Thursday, December 16, 2010

kebas semua!

lelaki pakai baju melayu siap bersamping dan bersongkok bisa buat jantung ini gugur. apa merepek ni. oh yela hari ni kan hari jumaat :)

oleh itu sang lelaki akan ke masjid untuk bersembahyang sekejap lagi. manakala ada juga yang bersembahyang di panggung wayang wah sungguh advance sekali.

tapi yang ke masjid tu kenapa ada yang duduk bersembang-sembang di bawah pokok. pastu balik setelah lelaki yang lain sudah pun sempurnakan sembahyang mereka. yang tak baiknya ada pulak beberapa orang budak lelaki bujang yang sudah akil baligh memancitkan basikal budak-budak yang lebih kecil dan tak baligh lagi. ee nakal sungguh. cekik-cekik kang baru tahu.

hilang selipar/sandal/kasut bukan perkara luar biasa. pantang nampak yang berjenama sikit pasti lesap. tak kesian ke nanti orang tu terpaksa berkaki ayam? -__-''

adalah satu hari ni, seluar abah pun kena kebas! abah kalau sembahyang dia akan tukar pakai kain pelikat. nasib baik di masjid negara ada bukak gerai jual seluar. kalau tak, kesian abah balik office berpelikat T__T nasib tak ada apa yang berharga dalam poket abah. wait! ada gerai jual seluar? are you guys thinking what I'm thinking? okay tak baik buruk sangka.

so my point is benda paling asas dalam hidup ialah jangan pernah menyusahkan orang lain. ini nasihat one of my lecturers, seorang yang agak alim dan berjaya dalam hidup :)

19 comments:

Qadry Boss said...

sembayang jumaat jum!

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

saya pun suka tengok lelaki lengkap bersamping. terus rasa macam nak mengurat tau. ahaha.

mr.panda said...

errr..dasat jgk belah sane ek...haishh

NADIA RAHIMI said...

gad : kitak pergi laaaa sendiri

oshinz : kannnnn ;D

mr panda: belah mana ni?

Hariz said...

Pernah kot selipar hilang di masjid :(

New Entry ProfHariz
Blog Cik Epal Awek Aku Selalu Baca Ko Kenal ?

✿....rossa alina....✿ said...

err..yess..i'm thinking what r u thinking..huhuhu..tak mustahil kan??isyh2..xbaik keje naya org..haaiihh..

NADIA RAHIMI said...

ala siann

adrinaqamarina said...

bukan senang nak jumpa orang yang dunia dan akhirat nya seimbang~

Mais said...

agak tergelak laa plk sbb ilang seluar..
selalu dgr ilang selipar jer..first time kot orang ilang seluar time solat jumaat,,,,

NADIA RAHIMI said...

rossa : hihi tulah. harap tak lah kann

NADIA RAHIMI said...

adrina: betul tu :) kita sendiri pun bukannya betul sangat kann

mais : yeke first time. lol

BLADE EDGE said...

salam nadia...

stakat ni belum pernah balik rumah kaki ayam lg :-D

stakat tertukar slipar tu biasa...

yg xsyok sama mcm yg nadia citer tu...org pi masjid nak solat, bukan utk sembang2 or buat keje xtentu hala...

ezy eizyanie said...

yup.btol tu.jgn mnyusahkan orang lain
;)

nadia.jom join
http://ezloveycraft.blogspot.com/2010/12/ezloveycraft-1st-giveaway.html

encik l said...

abah kamu tu memang kemas. baik solat dengan kain dari seluar :D

diana said...

seluar pun boleh hilang..
pencuri ni sapu semua ye..
bahayaaa...

NADIA RAHIMI said...

blade : phew nasib naik! :')

ezy: thanks. insyaAllah join :)

encik I : :)

diana : kalau boleh dengan orang pun dia nak sapu? hee

mr.panda said...

belah sane laa..haha

Hariz said...

Tapi mcm org cakap setiap perbuatan ada balasannya kan?

NADIA RAHIMI said...

panda: mana mana mana?

hariz : kan. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...