Wednesday, September 1, 2010

sudah ketemu jejaka idaman anda?

beberapa hari lepas, gadis-gadis di Malaysia telah kecewa.kenapa agaknya ek?ini adalah kerana jejaka idaman semalaya, SM NASARUDDIN akan berkahwin tidak lama lagi.oh mari menitiskan air mata bersama T__T.eh anda kenal atau tidak mamat ni?kalau tak pergi google sekarang.tapi tipulah kalau tak kenal.jadi jangan kacau tahu?beliau marion counter punya.bukan anda punya.

oh ya SHEIKH MUSZAPHAR juga dah berpunya kan?mari kecewa guling-guling tonggeng-tonggeng jugak.beliau pun orang lain punya.bukan anda punya.oleh itu siapa anda punya?-__-"

kenapalah korang ni dah berpunya?isk.jejaka-jejaka yang punya ciri-ciri seperti dua insan diatas sila pm I *iklan*

okay lah bercerita tentang jejaka idaman ini memang takkan cukup satu entry ye tuan-tuan dan puan-puan di rumah sekalian (sebab mood raya jadi terbawa-bawa cara percakapan chef rancangan kuih raya).mustahil untuk kita dapat orang yang kita idam-idamkan, mimpi-mimpikan.huuiii kalau tanya apakah ciri-ciri jejaka idaman anda I pasti memang lah panjang senarainya macam kartun yang kita salu tengok list mesti panjang bergulung-gulung.tapi tak semestinya ciri-ciri jejaka idaman kita tu sesuai dengan kita ye tak?

sebab bagi I jejaka idaman kita sebernanya seseorang yang betul-betul memahami kita.seseorang yang dekat dengan kita(bukan duduk rapat-rapat ye).seseorang yang dapat membimbing kita.seseorang yang melengkapi hidup kita.seseorang yang sentiasa berada di sisi kita suka dan duka *di awang-awangan, berangan-angan, seseorang*

tapi kita demand lebih-lebih ni, do we even have what it takes to be a man's dream girl?so bila kita bercinta kita kena terima seadanya pasangan kita tu baik dan buruk.dalam dan luaran.ye memang benar kadang-kadang kita kena berubah demi kelangsungan sesuatu hubungan tetapi perubahan itu sukar dilakukan secara terus.yelah sebagai contoh I ni cepat naik angin.jadi agak mengambil masa untuk berubah kepada turun angin.okay konon lawak la tu nadia -__-" pesanan untuk sekalian remaja, lecturer I beritahu kena kawal kemarahan dari muda demi kesihatan.i'll check it out why and tell you alls in the next entry okay ;) untuk pasangan yang menantikan perubahan pasangannya kearah yang lebih positif, di harap bersabar menanti dan jangan lupa beri sokongan, jangan condemn saja!

jadi, adakah anda telah bertemu jejaka idaman anda?adakah kekasih, tunangan, atau suami anda sekarang ni adalah jejaka idaman anda?hanya ALLAH dan anda sahaja yang tahu :D:D:D <-- ini senyuman gedik

hargailah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebelum menyesal!

ps:selamat bershopping raya.I raya kajang je.jemput lah ke rumah dan bawak sekali barang yang you alls shopping untuk I.hee

1 comment:

Joe Black said...

kekasih idaman tu ialah seseorang yang kita tak boleh kalau dia takde...kita ingat dia setiap masa...makin lama kita makin sayang dan rindu kat dia...dan cinta kita padanya akan berkekalan hingga kita mati kalau kita kahwini pasangan kita yang pertamanya kerana agamanya...kemudian kerana paras rupa..keturunan dan hartanya.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...