Friday, August 27, 2010

what is wrong with me???

ya Allah.kenapa I ni.
rasa tension yang amat.
rasa nak jerit.
rasa nak nanges.
ish kenapa ni.
moral tengah jatuh.
gosh.help.pls help.
sakit tau cam ni :( :( :(
astagfirullah..

Saturday, August 21, 2010

Ada Aku Kisah Kau Kisah Aku Kisah Ke Tak?

title tak boleh blah kan.macam nak marah.macam emo pun ada.bak kata sebilangan bloggers, "eh sukati aku lah nak tulis apa, blog aku". hoho.selamber ya mereka.tapi tak pelah.I tak nak guna kata-kata itu.heh.belum lagi..ok, sebernanya I saja je guna title sebegitu.sebab dulu I used to say 'ada aku kesah' macam semua orang guna tu la kan.semua nak tiru azwan ali you.then bila I cakap macam tu ada lah suara sumbang kata, 'ada aku kesah kau kesah?'.lepas tu apa lagi I pun jawab seperti title diatas.faham tak?tak faham tak pe lah sebab entry kali ni bukan kupasan title ni punn.tapi tentang hari yang I lalui hari ni :)

setelah berehat dari puasa selama 2 hari kerana demam berjangkit, I bertekad untuk puasa hari ini walaupun tak pulih sepenuhnya.tahu tak I bangun pukul berapa untuk sahur?memang tak tahu kan ni nak bagitahu.5.53am.kemudian I cepat-cepat bangun dan lari pergi tengok jadual yang dilekatkan di pintu pukul berapa waktu imsak & subuh.imsak 5.43am, subuh 5.53am.dalam hati berbisik oh sempat lagi sebab rasanya jam I cepat beberapa minit.baru minum dua teguk,azan dah berkumandang.air masih dalam mulut ni.bak kata kawan I secara bergurau beberapa hari sebelum ni, nak telan ke nak buang bila dengar azan?time tu tak dapat fikir apa dah.memang telan sajorh -__-" memang ada orang kejut I, tapi kejut by message.bunyi 'click' takkan mampu buat anda bangun lagi-lagi si tidur mati macam I ni.takpe lah ye cik husnul.comel saja anda kejut gitu.cukupkan syarat ek?

nak bagitahu lagi ni happy gilos I dapat berbuka dengan family untuk tahun ini buat pertama kali.lepas kelas ganti berdeeeesssszuuuuuppppp I ke rumah.sampai je rumah hilang segala penat-lelah dan sakit semua bukan sebab ada mesin urut,spa bagai ye.hmm walaupun rumah dekat peh je dengan institusi pengajian, susah nak balik weh atas sebab-sebab nak berlatih jadi menteri.konon busy.ye memang busy bukan konon.
bertarawikh pun pergi bersama.syok betul.tak syoknya kerana kami bertarawikh di surau yang teletak di kawasan perumahan.ok apa masalahnya?kerana terdapat kanak-kanak yang bising dimana menganggu ketenteraman jemaah yang bersolat.tapi yang I respect the Imam.dia tegur dengan memberi contoh Rasulullah s.a.w pernah terganggu sewaktu baginda bersolat.I don't quite remember about what, something to do with hamparan.selama ni I tak pernah dengar Imam yang sangat frank.baguih kann.dia cakap yang lebih kurang berbunyi begini, "bagitahu anak-anak anda, yang saya percaya telah mumaiyiz jangan bising, tak pun ajak mereka bersolat bersama.saya tak rasa anda akan bawa anak anda yang belum mumaiyiz ke sini,sebab nanti mereka merangkak disekeliling".okay this happened actually T__T tapi teguran tinggal teguran.sebab the parents mungkin tak terdengar kot lalu anak-anak yang jelas ye mumaiyz ini masih membuat bising.aduh takpelah adik-adik.bulan puasa kena sabar kann walaupun malam tak puasa -__-"

itu saja coretan I.thank you for reading.good day and selamat berpuasa!

ps: credits to warga pusat kesihatan universiti, pku upm yang melayan I baik sekali.siap call lagi tanya keadaan semasa.thank you ye.hm yela suhu 38.8 kot.mak I cakap macam pointer.hehe.mata pointer betul mak ni.

Tuesday, August 17, 2010

Orang Yang Paling Manis Senyumannya

sekadar gambar hiasan.bukan nak kata pemilik gambar inilah orang yang paling manis senyumannya -__-"


Orang yang mempunyai senyuman yang paling manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata
"Innalillahi wainna ilaihi rajiuun"
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini,"
sambil mengukir SENYUMAN.


ps: Mungkin anda semua pernah baca.sebab I pun ambil dari buletin keluaran unit penerbitan kolej 12, Universiti Putra Malaysia. I saja sharing-sharing because sharing is caring, caring is love :)

Thursday, August 12, 2010

Monday, August 9, 2010

Bila Ramadhan Menjelma

kini tiba masanya
berhari raya
muslimin dan muslimat sembahyang bersama *menyanyi-nyanyi*
eh eh puasa pun belum dah nyanyi lagu raya pulak!
sekejap je Ramadhan dah kembali.
mesti semua teruja kan kan.
bila tiba bulan yang mulia ni,
terasa sesuatu yang menyentuh di kalbu.betul tak?
rasa sayu menyelinap di sanubari.
sayu in a good way okay.
bukan sayu kepada syaitan-syaitan yang akan digari sebab padan muka mereka tetapi entah lah.susah nak digambarkan perasaan yang istimewa ini.
kerana pada masa inilah kita berlumba-lumba untuk menambah pahala selain berlumba-lumba mencari parking kat bazar ramadhan di petang hari.
pada masa inilah kita belajar bersabar.
pada masa inilah kita berusaha menahan panas, lapar dan dahaga.
pada masa inilah kita belajar bersyukur.
pada masa inilah kita rindu pada keluarga kerana apabila di rantau orang seperti I di UPM, kita teringin balik untuk berpuasa dan berbuka bersama mereka terutama ibu bapa tersayang(padahal rumah I di kajang saja -__-")
pada masa inilah juga kaum-kaum hawa yang bercuti atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan akan menyimpan stok makanan seperti maggi atau biskut kering serta kami terpaksa mencari port yang jauh dari pandangan orang ramai.
pada masa inilah seronok betul pergi masjid untuk bertarawikh.just so you know, abah selalu bawa kami ke masjid atau surau yang berlainan setiap malam.oh rindunya :'(

okay sampai disini sahaja, selamat berpuasa pada hari Rabu ini waktu Malaysia:)
semoga bulan Ramadhan kali ini lebih indah dan bermakna buat kita semua.moga-moga kita akan diberkati ALLAH.

AMARAN : jangan lupa tak mau tak mau dan tak mau membazir ketika membeli juadah berbuka.memang semua nampak sedap, semua rasa nak beli tapi sebernanya makan sikit pun dah kenyang kann.I tahu, anda tahu sebab pengalaman mengajar :p

ps: please click HERE now.i would love to share this website with you guys :)

Thursday, August 5, 2010

my so-called guardian angel

apakah perasaan anda bila bangun tidur dari mimpi yang indah, anda capai handphone untuk tengok jam pukul berapa tiba-tiba anda mendapat satu message bertulisan seperti ini:
" KELUAR MULUT BUAYA, MASUK MULUT NAGA. HATI-HATI NADIA "
okay macam menakutkan tapi I buat-buat relax reply "hm?sape ni?" dan sambung tidur.
motif sangat orang ni dah la tulis perkataan penuh-penuh dan semua dalam capital letters.
dan dia pula enggan mereveal kan siapa dirinya.berdebar-debar I dibuatnya.tapi katanya dia akan guide I dari jauh.oh tourist guide ke, tolong bawa saya ke Ipoh jumpa bakal mak bapak mertua boleh tak?oh oh dan dia juga kata dia akan kembali jika ada apa-apa yang I perlu tahu.
tapi semalam dia hantar UPM= NADIA.ya capital letters juga -__-" UPM taknak pula dia eja penuh-penuh.
my hunch tells me that he/she is maybe someone in my past that I know.or maybe someone's old sebab dia mungkin bukan generasi Y yang tulis sms seshort form yang mungkin.if you (my konon-konon guardian angel) are reading this, thank you kot?jangan tabur fitnah sudah.I anti orang pemfitnah ni.

ps: jangan salah faham dengan guardian angel yang I tulis.that's why I letak 'so called'.I masih di jalan kebenaran ya :)
i know ALLAH is the only one who can guide us and HE guides whoever HE wills :) May ALLAH guide us

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...