Friday, July 30, 2010

siapa yang makan cili?

I tak tahu kenapa I jadi mangsa gosip sejak akhir-akhir ni.
mangsa fitnah jugak.
bila macam ni kan I dah perasan artis.isk -__-"
first I was told by a friend that this one guy bagitahu orang-orang disekelilingnya dan disekelilingku yang I nak ngorat dia?what the funny???
hello takda kerja ke I nak ngorat dia?not my taste at all!siapa tah yang terhegeh kat siapa?perasan!he lied.cerita macam-macam kat orang lain.
dahla mamat ni dulu pernah nasihat I konon jangan keluar makan lebih dari seorang lelaki padahal I dapat tahu dia bukan setakat makan, bermanja-manja semua.
okay what do you think of a girl went out with different guys?pergi makan sahaja,macam kawan.and no body contact whatsoever.and time tu I tengah single.pendapat?player kah?
hmm oleh kerana fitnahnya, sekarang orang-orang bukan di sawah padi ya tapi disekeliling I nampak I jahat.padahal mamat ni oh hebat menipu.tahniah!grammy award for you!
so from now on I benci dia and tunggu je dia kena balasan dariNYA.
yang kedua, so called 'sahabat'.konon I ni dah berubah perangai, dah tak macam dulu.dulu masa mula kenal sopan santun lemah gemalai semua tapi sekarang 'gedik' and 'kecoh'.what the funny?laa takkan mula-mula terus buat perangai gila-gila tu dan bila dah 'masuk' dengan seseorang memangla perangai sebenar akan terserlah.dan satu lagi cakap I ni bergurau tak bertempat.maknanya mereka kata walaupun I dalam keadaan bergurau,mereka ini terasa.hish.I mean like biasalah kan sedangkan lidah lagi tergigit.macamlah I tak pernah terasa dengan dia orang.ada je.tapi diam je sebab malas benda rumit nak dibesar-besarkan.bukankah bila bersahabat kita terima baik buruk.apa yang salah,tegur.bukan cakap-cakap belakang.pengecut tu tahu tak.coward you.welk :P sebab I don't mind ditegur secara depan-depan.barulah gentleman/gentlewoman.kita tegur bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk membantu orang/sahabat yang kita sayang berubah ke arah kebaikan.
hmm memang susah nak cari kawan yang stick with us baik masa kita atau dia susah senang ni.yang tak berkira.yang ikhlas berkawan bukan ada niat lain untul ambil kesempatan atau seperti nak cinta cintun dll.but I'm glad I met a few best friend.yes.a few.tak sampai lima.
eh baru dua gosip tadi kata banyak?saja je nak rasa jadi artis.hehe.jadi untuk siapa yang termakan cili, dialah yang rasa pedasnya!ya I tahu memang sangat tiba-tiba.biasalah dah terbawa-bawa dengan perasaan.
bye for now! good day!
ps: what the funny= wtf versi lumah lumbut

Tuesday, July 27, 2010

Lambat Tak Semestinya Selamat

kalau awak suka kepada seseorang atau sesuatu, jangan berlengah-lengah atau lambat sebab awak kena tahu bukan awak je yang punya keinginan tersebut.mungkin ramai orang yang sedang mencuba nasib yang sama untuk mendapatkannya.jika bernasib baik, untung lah awak.but the world never works that way:)
kalau berkaitan dengan manusia, mungkin awak masih tak bersedia tapi memang suka padanya, sila beritahu dia secepat mungkin sebab dia mungkin tak tahu.ala apa tu orang kata?cop eh.chopstick punya sedara punya jiran punya adik kot.bila dah terlambat kang melepas, frust menonggeng(jangan membayangkan orang tengah menonggeng ya) dan menyesal dimana tiada gunanya.but then awak kenalah tunjuk kesungguhan awak tu untuk memenangi hatinya supaya dia pun rasa secure :)
berkaitan dengan pemanduan oh tolonglah jangan bawak kereta lambat sangat.its killing me!ikutlah had laju yang telah ditetapkan.hee.lagipun bawak kereta lambat tak selamat untuk orang dibelakang.yelah sebelum dia hilang sabar memang tak selamat lah awak :)
sekian.

p/s: pemandu berhemah silalah beri 'signal' sebelum membelok.terima kasih.


Sunday, July 25, 2010

Kebenaran Itu Menyakitkan

Benarkah kata orang lebih baik tipu sunat daripada memberitahu perkara sebenar?
Tapi itu tetap dikira tipu jugak kan.
Boleh pula kita senang-senang nak letak hukum-hakam yang mana sunat yang mana belum bersunat(eh eh lain macam bunyinya).hello, awak tu siapa?
Memanglah kita tipu untuk jaga hati orang lain.contoh simple time kat sekolah dulu, kita tak siap kerja sekolah tapi kata buku tertinggal kat rumah.kononnya kita nak jaga hati cikgu.padahal kena marah/denda jugak.hahahaha padan muka kome.okay okay serius.
Kadang-kadang kita nak menyatakan kebenaran sebab ingin berkelakuan jujur.contoh simple kedua time kat sekolah lagi, kita tak siap kerja sekolah,siap tunjuk kat cikgu dengan bangga kononnya niat tak mahu tipu.huh memang siaplah awak dengan cikgu tu nanti.
My point is ya betul, kalau boleh jangan amalkan sebarang penipuan, baik sunat,wajib, makruh dan sebagainya, amalkan sikap berterus-terang, at least satu beban dalam diri kita dah ringan sikit kan. tapi bergantung juga pada situasi, perkara yang ingin kita nyatakan dan pada siapa.
kerana ia mungkin akan menyakitkan kita atau pihak lain. jadi sebelum membuat sesuatu, fikir masak-masak tahu?
okay itu sahaja luahan dan curahan hati yang berkaitan dengan apa yang terjadi pada saya hari ini T__T sekian sahaja.semoga berbahagia ya kamu semua.

Friday, July 23, 2010

Buat si pemalas

lazy bum you!
oh oh bum bum macam tembam?hehe
no.it's just me.at certain time of month(certain la sangat, macam hari-hari!), i will have this extremely lazy girl in me.
i don't like her but now she is with me.
syuh syuh go away you naughty girl.
i have so many things to do right now and
this is not the right time for you to show up!
okay i don't know if you guys had ever experienced this.
the girl i was talking about is myself.the negative part of me.
you know you have to do your homework/assignments or something important but you just don't!
but why?
i have read an article saying that when we have too many works using both of our mental and physical, Lactin will produced in our muscles.
Lactin is a toxic substance that will make our muscles stiff.
this therefore causes us to be lazy and we feel fatigue(eleh dah malas salahkan toksin ni pula :p).
that is from a scientific concept.
my point of view?
well this is mainly because we lack of motivation.
when we have someone/something motivates us,
i am sure this laziness will disappear.
tak percaya?
ok awak tolong siapkan kerja ni, saya beri awak BlackBerry Bold.mau?
tak pun awak dapat 4.0 saya nak awak masuk meminang the day after result keluar.
but then my mother motivates me a lot.
malas juga, so how la?
oh it is maybe because of the Lactin :p
jahat ini Lactin.jom jom kita babab dia.
jika memang sebab Lactin(macam nama orang pula),
we should manage our work.
prioritize which work you think is the most important.
amalkan To-Do list.
so that you know mana sudah siap, mana belum.
satu lagi,
never procrastinate which is a veeery bad habit
(tapi salu je melengah nadia ni T__T).
bila kita berlengah/bertangguh sesuatu kerja,
kerja akan jadi berlambak-lambak.ha sebab tu yang jadi banyak.pastu kita guna mental fizikal bagai nak rak,pastu lactin pun menjelma.
wah suka betul dengan lactin ya.jatuh cinta karang ;)
sampai disini sahaja,
akhir kata kita kena kuatkan azam dalam diri kita
buat kerja dengan bersungguh-sungguh,
rajinkan diri untuk buang sikap malas tu.
tapi ingat,
buat kerja dengan I.K.H.L.A.S.
say bye-bye to encik malas!
good day you alls!


Thursday, July 22, 2010

Siapa Nadia yang pernah kamu kenal?

Saya teringat sewaktu saya penuntut tahun dua di UPM, ada seseorang datang kepada saya dan bertanyakan nama saya.
Bila saya sebut 'Nadia', oh my god memang terkejut beruk kambing lembu ayam itik saya dapat lihat dari raut wajahnya.
'Eh eh,kenapa pula?' saya yang kebuntuan bertanya.
Dan dia kata dia ada meminati sebuah lagu bertajuk 'Nadia'.
Oleh itu saya ingin sekali menujukan lagu ini kepada Nadia, sesiapa yang punya kakak, adik, mak, nenek, mak saudara, sepupu, isteri, madu, awek, ex awek, tunang, tunang tak jadi, kawan baik, kawan tak baik, musuh yang bernama 'Nadia'.
Begitu juga teristimewa didedikasikan kepada sesiapa yang membaca blog 'Nadia' :)
Ada lirik jadi kita karaoke sama-sama ya?
Klik-klik di bawah sini
Nadia


p/s: maaflah saya cuba upload tapi kurang berjaya.buta IT ke?wuu~ T__T

Monday, July 19, 2010

Kesian blog ni

ya.seperti tajuk di atas kesian blog ni.kesian sebab dah bersawang labah-labah.wuu saya minta maaf ye blog.saya bukan tak nak hantar post.tapi tak sempat dan sukar.sekarang ni pun kat office MPP (Majlis Perwakilan Pelajar),baru habis meeting.line kat sini okay bangat.kat bilik boleh buka sampai view blog je.sign in tak boleh :( ni pun kena kejar masa gate tutup pukul 12 malam.
oleh kerana hanya boleh view saya hanya akan membaca blog sendiri sampai bosan.sedih tau.sedih sangat.saya tak sabar pemasangan AP (wireless Access Point) akan selesai tak lama lagi.eh eh bawak bersabar ye saya.sabar tu kan sebahagian daripada iman.cepat lah bulan 8.time tu dah okay kot line.insyaALLAH.doakan sama-sama ye. bye.sedih ni.so kena makan kuih muih cik bella buat (dia bebel-bebel kot saya makan sampai habis.yela 2 ketol je,dah orang bagi barang baaaaeeek punya kita ngap saja laa kan!) ok.sekian.good day kamu.

p/s: apa la saya ni buat abbreviation dulu lepas tu baru perkataan panjang-panjang dalam kurungan.isk terbalik.maafkan kami penunggu gua,maafkan kami penunggu gua T___T oh oh tiba-tiba teringat final year project saya!kesian juga padanyaaa~ :'(

Monday, July 12, 2010

Budak-budak baru di UPM :p

eh semester baru dah nak mula la you.
oh my god!hope i am well prepared lah yee.
semester baru ni kena rajin.da final year kot.ehe.
ha nak cerita sikit pasal budak baru or freshies kat Universiti Putra Malaysia
untuk mengenali mereka memang mudah.
kan i senior kan *bangga*

lagi-lagi minggu pertama kuliah.
budak-budak baru akan :
  • memakai pakaian yang semart2/formal iaitu berbaju kurung bagi mahasiswi dan berkemeja siap bertie untuk sang mahasiswa.bagi seniors,kami selesa berbaju tshirt dan berjeans.
  • mereka juga sangat skema ye kawan-kawan, pakai kasut bertutup.berbanding dengan senior mereka yang selamber badak memakai selipar.
  • memakai matrik card sementara yang kertasnya da penyek2 and buruk sikit pastu ada dilekatkan gambar berukuran passport.
  • tempat gantung kad matrik sementara yang tali tu (aduh panggil apa ye,i lupa) adalah seragam.pada semester kali ini ia berwarna hitam.sangat cantik okay.masa zaman i sangat patriotik,colour bendera malaysia berbelang-belang you alls T-T
  • mereka akan berjalan secara berkumpulan.beramai-ramai ye macam kita nampak international labors di Malaysia berjalan-jalan di jalan raya memakai baju kemeja kotak-kotak.
  • sambil berjalan mereka memegang buku/peta untuk menunjukkan jalan kebenaran ke kelas.mungkin akan datang mereka memegang GPS.
  • muka mereka sangat confused.kebarangkalian untuk sesat mencari kelas adalah tinggi peratusannya.
i agak yakin perkara-perkara di atas akan terjadi.ini kerana i telah menyaksikan sendiri peristiwa ini berlaku 2 tahun berturut-turut malah lebih malang lagi pernah mengalami nasib yang sama.isk.tapi untuk pelajar pendidikan, you guys memang kena pakai macam formal sikit.cikgu katanya :)
jadi to all seniors, silalah bantu mereka okay?walaupun untuk mahasiswi seniors saham kita jatuh sedikit, tapi kita perlu saling bantu-membantu.contoh dengan memberi jalan yang lurus bukan kesesatan ke kelas mereka.manalah tahu mungkin mereka punya abang yang handsome dan berkerjaya lagi single untuk mereka kenen-kenen kan kepada kita.nasihat ini untuk mereka yang single and available sahaja ya.
to all juniors, janganlah segan bertanya kepada seniors kalau terdapat persoalan di minda kerana malu bertanya, sesat jalan.

disini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERKULIAH kepada kawan-kawan di seluruh pusat pengajian di malaysia mahupun di luar negara.marilah kita menanam azam baru untuk menjadi pelajar yang lebih berkualiti.kita buktikan, kita juga mampu bersaing dengan pelajar antarabangsa.hoyeah!! :D

bye for now!good day!


p/s: saya telah dicabar untuk menaiki bus ke kelas kembali.no big deal la babe kalau tak lambat lah.aha :p

Saturday, July 10, 2010

lara di hati

oh my.
i am so pissed off.
ya Allah, kuatkan semangatku.
berapi gilaaa hati ini.
astaga :(

Tuesday, July 6, 2010

No arms, No legs, No worries

i cried my eyes out when i watched this video today.
Nick Vujicic, you are such an inspiration :')
thank you.
guys, if you never heard of him,
please do click on his name
NOW.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...