Saturday, September 11, 2010

raya, raya, raya!

sila sebut dengan penuh gaya dan emosi, "raya, raya, raya"
kerana jealous semua orang buat entry raya seperti makcik di kampung jalan lepat cemburu terhadap jirannya kerana membeli sofa baru lalu mengadu pada suaminya, jadi ini adalah entry raya I. so sila baca dengan ikhlas dan hati terbuka.buat-buat pun boleh.

jeng jeng jeng

mula-mula I ingin bercerita tentang persiapan raya.raya di rumah sendiri yang tak sampai 30 minit dari tempat pengajian bermakna I tak payah terkocoh-kocoh balik, tak payah fikir tiket bas dah habis seterusnya beraya bersendirian di rantau orang apa lagi menangis tatkala mendengar lagu-lagu raya.raya I simple je tahun ni.mula-mula pasang lampu kelip-kelip di sekitar rumah sebagai ganti lampu pelita.and then pergi ke pasar membeli bahan mentah untuk membuat juadah raya iaitu rendang ayam, lontong dan kuah kacang.ketupat pun kami adik-beradik anyam.I buat jugak tau.dua.

hoho.ini adalah hidangan I pada hari berbahagia itu.I sahaja yang ngap okay.

weeeehoo bila hari raya dah tiba seronoknya kan.dapat makan-makan.dapat berbaju baru.dan dapat duit raya.terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih abang, terima kasih kakak-kakak.
perkenalkan mak bapak mertua anda.anda tu anda je tahu.
kakak nazdleen.
kakak nazirah.
adik asyikin.tapi dia tak bagi I duit raya.

adik naqiuddin.dia pun.

kami.haa itu dia abang I yang tak suka bergambar tengok camera katanya

-__-"

**i dah letak gambar-gambar ni kalau kenal marilah berjejak kasih ye**

Selepas drama air mata, I sekeluarga pergi beraya di Gombak, di mana satu-satunya nenek yang I ada terdapat di situ.semoga tok wea panjang umur dan di kurniakan kesihatan yang baik.Aminn..

ini tok wea, yang bertudung hitam.


Kemudian kita orang ke Ampang berjumpa sanak saudara sebelum balik dan I tidur terbongkang.entah apa tah yang penat sangat.

Okay sekian sahaja cerita raya I.apa?boring?fine.sebab I pun tahu.oleh itu, tahun depan baru I cerita lagi pasal raya.

selamat hari raya maaf zahir dan batin.

bila bergambar macam ni I rasa I layak/berpeluang/berpotensi untuk menjadi datin muda.


ps: jalan-jalan di lebuh raya masih penuh dengan kereta.baru ingat nak suruh abah bawak kereta ikut suka hati.gilir-gilir lane.punah harapan.kuciwa
-__-"

satu lagi, first time upload gambar lebih dari satu telah mengambil masa berjam-jam.pathetic T__T

2 comments:

Hirmanto said...

Best nyer dapat raye ade nenek lagi. Aku tahun ni raye simple jer. dah x de atok nenek lagi dah. :(

BLADE EDGE said...

salam nadia...

suka tgk gmbr nadia yg last tu. pakai tudung tutup penuh lg cantik :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...