Tuesday, October 5, 2010

whiteheads and me

Whiteheads bukanlah kepala-kepala putih. Ia merupakan bintil-bintil berwarna putih pada wajah yang hebat dalam membuat kita annoyed bila melihatnya. Ala bahasa mudahnya jerawat nasik tu. Dulu I ada masalah whiteheads terutamanya di hidung. I tak pernah nak perasan pun sebelum ni tapi setelah seseorang menegur tentangnya baru lah I sedar diri. Nampak sangat tak menjaga penampilan -__-''. Biasalah masa tu kan baru belasan tahun, time tak matang lagi. Pastu kan I buang tebiat kira berapa bilangan whiteheads I. Nak tahu berapa? 33! Macam nombor rumah I plak tu. Serius tak tipu memang 33. Percayalah!

Macam mana I hilangkan whiteheads adalah dengan melakukan facial. Kali kedua buat baru whiteheads tu hilang kesemuanya. Aunty facial tu beritahu whiteheads ni berpunca daripada minyak berlebihan atau sebum yang terperangkap dalam liang kulit wajah dan bila liang ni tertutup, bintil putih pun terbentuk. Dia kata mesti I tak jaga pemakanan.makan makanan yang berminyak.ya betul tu.I suka makan ayam goreng masa kat matrikulasi negeri sembilan dulu.apa lagi pilihan yang ada kan.lagipun I perlu makan ayam goreng untuk berikan I tenaga berjalan pergi dan pulang dari kuliah.jauh okay.hitam legam I tahu tak?isk takde kena mengena.tapi ada jugak kot sebab bila jalan jauh jadi berpeluh lepas tu muka berminyak pas tu pun whiteheads muncul. Tapi I ni orang yang suka makan sayur dan minum jus buah-buahan. so sekarang ni bila orang tengok I makan sayur banyak ke, minum jus ke, mesti akan cakap, 'patutlah kulit cantik,'.awak oooo awak, ini hasil I pergi facial lah -__-'' Oleh itu kenalah makan makanan yang seimbang.tak guna makan sayur satu kebun pun tapi still makan makanan berminyak seperti kentang goreng Mcdonald's yang lazat tu.

Berbalik kepada whiteheads, orang yang ada whiteheads selalunya orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan liang roma yang agak besar.macam I. I memang rasa cara terbaik nak ged rid of them ialah dengan facial. sakit oh. I tak ada niat nak nangis pun tapi air mata keluar dengan sendirinya. korang jangan try buat sendiri tau? sebab diorang ada teknik memicit yang betul untuk buangkannya. kalau buat sendiri boleh jadi parut. apa yang I beritahu ni adalah pengalaman I sendiri. sesungguhnya sangat menyesal. ha cuba korang tengok kat gambar bawah ni.perhatikan titik hitam di pipi I belah kiri you alls.

berbangga dengan tahi lalat buatan


tak nampak? cuba zoom. eh tak perlulah kan semangat zoom tengok parut whiteheads tu. tak nampak takpelah. apa yang cuba I sampaikan disini adalah orang telah salah faham dengan kewujudan parut itu dan menganggapnya tahi lalat.I malas nak jelaskan kat orang-orang tu, so adakah ini bermaksudnya disini temberang I telah pecah?tapi I tak cakap pape pun.orang-orang tu yang meneberangkan I T___T

Sekarang ni bila ada je whiteheads muncul I akan cepat-cepat pergi buat facial. Bukan apa, sebab I pernah guna banyak produk yang katanya boleh melembutkan whiteheads dan boleh hilangkannya tapi tak berkesan pun kat I maybe sebab kulit I degil macam tuannya kot. Lagi satu, I tengah try guna face mask untuk kulit berminyak. Harap-harap hasilnya memberangsangkan. Anyway, kalau korang tanya tempat facial mana yang ok, I rasa terpulang kat individu. Yang penting beritahu tukang buat facial apa masalah dan beritahu nak buang whiteheads. Sebab ada tempat yang I pergi dia tak buang pun. Pasal buat facial jugak ada beberapa kawan I beritahu takut nak buat sebab pernah muka kawan mereka lebih teruk selepas buat facial. So memang kena pandai pilih. Sebab mungkin tempat yang kawan kepada kawan I pergi tu tak jaga kebersihan peralatan. Contohnya guna jarum pemicit jerawat yang telah digunakan.
Ni ada satu article I rasa interesting pasal whiteheads sebab ada tips yang boleh dibuat sendiri. Klik sini.

Thank you for reading this :)
Good day.
Bye for now!


2 comments:

BLADE EDGE said...

salam nadia...

saya takde jerawat or whiteheads..muka saya licin tau :-DDDDD

BLADE EDGE

NADIA RAHIMI said...

wahh~ lucky you.be grateful! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...