Tuesday, October 12, 2010

SELALU DELAILA AJE!

ini bukan lah ungkapan I pada suami atas sebab-sebab jealous kerana beliau ayik balik rumah madu. tak tak. mestilah tak. I kan tak kahwin lagi cuma gatal nak kahwin je -__-''

okay lah. baik lah. I tak akan berselindung lagi. I akan tunjukkan udang yang di sebalik batu tu.

sebernanya.......I masuk teater! Wahahaha! A friend cakap kat I yang dia tak percaya I masuk teater. I lagilah tak percaya noks.

entry kali ni I nak ajak anda semua yang terbaca mahupun sengaja baca blog ini untuk sama-sama menonton pementasan teater yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Oktober 2010. program ni anjuran pelajar UPM dengan kerjasama pelbagai pihak yang bertujuan untuk mengutip derma dan menyalurkannya kepada tabung gaza. Tiket yang berharga rm5 tu lah kalau anda beli maknanya anda melakukan kebajikan secara tidak langsung. Maaflah harap anda faham bahasa tunggang terbalik ni. biasalah dah lama tinggal pelajaran penulisan bahasa melayu T__T

Ada dua teater yang akan dipentaskan iaitu Selalu dan Delaila arahan Khairul Amin, seorang yang I rasakan berjiwa besar dan berbakat. Dia baru je grad. Congratulations Amin :)

Selalu adalah teater yang I berlakon tu. I bergandingan dengan Qadry, yang sangat hebat dan diva dalam bidang lakonan. I selalu pesan kat dia, kalau glamer nanti kahwin dengan I. haha. ok tak boleh. dia orang punya tak boleh kacau. I sebernanya nak cerita sinopsis tapi I takot bukan sinopsis namun keseluruhan cerita yang I akan ceritakan. Cukuplah sekadar ia mengisahkan tentang hal-hal kemanusiaan, dendam dan sedikit elemen percintaan. Chewah.

Delaila pula sebuah karya Othman Haji Zainuddin yang akan dipentaskan pada 16-18 Oktober. mengikut versi dan kefahaman I sendiri, cerita ini mengisahkan tentang pergaduhan dua puak iaitu arab dan yahudi. Delaila merupakan hero dalam cerita ini yang mana dia sendiri yang akan menyelamatkan kaumnya. Dalam cerita ini ada diselitkan tentang kekeluargaan dan yang paling I loike, cinta cintun. tapi kan sorry kalau I salah terangkan. maklumlah minah salleh selup. pun begitu cerita ni pun best, serious I cakap. hero dan heroin adalah handsome dan cun. Jadi disamping anda menderma, anda juga dapat mencuci mata ketika menonton. eh, niat salah dah tu. tak tak. I main-main je :p pelakon-pelakonnya hebat lagi-lagi the female lead yang pernah memenangi beberapa anugerah grammy.tak lah.anugerah teater.ehe. ha, ia ada beberapa tarian yang I rasa meletups! Mestilah, siapa choreographernnyaOleh itu, marilah beramai-ramai menyokong usaha kami yang suci dan murni ini. lagi-lagi yang disekitar lembah klang tu, ajak mak, abah, nenek, atuk, suami, isteri, tunang, aweks, pakwes, dan kawan-kawan anda datang ramai-ramai eh :) eleh tiket konsert paramore yang berganda-ganda tu boleh plak anda beli ;p Call saja nombor tertera untuk maklumat lanjut. Thanks for your time reading this! Good day! Bye for now!

ps: boleh tak nak buat blog berangkai. ala yang macam kalau kita tak foward maklumat yang kita tak dapat tu, nanti ada perkara buruk jadilah apalah. hehe. Isk. tak baik. jangan percaya. only trust HIM, ALMIGHTY ALLAH

6 comments:

Qadry Boss said...

Selalu..saksikan kami..

Sara Mysara said...

wah...nmpak best laaa..hehehe...

BLADE EDGE said...

salam nadia..

jelesnya tgk poster filem dia..eh, silap..teater..

kalau ada kat sana, blh la dtg..

seng said...

ko mcm puji pujian diri sndiri je...wahahahahaha

H I D U P K A M I said...

wow!!!!!!!!

Mr feckry said...

lame wa tak pi usha teater..cam nak turun je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...