is walau kita buat berjuta-juta undang sekalipun, tanpa pelaksanaan ia tidak akan memberi sebarang perubahan.the authorities should be concern on these things.
sekian sahaja.thank you for reading.good day.

ps: hari ni tak ada ps

Wednesday, September 1, 2010

sudah ketemu jejaka idaman anda?

beberapa hari lepas, gadis-gadis di Malaysia telah kecewa.kenapa agaknya ek?ini adalah kerana jejaka idaman semalaya, SM NASARUDDIN akan berkahwin tidak lama lagi.oh mari menitiskan air mata bersama T__T.eh anda kenal atau tidak mamat ni?kalau tak pergi google sekarang.tapi tipulah kalau tak kenal.jadi jangan kacau tahu?beliau marion counter punya.bukan anda punya.

oh ya SHEIKH MUSZAPHAR juga dah berpunya kan?mari kecewa guling-guling tonggeng-tonggeng jugak.beliau pun orang lain punya.bukan anda punya.oleh itu siapa anda punya?-__-"

kenapalah korang ni dah berpunya?isk.jejaka-jejaka yang punya ciri-ciri seperti dua insan diatas sila pm I *iklan*

okay lah bercerita tentang jejaka idaman ini memang takkan cukup satu entry ye tuan-tuan dan puan-puan di rumah sekalian (sebab mood raya jadi terbawa-bawa cara percakapan chef rancangan kuih raya).mustahil untuk kita dapat orang yang kita idam-idamkan, mimpi-mimpikan.huuiii kalau tanya apakah ciri-ciri jejaka idaman anda I pasti memang lah panjang senarainya macam kartun yang kita salu tengok list mesti panjang bergulung-gulung.tapi tak semestinya ciri-ciri jejaka idaman kita tu sesuai dengan kita ye tak?

sebab bagi I jejaka idaman kita sebernanya seseorang yang betul-betul memahami kita.seseorang yang dekat dengan kita(bukan duduk rapat-rapat ye).seseorang yang dapat membimbing kita.seseorang yang melengkapi hidup kita.seseorang yang sentiasa berada di sisi kita suka dan duka *di awang-awangan, berangan-angan, seseorang*

tapi kita demand lebih-lebih ni, do we even have what it takes to be a man's dream girl?so bila kita bercinta kita kena terima seadanya pasangan kita tu baik dan buruk.dalam dan luaran.ye memang benar kadang-kadang kita kena berubah demi kelangsungan sesuatu hubungan tetapi perubahan itu sukar dilakukan secara terus.yelah sebagai contoh I ni cepat naik angin.jadi agak mengambil masa untuk berubah kepada turun angin.okay konon lawak la tu nadia -__-" pesanan untuk sekalian remaja, lecturer I beritahu kena kawal kemarahan dari muda demi kesihatan.i'll check it out why and tell you alls in the next entry okay ;) untuk pasangan yang menantikan perubahan pasangannya kearah yang lebih positif, di harap bersabar menanti dan jangan lupa beri sokongan, jangan condemn saja!

jadi, adakah anda telah bertemu jejaka idaman anda?adakah kekasih, tunangan, atau suami anda sekarang ni adalah jejaka idaman anda?hanya ALLAH dan anda sahaja yang tahu :D:D:D <-- ini senyuman gedik

hargailah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebelum menyesal!

ps:selamat bershopping raya.I raya kajang je.jemput lah ke rumah dan bawak sekali barang yang you alls shopping untuk I.hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...