Sunday, October 3, 2010

nukilan khas buat kamu

Awak, ingat lagi tak waktu pertama kali kita jumpa?

Kita berjumpa mula-mula sekali kat Panggung Percubaan, UPM.ala yang konsert Akademi Fantasia 1 buat kat situ tu.

Waktu tu, orientasi kolej.kita semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama-nama tempatan kereta yang dilekatkan pada fail yang diberi mula-mula kita daftar.

Masa tu, awak duduk belakang kita.kawan awak tanya kita,kita kumpulan kereta apa?
Kita jawab 'saga'.pastu kawan awak tu kata sama kumpulan dengan awak.kita tahu awak ingat moment tu.sebab awak kata dalam hati 'eh sombongnya minah ni,'

Persahabatan kita bermula sebab kita satu kumpulan.tak glamer betul dapat kumpulan saga kan.masa tu saga yang terbaru tak keluar lagi.kita bagaikan belangkas.di mana ada awak, disitu ada kita.begitu jugak sebaliknya.

Kita banyak persamaan.sama-sama budak lompat,perangai gila-gila,awak faham kita,kita faham awak.sama-sama geng eyeliner.kan masa dulu tak ramai pakai eyeliner kan.even jerawat tumbuh pun bersama.sama tempat pulak tu.ramai jugak orang kata muka kita sama.walaupun sebernanya tak sebab awak sangat cantik berbanding kita.tapi kita tumpang gembira sebab awak kan cantik,so kalau orang kata muka kita sama bermakna?ehe.

Tapi kita tak sama course.awak kimia industri,kita sains pertanian.bila dah start kelas kita jarang berjumpa.awak dah jumpa geng sendiri, begitu jugak dengan kita.walaubagaimanapun, bila free, awak mesti lepak bilik kita.kita jarang pergi bilik awak.lagi-lagi bila kita dah pindah dari tingkat lima ke tingkat dua.awak setia bersama tingkat empat.oh patutlah kaki kita macam gajah.

Lepas dah ada kereta lagi galak persahabatan kita.hangat!I like!keluar sama-sama,makan sama-sama,shopping sama-sama,tak lupa karok sama-sama,tidur hotel sama-sama.taste kita pun sama.nasib boyfriend tak sama.er wak,sebernanya kan kita dah laaaama ada hati dengan bb awak.mungkin kitalah madu awak pada masa akan datang :p

Lama jugak kita kawan.daripada awak tak ada boyfriend, pastu ada, pastu tak ada balik, pastu ada,dan daripada kita daripada rambut panjang, pendek, panjang balik.tapi yang penting,awak sentiasa ada untuk kita.banyak sangat yang kita lalui kalau tulis kat sini memang tak habis.jangan risau ia masih segar dalam ingatan kita.

Tapi, awak dah habis belajar sebab course awak tiga tahun je.nanti awak kerja, dah kahwin, lagi susah nak jumpa.satu je kita harapkan dari awak.semoga persahabatan kita berkekalan sampai kita dah berkedut,tak ada gigi dan jalan terbongkok-bongkok.kita sayang awak, Cik Nabeela Riduan.

I'm sorry for the little misunderstanding between us few days back. I know I let you down. And I'm so sorry. You do know it's not what I intended to do. Not that I don't want to go to bb's house with you that night. It's just I have so many things to be done. I'm a total mess at this very moment. I have not finished my final year project, I am busy with the student leaders' thingy, I'm heart broken, I feel so hopeless and my life seems empty. Yes,I'm not a good friend to you.not even to anybody. I don't mind if I am the one u hate the most in the world right now. But there's I thing for sure, I do love you.

"as we go on,
we remember,
all the times we had together,
and as our lives change,
come whatever,
we will still be friends forever.."


anyway, HAPPY GRADUATION DAY to you! Congratulations love!

ps: I dah semangat beli hadiah untuk you 2 weeks before you graduate.hadiah biasa-biasa je.bukan helicopter/ferrari.

9 comments:

Wanybunny said...

sometimes gado bole buat kite lg rapat bila da baik smula nnt.

Nadia said...

oloh oloh? sweetnya buat entry for bestfriend. u know what, sometimes i rasa sedih je sebab i rasa i tade bestfriend. susa actually na ada bestfriend. i mean yang selalu dengan kita, susah, senang, happy, sedih. yang kita rasa ngam. memang susah. sebab tu i tade bestfriend sebab i memilih jugak. kenalah memilih kan sebab na cari yg satu kepala dengan kita, susah. i kawan biasa biasa je dengan semua orang. but to say close, tade kut. jealous orang ada bestfriend. sometimes i feel like a loser je. :|

btw, memang seriously muka korang sama! cantik. :)

Un Phat Lee said...

gua pun tak tau apsal gua tersesat kat sini.tolong2 anyone mane jalan keluar.
untuk lu..tak gado2 okay!.ehe XD

BLADE EDGE said...

salam nadia..

tu la..kwn yg btul2 kwn baik, sama2 lalui susah senang, bukan senang nak cari dik...

zaman skrg ni, huh! ramai yg ambik kesempatan jer..time senang, esp. bila ada duit, semua ngaku kawan. kata 'paling best' la, 'paling ensem' la, cute melecun la, meletup sampai hangus la..mcm2 la gelaran dibagi kat kita utk nak ampu kita..tp cuba pulak tgk bila time2 kita susah, ada yg nak tolong?? tolong tgk jer ada la, ramai la sgt...bila mintak tlg ckit mula la bg alasan mcm2, nak gi toilet dulu la, kene pam tayar motor dulu la, nak topup kredit dulu la, itu la, ini la, mcm2...pastu hilang ntah ke mana. kita pulak terkapai2 sorg2...sedih, kecewa...

saya pernah terbaca dlm satu hadis yg menyentuh berkenaan kwn baik ni. ingat roughly jer..kata hadis tu, kalau 2 org kwn baik, bila senang sama2 senang, bila sorg lg susah dibantu, kalau sorg takde makanan sorg lg beri, bila sakit dia dtg melawat, sampaikan bila dia meninggal, iringi jenazahnya... sampai mcm tu skali kalau btul2 berkawan baik. maknanya biar la berkawan baik tu sampai ke akhir hayat..

Peminat Katie Holmes said...

kawan aku try adjust Bella waktu dekat KMPP dulu. Tapi tak dapat. Kami gelak berterabur.

NADIA RAHIMI said...

wunny : setuju :D
nadia : oh never think you're a loser when you don't have a bff.at least you dah jumpa kekasih hati yang sesuai kan ;p
btw, u sgt cantik
UPL : er selamat datang dan pergi!
blade : mesti dah sangat berpengalaman kan.thanks.love your thoughts and infos :)
PKH : isk.tak baik taw gelak kat dia.gelak senyap-senyap takpe

bella dela rosa said...

hoi i love u babe.i nak bungan ferero please.whoahahahaha

BLADE EDGE said...

salam NADIA...

tuan rmh: :-)

PKH: nak adjust buat gf ke? sabar...bukan stakat couple jer, sesama kwn baik pun, nk membentuk satu2 relationship ni, xboleh gopoh. kene slow n steady..some people takes few years utk establish hubungan, jadi or tidak pun belum tentu..kalau jadi, alhamdulillah..

Afendi Othman said...

i terharu..kekeke..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...