Tuesday, December 21, 2010

antara CINTA dan CITA-CITA

tersenyum lebar masa I dengar cita-cita adik sepupu. tahu tak diaorang nak jadi apa? of course lah tak tahu kan, lagi mau tanya. tahu tak sorang nak jadi pemandu bas, sorang lagi nak jadi tukang isi minyak. tahu tak? tahu tak? tahuuuuu tak? annoying tak I. haha.

cool betul kan bebudak ni. I tak pernah dengar ada orang cita-cita macam tu. selalunya orang nak jadi cikgu, doktor (terasa), polis, peguam. bila macam ni I sedar yang kita tak perlu lah pandang rendah pada seseorang berdasarkan pekerjaannya. sebab selagi pekerjaan itu halal dan dilakukan atas mencari rezeki ianya dikira mulia.

lepas tu masa mengemas, I terjumpa ini

perdana menteri negara mana entah -__-''

masa ni Tun Dr Mahathir Mohamad memang idola I. Tun adalah lelaki yang I teringin nak jumpa selain The Rock. benci lah semalam ada aweks tu dapat jumpa Tun sebab dia masuk contest kat era.fm. benci benci benci. anyway, what I like most about him is his braveness and he is loud. tahu tak I sampai termimpi-mimpi jumpa Tun tahu tak. dah start annoying balik. hee. I harap sangat dapat jumpa Tun. jumpa je tau. bukan nak melamar Tun jadi suami.

if sekarang anda tanya apa cita-cita I, I akan jawab Menteri lah. turun pangkat sikit. ada orang beritahu I, dalam Islam wanita tak boleh jadi perdana menteri. ye ke? cuba anda tengok link ini (right click).
I takut nak jadi Perdana Menteri sebab tanggungjawab yang besar tu. I nak jaga suami dan anak-anak lagi nanti macam mana? haha.

okay, thank you for reading this. good day! :)

ps: thanks sebab sudi baca dan follow. terharu T___T
nanti nak vote I tak masa pilihanraya? LOL

19 comments:

anne aziz said...

haah tau takpe.jeloss pndgr era tu dpt jumpe tun mahathirT__T

momochan said...

momochan pun sgt suka Tun Dr. Mahathir ni..dia la yg paling bagus..apa die cakap sume org follow. :)

NADIA RAHIMI said...

anne : mari kita mogok jangan dengar era (padahal jarang dengar pun)

momochan : kann. sebab Tun tegas tu orang takut

Maria Elena (Zarul) said...

wow!! at least u bercita cita tinggi! good for u babe!! =D


ps: dulu i bercita cita nak bukak kedai runcit. hahahaha!! =p

reena said...

fuhhhhhh perdana menteri tuuuuu!. my bf dulu kat buku rekod sekolah dia tulis nak jadi ambulans (cuba teka sebenarnya dia nak jadi apa. haha).

Moumo said...

me too
suke die wlaupn byk bnda burok gk i dgr psl die
n lg sorg adore gile ngn zety akhtar aziz,she's brilliant!

NADIA RAHIMI said...

maria : haha comelnya! kak, tepung ubi kayu ada tak? :p

reena : paramedics? ke bomba? hee

moumo : yup. both of them are just awesome :)

BLADE EDGE said...

salam nadia...


hahahaha :-D cita2 saya xde la tinggi sgt sampai nk jadi PM. masa dulu, PM pun saya xtau...

dulu masa zaman budak2, saya bercita2 nk jadi polis..tp lepas masuk form 2, dah bertukar jadi engineer pulak..

bila dah keje, xjadi engineer pun. jadi ckgu ada la... masa kat universiti stakat blaja jer utk jadi engineer..

adrinaqamarina said...

even egytian sendiri pon sangat kagum dengan tun. bangga jugak kekadang tu. hehe

dianna said...

wah nak jadi pm tu. hehe i dulu paling hebat cita2 pun nak jadi cikgu.. hahahah cam ape je kan.

i pun sgt respect tun. beliau idola i lah. sgt bangga dgn cara dia. n paling penting, the way he think. kan?

NADIA RAHIMI said...

blade : cikgu tu pekerjaan yang sangat mulia. I sangat respect cikgu2 *sambil tabik hormat*

adrina : tulah pasal. orang kita sibuk nak condemn and criticize Tun. semua orang kan ada kekurangan biasalah tu ye tak :)

dianna: kannn. tanpa Tun mungkin kita tak berada di tahap ini

mamawana said...

Assalamualaikum

Nak jadi dan dah berjaya jadi Ketua segala menteri. Menteri kewangan, menteri pengangkutan, menteri Buruh, Menteri Hal Ehwal pengguna menteri Rumah Tangga. ekekek....

Mzher Zain nyanyi lagu melayu kat blog mama...jom jenguk

bella said...

ada gaya xpa ni..heheeh will pray for you dear ;)

NADIA RAHIMI said...

mama : wah tamaknyaaa :p
ok I will :)

bella : hihi. thank you sayang

Hariz said...

Tunggu saya jadi perdana menteri anda jadi isteri perdana menteri okey! bhahaha :P

NADIA RAHIMI said...

eh bukan dah ada gulfreeeennnn ke?

ProfHariz said...

Ehh yekeeeeee?

Azzam?? said...

dulu nak jadi TOK MUDIM! kenapa? sebab sebelum sunat.. tok mudim lebih cool dan menakutkan dari freddy krueger.

btw.. kalo awak masuk politic, saya akan undi sebab kita sama2 suka the rock =D

NADIA RAHIMI said...

hariz : haha

azzam : wah menariknya. tok mudim. hihi.

yay, tok mudim tak jadi rocks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...