Tuesday, September 14, 2010

mengaku cepat!

kereta kemek. er tak ada lah teruk sangat but still boleh nampak. yang geramnya si pelanggar tak tinggalkan nota-nota kecil dan sebagainya seperti yang I selalu perhatikan. sedih tau. maaflah I dah curse you semua wahai si pelanggar. bayangkan lah I dah jaga kereta tu sebaik-baik mungkin(calar-calar tu sila abaikan) seperti latihan menjaga suami namun ternyata orang ketiga hadir dan memusnahkan segalanya. mak kata biasalah tu kalau park kat luar rumah.I rasa mesti orang tu nak reverse dan terlanggar dan blah. I tak nak suspect sesiapa tapi mungkin abg tough pakai sleeveless pembakar sate open house jiran I sebab dia parking van dia tepi kereta.atau tetamu jiran I yang datang open house parking dekat-dekat situ? eh tadi kata tak nak suspect sesiapa? ni apa cerita ni? zzZZzzz
bila macam ni I ingat suatu kes di mana I keluar makan malam dengan kawan seMPP I iaitu hanim. masa tu nak balik dah.i reverse punya reverse...sekali bang! ok ni bukanlah rancangan bang bang boom atau I panggil abang ke apa. I terlanggar sisi kereta kerana dia buat side parking. kuat bang itu sampai ada seorang mamat tengah bergayut ternganga. apalah sensor ni. dah langgar baru dia berbunyik. I pun ketakotan dan seram sejuk lalu meninggalkan tempat kejadian. tapi disebabkan I tahu I yang salah, I pergi ke tempat kejadian itu semula.masa tu dah ada 5 6 orang. lelaki kesemuanya I takut dah kot lah nanti di belasah wah dayus kau kalau belasah I. mungkin juga kereta dia kemek teruk dan I kena bayar ganti rugi pastu kena marah mak dan abah. tapi itu ternyata imaginasi berlebihan. sebab kereta wira tu tak apa-apa pun. kereta I pun(yay!) owner kereta tu cam merajuk sebab dia tak nak pun pandang I. pastu ada ke dia kata yang calar-calar tu I buat. wth? okay lah fine memang I salah(nasib baik reverse perlahan-lahan) tapi bro pun parking tempat yang salah. nak menang lagi tu nadia oi -__-". itu motor-motor sedang parking, you kasi double parking kenapalah jadi jalan jadi sempit dan I pun terlanggar. lagipun sebernanya I rabun ayam T__T dan kereta tu berwarna gelap. tak cukup dengan itu, I cakap kat owner tu, 'sorry lah bang, saya masih P,' hoho banyak lah alasan kamu kannnn. tapi betul ye I masih P ;p
baiklah kesimpulannya selamat hari raya maaf zahir batin bro wira. eh bukan. kesimpulannya sila bertanggungjawab di atas kesalahan anda sendiri lebih-lebih lagi bila kesalahan anda itu mengheret orang lain untuk dapat masalah sekali.
ps: open house jiran I gempak you alls. siap ada mercun bunga api yang orang guna untuk special events macam merdeka etc. I nak tengok macam mana proses nak bagi ia meletup tu kan kot ada orang ke macam bakar mercun biasa tapi sebab ramai orang dan I tak nak nampak jakun, I buat selamba je. ala nak tahuuuu :(

2 comments:

bella dela rosa said...

kat kampung aritu pon ktorang bakar mercun cam merdeka tuh.best.!!lawan orang sblh mercun die tak power.

H I D U P K A M I said...

hari2 klik...
tkbb...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...