Wednesday, September 29, 2010

jauhkanlah dari anda semua!

beberapa hari ni I asyik terdengar tentang kemalangan di jalan raya sampai I rasa takut nak bawak kereta dah dan ingin sekali mengupah seorang pemandu.ada sesiapa berminat?

terbaru,kakak I.dia langgar sebuah kereta.I ingatkan pasangan hidup je kita kena pilih rupanya nak langgar kereta pun sama.sebab apa tau?sebab akak I pilih untuk langgar bmw.mengada kan.isk -__-"

hari ni, I ternampak accident yang sudah berlaku didepan mata.bukan satu tapi dua!diulangi dua!

first, I tengah menjamu selera di Soho,Bangi.tak panas lagi kerusi yang I duduki sekali ada bunyi dentuman yang kuat.nasib makanan tak sampai lagi kalau tak pasti tersedak dan terdesak nak air.sang wira melanggar sang kancil.wira kemek gila bahagian depan dia manakala kancil pula kemek gila kat belah penumpang bahagian depan.bila I cakap kemek gila memang kemek dan gila.ngeri tahu tak?ngeri!tapi nasib tiada kemalangan jiwa dilaporkan.I rasa sang kancil buat u-turn kat tempat yang tak sepatutnya dan kebetulan wira membawa laju dan tidak dapat mengawal kelajuan lalu bertembung lalu kemek gila.dah la ada penumpang kat kancil tu mesti lebam dia kan.kita terlanggar bucu meja pun dah lebam ini kan begini kok? T__T

keduanya, sewaktu perjalanan pulang ke UPM, I ternampak ada sang honda city yang mengiring.mula-mula I sangkakan ada pertunjukan drift dan sebagainya sebab ramai orang tetapi bukan ya.ish tak sangka kereta pun pandai baring mengiring macam orang jugak.

Okay the whole point is sila berhati-hati di jalan raya.selain ingatlah orang tersayang, ingatlah juga hutang-hutang keliling pinggang.antara tips pemanduan di jalan raya versi I adalah seperti berikut;sekadar gambar hiasan.hai aweks-aweks *tiba-tiba rasa macho*
  1. baca doa naik kenderaan.untuk yang beragama Islam cuba try test hafal ni.hoi hafal sekarang.I tengah paksa ni.
  2. don't drive and text/on the phone.walau konon anda kata ada 'skill' tetapi kita hanya mampu merancang kan?
  3. don't drink and drive.and I know you don't :)
  4. pakai tali pinggang keledar.selain untuk tujuan keselamatan, ia mampu mengelakkan saman.
  5. jangan ikut kereta depan dengan rapat.walau anda nampak ada awek/mamat hot bila tengok melalui cermin hadapan keretanya.
  6. kalau anda bawak lembap, jangan nak mengada-ngada duduk kat lane paling kanan.
  7. bila nak pintas kenderaan di hadapan.jangan hanya tengok di cermin belakang dan sisi sahaja.jangan lupa blind spot iaitu tempat yang kita tak nampak sebab kedudukan mata kita bukan macam ayam.so bila nak pintas sila toleh kepala ke kanan sikit.
  8. to all mat/minah rempits sila bawak motosikal di tepi jalan walaupun masa tu anda ingat anda bawak bus.dan jika bawak anak kecil TOLONG sangat belikan topi keledar bercop sirim.topi keledar anda pun.
At least kita cuba ambil langkah berhati-hati ni walaupun memanglah sebernanya bukan salah kita pun kan cuma nasib tak menyebelahi kita.lagipun setakat ni I boleh share sebab ilmu pemanduan I pun seperti seurat rambut dicelup ke lautan nan luas.
bye for now! drive carefully okay?extra careful :)

ps: ujian undang-undang I 50/50 tapi I fail parking.siap jatuh tiang dan semua orang pandang.pastu I menangis.ee gedik!

5 comments:

BLADE EDGE said...

salam..

hahaha..pilih kete utk dilanggar?last time saya dgr citer gini,kwn saya dpt laki!!sapa laki dia tu?yg langgar dia la..pastu kawin..

:-DDDDDDD

Rozana Razali said...

mcm luna maya sikit.. =)

NADIA RAHIMI said...

blade: haha.tapi kakak I langgar orang tua,seorang datuk.tapi kat sebelah ada isteri daa~
rozana: luna maya pun fail parking? :)

H I D U P K A M I said...

nadia...kalo nak jadi guna magnet yang kuat sikit...

Carl Torres Haris said...

sgt ngeri,so kena la i jd pemandu berhemah pasni..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...