Monday, September 6, 2010

ayoyoyo.faham tapi buat-buat tak faham

Mak, sisters and I went to the gardens and mid valley yesterday for a little shopping. disebabkan abah yang hantar.jadi beliau jugak lah yang kena ambil.oleh kerana permintaannya adalah 'yes shopping but no traffic jams', jadi kami terpaksa menaiki komuter ke station kuala lumpur, dan abah mengambil kami di situ sebelum kami pergi berbuka puasa bersama-sama.
ok ceritanya bermula begini, di station mid valley kami menunggu di kawasan koc wanita.cakap je wanita tapi lelaki pun ada yang beratur.and I read it out loud.sebernanya sumpah memang tak sengaja.pastu ada seorang lelaki pandang I dan mungkin terasa, lalu dia beredar dan menunggu di bahagian selain koc wanita -__-" tapi hanya seorang je yang beredar.ada dua tiga ekor warga asing agaknya yang tak paham bahasa terus menunggu di bahagian koc wanita.
lama gila ok I tunggu train.selalu bila I tunggu train ke seremban la susah kan.tapi kini terbalik. train ke rawang pulak lambat.train ke seremban dah tiga yang lepas.bayangkan lah berapa ramai orang menunggu untuk menaiki train ke rawang.malangnya nasib diriku T__T.
well that is not what I want to share with you guys. bila train dah sampai, semua berpusu-pusu,bertolak-tolak,dan berjerit-jerit masuk.terima kasih abang driver train, pintu berhenti di depan I jadi I masuklah dengan lagak dan takburnya.hmm tadi kan I dah bagitahu you alls yang I tunggu kat koc wanita kan.tapi memang ada sahaja lelaki dalam koc itu.warga asing.yang I frust sebab bukan tak ada pengawal di station mid tu.ada.ramai pulak tu tapi tak buat kerja.diorang jalan-jalan je.ingat ini program jalan-jalan cari makan ke heh?
oleh itu I pun bising-bising mengambil alih tugas pengawal ktm dengan bagi isyarat non-verbal semua hoping warga asing demikian faham lah itu koc wanita.tapi niat I tu ternyata sia-sia.sampai di station kl sentral I berbunga hati bila terdengar suara pengawal tak bagi lelaki masuk koc wanita.namun tentulah dia halang siapa yang nak masuk, yang memang kat dalam tu duduk jelah diam-diam.menyedari I prihatin tentang masih ada lelaki yang ada di koc itu, beberapa wanita lain pun jadi pengawal sukarela bising-bising memberitahu ianya koc wanita.tapi lelaki warga asing ini buat derk sahaja.tak paham agaknya .jadi usahaku dan wanita-wanita lain pun ternyata sia-sia -__-"
sepanjang perjalanan untuk ke station seterusnya iaitu station kuala lumpur, I berbincang dengan my sister, syikin bagaimana untuk menyedarkan warga asing ini.syikin memberi cadangan agar menambahkan sahaja semua bahasa nepal, bangladesh dan seangkatan dengannya di iklan yang dilekatkan di tingkap dan I pula memberi cadangan meletakkan simbol lelaki toilet dan palang.bincang punya bincang kami pun sampai ke destinasi.and a few of this warga asing yang berada di koc I pun keluar dan salah seorangnya menjerit, "itu perempuan masuk tempat kami boleh jugak" .hoi kau paham rupanya mamat international workers ini.amboi-amboi.terasa berasap telinga tetapi di bulan puasa ini sabar sahajalah.yang bestnya mak I sound dia balik. "mana ada koc lelaki".oh mak, mak rules! tapi okay lah.sebab warga asing itu keluar pun untuk menukar ke bahagian koc lain.
the whole point is walau kita buat berjuta-juta undang sekalipun, tanpa pelaksanaan ia tidak akan memberi sebarang perubahan.the authorities should be concern on these things.
sekian sahaja.thank you for reading.good day.

ps: hari ni tak ada ps

2 comments:

bojan said...

mungkin lelaki yang mengada2 nak masuk dan duduk di coach wanita itu asalnya perempuan tapi telah menukar jantina..takpun mereka tu fizikal je laki..tapi hati diorang macam perempuan..mana la tau kan? :P

NADIA RAHIMI said...

hahahaha.maybe.tapi jangan sampai ambil kesempatan.pang kang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...