Wednesday, November 3, 2010

Apa itu CINA BUTA?

Tahu tak cina buta tu apa? Adakah beliau seorang warga berbangsa cina yang buta? Tak tak. Ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang lelaki yang jadi pak sanggup, iaitu kahwin dengan seorang perempuan yang telah diceraikan talak tiga, pastu nanti lepas dia dah 'bersama' perempuan tu, dia ceraikan perempuan tu supaya perempuan tu kahwin balik dengan suami lama yang telah menceraikannya dengan talak tiga. Aduh. Berbelit. Tak faham baca ulang-ulang sampai faham tau. Ke sebernanya anda semua dah lama tahu cuma I ni je yang ketinggalan zaman? -__-'' Anyway please bear with me until I finish. Pleaaaassseeeee *mata bersinar-sinar seperti shin chan meminta simpati*

Bukannya sebab I mimpi pasal cina buta ni I terus memilih ia sebagai tajuk entry kali ini. Bukan. Hari tu I ada tengok sebuah cerita pasal cina buta ni lah kat tv1. Ya tv1. Sila jangan pandang rendah. Hero dia Bront Palarae. Hee dia macho dan tough kan I suka sangat :DD. Dia terover shadow di mata I sampai I dah tak tahu siapa pelakon yang lainnya.hee. Eh ok back to cerita tersebut. I tak berapa nak ingat tajuk cerita tu, sebab panjang dan puitis. I tengok cerita ni pun dah halfway so agak-agak je lah permulaan cerita ni. Bront ni kahwin dengan minah N. Diorang ni kaya dan moden tetapi selalu bertengkar. Pada suatu hari, Bront ceraikan N dengan talak tiga terus.

oh my heroooo :p tapi kenapa you macam tak nak kat I, tapi nak kat bella T__T
fine bront.fine. ingat I heran sangat kat you? (ayat frust yang tipikal :p)


Pastu biasalah, menyesal tak sudah. Diorang pun cari seorang buta cina. Ha dari situ I pelajari istilah tersebut :') I don't know how they met with this buta cina, I named him as Dut okay? Dut ni macam istimewa sikit, dia sangat-sangat lurus bendul, perangai macam budak-budak walaupun dah 30 tahun. Bront bayar 5k kat Dut, untuk kahwin dan ceraikan N sebab Dut memang nak duit tu untuk bayar pembedahan mata mak dia, satu-satunya harta yang dia ada.

Bermula lah kisah N dan Dut sebagai suami isteri. Comel tau Dut dia panggil N ni 'bini'. Contoh, "bini, bangun subuh", "bini, bini dah makan ke". Comel kan kan kan. Tapi pelik pulak kalau suami ehem bakal suami panggil I bini. Ok sambung balik, banyak la kisah daripada N ni geli-geli dengan Dut sampai terbitlah nilai-nilai kemanusiaan dalam dirinya. Nak dijadikan cerita dalam tempoh pengenalan hati budi antara N dan Dut, Bront lost contact dengan N sebelum dapat jumpa balik. Biasalah, cerita :p Pastu terbongkar satu kampung yang Dut ni cina buta sehingga menyebabkan ada incident yang menyebabkan mak Dut meninggal.

Ending cerita ni N teruskan perkahwinan dengan Dut sampai dapat anak. Dan kesian Bront jadi gila. Anda rasa dalam dunia sebenar adakah N akan memilih Dut? Bagai langit dan bumi tau si Bront dan Dut. But I still didn't get it. Kenapa mesti istilah yang digunakan ialah cina buta? Kenapa? Kenapa ya orang-orang tua? Tolonglah beri penjelasan T___T

Ok lah itu sahaja dari I kali ini. Terima kasih kerana masa anda! Bye for now! Good day :)


ps: I rasa cerita, cereka, drama, dan filem Malaysia banyak yang best. Biasalah kebanyakan cerita memang kita boleh agak ending dia, lawak yang tak berapa nak cerdik sangat, tapi s percaya still masih boleh dipertingkatkan. Tengok saja filem-filem Malaysia yang box office, buktinya masih mendapat sokongan rakyat tempatan kan? Siapa lagi nak sokong produk kita kalau bukan kita sendiri. So anak-anak muda yang berbakat, sumbangkan kreativiti anda ke saluran dan jalan yang betul!

6 comments:

curut said...

Bront? Mmg macho. Sofi Jikan lak cool.

Bagus soalan kamu nih. Mesti ramai yg tak pernah pikir persoalan cenggini. Agak2 berapa malam kamu takleh tidur memikirkan, "Kenapa cina buta? Why? Oh whyyyy??"

Ahh...dah aku berjangkit dengan kamu.

Saed Ramadhan said...

aritue fizz fairuz pun ada berlakon dalam cerita "Lafaz bukan mainan".. pasal cina buta ghak.. fizz lafaz main2. tapi lafaz tu sah.. lepas tu bini dia kawen ngan orang lain. the end.

NADIA RAHIMI said...

curut: haha.maafkan I then ;p marilah kita sama-sama berfikir menanti jawapan

saed: harap-harap jangan lah suami buat main perkataan talak tu kannn

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

ohhh brrroooonnnntttttt!!

BLADE EDGE said...

salam nadia..

sori xtgk citer tu...byk tgk tv3 jer..industri filem m'sia byk lg yg kurang...tp masih ada sokongan dr rakyat tempatan..bagus la gitu..

saya tag awak di blog...

Fazliana said...

Masyarakat Melayu dulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam – biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini bekas isterinya. Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya
tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...