Sunday, September 26, 2010

hati dah suka, nak buat macam mana?

bila kita dah suka sesuatu, katakanlah apa sahaja yang buruk pun, kita tetap akan suka kan?macam bila mula-mula bercintalah.tapi I bukan nak bercerita tentang cinta tau.tak mau tak mau tak mau. I nak bercerita tentang aktiviti kesukaan I sejak setahun yang lepas iaitu karaoke.hihi.oleh sebab kawan-kawan I sukak betul hasut I beritahu betapa bestnya berkaraoke ni, maka I pun geram dan turut tidak ketinggalan untuk mencuba aktiviti ini.

Pengalaman pertama I ialah memaksa bekas kekasih untuk berkaraoke bersama sewaktu dating.dia tak suka sangat menyanyi, so dalam 20 lagu tu I nyanyi 19 setengah, dia 1 setengah.kenapa setengah adalah kerana kami berduet.eh ke yang kat golf resort berkaraoke dengan kakak I sewaktu teman adik-adik swimming ek?yang mana kakak I duduk atas meja kaca dan meja tersebut tak dapat menampung beratnya lalu pecah?yang mana lepas tu I dan kakak tak lena tidur takot-takot orang resort tu call tapi tak call-call sampai sekarang?entahla lupa pulak sebab tak pasti.tapi ia antara dua.
Yang seronoknya I dapat jumpa teman sekepala,yang gila berkaraoke macam I juga.kawan sekepala pertama ialah cik nabeela kekasih awal dan akhirku.ye cik bella dela esah bak kata razak tu.hoho.kalau karaoke dgn dia ni, semua lagu kami duet walaupun lagu tu bukan lagu duet dan kami akan nyanyi lagu yang sama je setiap kali pergi karaoke.sebab sayang I ni tahu certain lagu je, so memang tak boleh masuk program Jangan Lupa Diri tu.eh Jangan Lupa Lirik.paling best kami akan nyanyi lagu 'Halo'.part Halo tu memang menjerit-jerit sampai nak terkeluaq anak tekok.birthday dia pun sambut kat pusat karaoke :D

with her dslr cake :) rindu this moment lah babe sayang

muka penat setelah menjerit.


Teman sekepala kedua ialah I gelarkan geng cacat yang terdiri dari abby, anem, fathirah, ajak, wan, pajil.menyanyi ramai-ramai ni kena ambik pakej 3 jam.gilir-gilir katanya -__-" so kalau I terjumpa diorang dan terima message dari diorang ke, dah boleh agak apa diorang tanya iaitu, "bila nak pergi karok lagi?"gambar karok bersama tak ada pulak.sebab dah syiok nyanyi sangat kot.

Teman terbaru ialah adik beradik sendiri.kakak dan adik.kakak I memang biasa menyanyi di tempat kerjanya.syikin pulak baru berjinak-jinak.idea dia la nak pergi berkaraoke waktu raya kedua.setelah melantak rendang tok yang mak buat.kami tanpa membuang masa beradu suara di ceria box kat kajang je.comel kan nama pusat karaoke ni?

bilik small yang macam big ones.
si excited, si pemecah meja dan si first timer

Nak tahu suara I macam mana?biasa-biasa je.ala apa orang kata tu, jaguh kampung?ngehee.tapi I rasa releaselah tension bila berkaraoke ni.yelah,menjerit-jerit.lagipun menyanyi pun boleh mendescribekan perasaan kita.tapi kadang-kadang nampak macam tak sopan sangat kan?sebab gelap dan tempatnya bising.mak pun macam tak gemar sangat.er naya jaga tingkah laku dan kelakuan mak.berdiri atas kerusi tu normal kan kawan-kawan karok sekalian? -__-"

Walaubagaimanapun, kesukaan kepada aktiviti berkaraoke ni masih belum mampu mengatasi aktiviti I yang satu ni.


buruk perangai

ps: eh siapa yang pernah berkarok dengan I sangat untung tau.sebab dapat dengar suara ekslusif I.

8 comments:

bella dela rosa said...

perasan sore sedap.gmba pakai tudung putih tu zaman kuno bile.burok betol muke.eh knape i takde ponn.

NADIA RAHIMI said...

muka I pun burok.eh tade apa yang?

chill4387 said...

nadia dormilón..

NADIA RAHIMI said...

miss u call me that love! :D

seng said...

hahahaha...duduk dpn pon leh tido lagi?

BLADE EDGE said...

salam nadia...


kalo dah suka buat satu2 keje/bende tu, lantak la org nak kata pun...selagi xde mudarat, jalan jee!! hehehe...

NADIA RAHIMI said...

setuju :DD

Hanita Hanim said...

bile geng cacat nk aktif kembali nih???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...