Sunday, May 30, 2010

boleh tak?

hai semua.
ini entry saya yang kedua setelah sekian lama.
em bolehlah dikatakan busy sampai tak sempat update.
dan bolehlah dikatakan menghadap kosong blog ni tak tau nak tulis pasal apa.
juga bolehlah dikatakan saya bukanlah seorang yang pandai mengarang.
lalu bolehlah dikatakan pemalas.
baiklah.boleh saya mula?
tahun ini adalah tahun yang sangat sukar bagi saya.penuh onak durian dan cobaan.sedih.memang sedih.boleh saya nangis sebentar? T_T terima kasih.
pertama kali saya membuat keputusan untuk diri sendiri yang akhirnya menghasilkan perubahan mendadak pada emosi dan kehidupan harian saya.boleh tak saya nak pinjam pedang undur masa cerita Prince of Persia tu?andai dapat saya undur masa mungkin saya tak sesedih sekarang.eh boleh ke?mungkin ya, mungkin tidak.
tapi saya still bersyukur dugaan saya ni masih mampu dikawal dek akal.dan saya tahu ramai lagi di luar sana yang hidupnya berkali ganda dugaan yang terpaksa dihadapi.Alhamdulillah.saya yakin semua yang terjadi ada hikmahnya.walau tak nampak sekarang tapi akan datang siapa tahu?kan?
sebagai penutup (pendek gila karangan) kita haruslah sentiasa bersyukur dengan hidup yang telah dikurniakan Allah.memang ramai yang kita nampak lebih bernasib baik daripada kita jadi kita perlulah lebih berusaha untuk membaiki hidup kita.jangan dengki kat orang ye, tu rezeki dia.maaflah tiba-tiba bagi nasihat yang umum.lain entry saya cerita dugaan saya yang tak seberapa tapi saya anggap dugaan hebat tu boleh?
pendek kata, ceriakan harimu dengan senyuman.jumpa lagi.bye!saya nak pergi kemas rumah.

3 comments:

bella dela rosa said...

at last entry kedua.huahua.
helo bole je taruk gmba byk2.dlm hp bkn ade gmba geds2 ke?

Hazwan Faisal said...

teruskan menulis, nanti lama-lama akan mahir dengan sendiri.
A. Samad Said pernah berkata, untuk menjadi penulis yang baik, pertama perlu membaca, kedua membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima menulis. U got what i mean. :)

Ridzwan Ali said...

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...