Wednesday, October 6, 2010

I dah menopause!

hi. apa khabar? harap sihat hendaknya.

I nak cerita pasal menopause. I tahu bila cakap pasal menopause je, mesti korang bayangkan perempuan kan. Tapi tahukah anda lelaki juga mengalami menopause? Menopause for men is called Andropause.

Kedua-duanya adalah disebabkan perubahan hormon di dalam badan. Kalau perempuan dah mencapai menopause, dia akan putus haid. Purata umur wanita yang menopause adalah 51 tahun. Tapi wanita boleh menopause seawal 30-an atau agak lambat bergantung kepada cara hidup dan keturunan. Tahukah anda tabiat merokok boleh mempercepatkan kehadiran menopause dalam hidup anda?

Ha satu benda yang penting nak kongsi, apabila seseorang hampir mencapai menopause anda dapat lihat perubahan dirinya. Rata-rata akan cepat marah, cepat merajuk, cepat macam-macamlah mungkin disebabkan ketidakselesaannya terhadap persekitaran. So my point is bila ibu bapa anda pelik sikit dan menunjukkan ciri-ciri ke-menopause-an, anda janganlah cepat melatah. Kerana mereka sebernanya sedang melalui proses menopause yang bagi I agak sukar untuk menguruskannya. Bawak bersabar ok bila anda menghadapi situasi seperti ini. Tahukah anda, anda juga tidak akan terlepas untuk mengalami menopause beberapa tahun akan datang?

Good day everyone :)
Eh jap. ada satu lagi tahukah anda. Tahukah anda tentang kewujudan Malaysian Menopause Society?

ps: tahukah anda I belum menopause? tajuk tu disengajakan sempena sambutan World Menopause Day 2010 pada 10th of October ni di Malaysia. eh? macam birthday seorang besty I, NINI!

5 comments:

BLADE EDGE said...

salam nadia...

hehehe...i masih muda rumaja lg tauu! :-DDD

Azzam?? said...

anda pasti ke anda belum menopause? =p

hasrul hassan said...

Uhhh .. .hebatnya tajuk .. terkujat jap .. :)

http://hasrulhassan.blogspot.com

NADIA RAHIMI said...

blade : eleh ;p
azzam : pasti! 200%!
hasrul : :D

BLADE EDGE said...

salam..

nadia: tak caya? meh la jumpa, tgk muka saya..xkedut lg maaa :-D

azzam: confirm! belum lg..

hasrul: hahaha..tu la..kita pun tkejut jugak awal2 tu :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...