Sunday, July 25, 2010

Kebenaran Itu Menyakitkan

Benarkah kata orang lebih baik tipu sunat daripada memberitahu perkara sebenar?
Tapi itu tetap dikira tipu jugak kan.
Boleh pula kita senang-senang nak letak hukum-hakam yang mana sunat yang mana belum bersunat(eh eh lain macam bunyinya).hello, awak tu siapa?
Memanglah kita tipu untuk jaga hati orang lain.contoh simple time kat sekolah dulu, kita tak siap kerja sekolah tapi kata buku tertinggal kat rumah.kononnya kita nak jaga hati cikgu.padahal kena marah/denda jugak.hahahaha padan muka kome.okay okay serius.
Kadang-kadang kita nak menyatakan kebenaran sebab ingin berkelakuan jujur.contoh simple kedua time kat sekolah lagi, kita tak siap kerja sekolah,siap tunjuk kat cikgu dengan bangga kononnya niat tak mahu tipu.huh memang siaplah awak dengan cikgu tu nanti.
My point is ya betul, kalau boleh jangan amalkan sebarang penipuan, baik sunat,wajib, makruh dan sebagainya, amalkan sikap berterus-terang, at least satu beban dalam diri kita dah ringan sikit kan. tapi bergantung juga pada situasi, perkara yang ingin kita nyatakan dan pada siapa.
kerana ia mungkin akan menyakitkan kita atau pihak lain. jadi sebelum membuat sesuatu, fikir masak-masak tahu?
okay itu sahaja luahan dan curahan hati yang berkaitan dengan apa yang terjadi pada saya hari ini T__T sekian sahaja.semoga berbahagia ya kamu semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...