Wednesday, April 4, 2012

Kembali

Assalamualaikum and heeeeeello everybody!


Wah. Feels so good to be back. Sorry lah lama sikit bertapa. Apa? Berhabuk blog ni? Eh tu screen komputer you alls yang berhabuk lahhh. Suka-suka tuduh I kannnn.

Sebenarnya I tak tahu lah mana nak start, haheho. Jadi ayuh memulakan dengan apa yang telah I lalui sepanjang proses pertapaan I yang penuh onak duri ini :-


Proses pertama,




I telah........


bertunang!!! ecehhh korang tak surprise pun kann


tumpang lalu semua. I maluuuu

one happy family at home :)

You girls rock!

boleh pandang-pandang, jangan peygang-peygang

selalunya yang cover-cover tu lah yang kentut, ye tak?


Proses kedua,


I telah......


bergraduasi. yahoooo!



Dan tahap ketiga, I telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.
*doakan ye. tak tahu posting mana lagi. nervous. adik I kata kat Kuching. sukati dia je. grr*


Semestinya I tersangatlah bersyukur dengan rezeki yang I tak pernah terfikir pun akan jadi kenyataan. Benar lah ALLAH turunkan hujan untuk kita sebab Dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Semua yang terjadi ada hikmahnya kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Semoga kita kuat, tabah dan sabar apabila di timpa hujan nanti. Aminnnn.


Thank you anda semua yang sudi membaca. Terharuu sangat. Bye bye.



ps: I memang dah lama niat nak berblogging balik. Rindu kawan-kawan bloggers, dah besar semua kihkih. Tapi tak ada 'sign' jadi niat terkubur sahaja. Namun bila ada orang lain selain mak dan tunang suruh kembali berblog balik, tetiba rasa 'kerana diriku begitu berharga'. Gugugu.

Saturday, May 14, 2011

Video Awek Terjun Tingkat 8

Hi semua! Okay, tajuk memang tak boleh blah. Nak buat yang lebih poyo kang anda menyampes. Hee. Oleh kerana ada yang mahukan pembuktian yang lebih kukuh selain daripada sijil dalam entry ini, so here's the video. Video pertama memaparkan I yang tak ready untuk lompat lagi.

video

Yes I tahu suara 'kejap, kejap' tu sangat keitik-itikan -____-''
Video kedua, jeng jeng jeng...

video



Yang jerit tu bukan I okay. Kalau anda rasa itu suara I maka I sangat berkecil hati. Ada pulak anda rasa suara I kejantan-jantanan T_____T

Ok thanks for viewing! Have a fabulous weekends!



Credit to abang bungy for the vids

Thursday, May 12, 2011

Hanya Untuk Yang Berani

Ni nak beritahu kome semacho-macho I ni kan, sebenarnya I ni seorang yang penakut. Senang kata takutlah serba serbi!

Salah satu ialah ketinggian. I dapat rasakan yang I ni gayat orangnya iaitu bahasa saintifiknya Acrophobia. Tengok bawah dari tingkat dua pun dah kecut perut. Motippp? -_____-''

Tetapi I juga seorang yang suka cuba benda baru. Dalam hati dan sanubari ini pernah megimpikan untuk mencuba bungy jump setelah tengok rancangan Fear Factor.

Daaaaannn tadi I telah cuba! Gila ah terer lu der *puji diri sendiri*. Padahal tadi kesian abang-abang bungy yang mesti penat memberi dorongan dan sokongan untuk I lompat tapi tak lompat-lompat jua.

Bayangkan, time I lompat tengah hujan serta kilat sabung menyabung. Ok over. Tak lah menyabung sangat. Ada sedikit guruh/kilat/petir entah I tak tahu nak beza. Mula-mula abang tu kata renyai takpe jangan ada guruh/kilat/petir. Sekali turn I, masa tu lah semua nak keluar.

Seriously I takut gila. Mengigil. I bayangkan macam mana kalau tali tu terputus masa I lompat? Adakah I akan lemas? Pastu macam mana pulak kalau I kena sambar? Wuu negatif semua keluar memang Nadia Jenin. Namun I bersyukur selamat semuanya :DD

See ada sijil! I tak kencing anda pun sebab kan ada nama I yang panjang tuuuuu.

Abang tu kata macam dari tingkat 8 sesuatu bangunan tingginya. Tengok dari atas memang woo takut. Tapi berlagak bila dah turun, 'La, tak tinggi sangat pun' -____-''

Okay if you guys interested, pergilah ke Sunway Lagoon. It is the first ever in Malaysia. The price is rm130/jump. But if you have mykad, the price is even cheaper iaitu rm75/jump. Eh I pelik kenapa sejak dua menjak ni I promote tempat? Oh, menjana pendapatan negara yo! YOU HAVE TO TRY THIS I'm telling you!!!!

So the moral of the story jangan kata hang tak boleh even hang tak try lagi.


Ok bye nak urut kaki sendiri. Kaki I lenguh main all parks. Tu lah akibatnya malas exercise, main sukan sikit dah lenguh-lenguh. Lembik. T____T

Thanks sudi membaca! Bye for now.

Thanks awak, ilyfe :)



ps: I've always thought the spelling's bung'ee' instead of bung'y'. Bahasa Melayu kot. Hihi sebab I buat bungee tak ada garisan merah kerut-kerut di bawahnya tu.

Tuesday, May 10, 2011

Tak Suka Nama Sendiri

Dulu I tak berapa suka dengan nama sendiri. Dah la tak glamer pastu panjang gila pulak tu. Masa peperiksaan, orang lain dah start jawab soalan I baru terkedek-kedek tulis nama.

Oleh kerana I kuat berangan, I ada buku berangan. Di buku itulah I coretkan angan-angan I. Macam budak kecik tapi memang lah budak kecik waktu tu. Di buku itu ada nama idaman I lah kononnya. Bukan nama tapi nama-nama. Dan juga bukan buku tapi buku-buku berangan. I juga dah dapat nama bakal anak-anak I. Budak pelik -___-''

Tapi sekarang I suka nama I. Asalkan maknanya baik, syukur sekali ya. Nik Nurul Nadiatulakma bt Nek Rahimi. Pergh memang mencabar nak disebut time akad nikah. But hey, practice makes perfect :p

Oh ya, sebutan yang betul untuk Nadiatulakma tu ialah Nadiatul Akma. Walaupun anda tak tanya pun tapi mengada lah orang kat hospital tu nak sabotaj nama I kan. Kuajo.

And disebabkan nama I ada 'nik' orang ingat I orang Kelatan. Maka mulalah mendapat kritikan seperti 'Kelantan tapi tak _____' Anda sambunglah sendiri T____T

Abah memang orang Kelantan tetapi Mak orang Johor. So I mix lah. Hoho perasan. Tetapi I tak pernah menetap di Kelantan sekadar balik raya adalah. Bila I try kecek ex roommate I iaitu seorang pantai timur akan menyuruh I berhenti. Ini adalah kerana I kecek siam bukan kelate maka dia telah offended.



Macam di kutub utara tak? Haruslah tak. I kat Snow Walk, Icity Shah Alam masa ni. Well I kan bakal orang Shah Alam uhuk uhuk kenalah biasakan diri di sana. Buat anda yang teringin nak merasa kesejukan, inilah tempat yang sesuai. Of course artificial snow tak sama dengan buatan Ilahi. Tapi okay lah kan. Masa I pergi ni iaitu last week tengah promotion. Masuk patut rm 25 tapi diskaun sehingga rm 15! Kanak-kanak murah sikit.

Bila dah masuk dalam anda boleh sesuka hati keluar dan masuk balik. Buat macam rumah sendiri. Ada sign tak boleh bawak kamera namun orang kat dalam buat derk je. Dibuka seawal 10 pagi hingga 1 pagi. I pergi pagi hari jumaat pulak tu memang tak ada orang sampai nak main games banyak kali pun segan. Tempat ini juga sesuai kepada aweks nak cuci mata, ramai lelaki muda mengawasi tempat ini. Jangan lupa pakai kasut kalau tak BEKU kaki anda. Sweater disediakan, glove bawak sendiri/beli. Hidung I merah you, pastu I terselsema and guess what? Hingus jadi keras!

Marilah bersama menjana pendapatan negara dengan pegi ke Snow Walk! Destinasi sesuai untuk seisi keluarga!

Thank you for reading! Good Day!

ps: eh nama boleh tukar kan? so kepada yang namanya bermakna tak baik, usah risau. Janganlah salahkan orang yang beri nama kat anda sebab mungkin dia kurang berpengetahuan tentang perihal nama tu. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Monday, May 9, 2011

Darah Manis

I bet anda semua pernah dengar pasal Darah Manis kan? Ye I takkan buat lawak konon darah tu manis sebab memang tak lawak pun -___-''

Darah Manis ni ialah sumpahan dari orang tua-tua yang diberikan kepada kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, selalunya setelah bergelar tunangan orang. Okay sumpahan tu I main-main je. Saja bikin gempaq. Ceh.

Orang kata bila darah manis ni, kena hati-hati. Masa tu lah accident, benda-benda halus, awek/pakwe hot cukup segalanya nak menghampiri. Ia nya macam boleh mengakibatkan sesuatu perkahwinan itu tak jadi (simpang malaikat 44. eh kenapa kena simpang malaikat 44 eh?).

Abah masa beberapa hari lagi nak kahwin dengan Mak, dia accident tau. Kereta baru tuu time nak ambik dulang paha untuk hantaran tuuu. Fuh nasib selamat, Alhamdulillah. Kalau tak Nadia Rahimi tak wujud :/

Darah manis jugak dikaitkan time tu lah makin gatal. Konon sebab dah nak kahwin, so redah/ gasak je macam orang dah kahwin. Oh ini jugak mohon simpang malaikat 44.

Tapi yela memang tak boleh percaya sangat tapi mungkin orang yang reka benda ni nak kita sentiasa beringat. Peringatan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Yela nak kahwin ni banyak dugaannya, dah kahwin nanti lagilah!

Maka dengan ini I tak sabar nak dapat gelaran darah manis! Baru lah mencabar hidup! hihi. Semoga hanya 'dia' untuk aku selamanya. Amin.

Thanks for reading! I memang gatai nak kahwin ni. Haha



ps: Wohoo dah setahun dah umur blog I ni. So I really wanna thank all of you for reading, commenting and following this blog. Tak lupa juga yang memberi dorongan untuk I untuk terus menulis! Terharu sangat! I rasa penulisan I dah improve sikit kot dari post pertama I ni kan?
-____-''

Saturday, May 7, 2011

Kekasih Awal dan Akhir

Assalamualaikum dan Hi kawan-kawan!

Maaflah dah lama tak update. I busy lah tolong sepanjang wedding william-kate. Tak caya? Ish. Bukan ke muka I ada iras Kate?

*bunyi cengkerik*

Biarlah I nak perasan. Bukan selalu pun kan? I sebenarnya tengah berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan terdekat.

Ramai yang telah kehilangan ayah mereka baru-baru ni. Semoga roh ayah mereka di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Bukan apa. I bayangkan kalau I di tempat mereka. Kehilangan ibu atau bapa yang di cintai buat selamanya. Ya Allah, sedihnya rasa.

Memang kematian tu sesuatu yang pasti untuk semua orang. Tak kira masa, tempat, siapa atau kenapa.

Dulu I selalu berdoa, andainya Tuhan nak tarik nyawa, ambil lah nyawa I dulu sebab I tak dapat bayangkan hidup tanpa mak atau abah. Biasalah buudak-budak.

Kadang-kadang bila I bergaduh / salah faham dengan er mak la selalunya, I rasa ee jahat, anak durhaka betol I ni. Lagi-lagi time tu lah dan-dan je ada cerita pasal anak tanggang lah, lagu ibu lah. Tapi I kalau time tegang macam tu mesti nak mintak maaf cepat-cepat. Kalau tak, rasa bersalah akan menghantui diri yang hantu ini.

Jadi kawan-kawan, sayangi lah mereka, jagalah hati dan perasaan mereka. Ibu bapa kita ada yang tu je lah. Itu lah harta Allah yang paling berharga buat kita.

Kenapa seorang ibu boleh jaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu? Harus ingat juga, suatu hari nanti anda juga akan jadi ibu.


Selamat Hari Ibu.
I Love You With All My Heart Mak.
Thank you so much for everything.


Thank you for reading. Jangan lupa wish ibu anda esok!

Thursday, April 21, 2011

Siapa Lagi Cun?

I pasti anda pernah di bandingkan dengan adik beradik sama jantina tentang siapa yang lebih cantik/handsome. Tak pernah? Okay okay. Dengan Ibu Bapa atau rakan taulan anda pun boleh.

I memang selalu lah kena sebab I ada 3 sisters. Dulu I selalu kecik hati sebab yelah antara mereka I yang paling hitam dan kureng sikit. Oleh itu I tak mahu upload gambar my sisters kerana bimbang akan di bandingkan sekali lagi oleh anda pembaca semua lalu membuatkan I terkecik hati sekali lagi. Tapi kalau anda degil nak tengok jugak, pergi carik sendirik post yang berkaitan Hari Raya.

Tetapi nak buat macam mana sebab I sendiri pun suka bandingkan juga. Sebagai contoh, antara Aidil Zafuan dan Zakwan Adha, I rasa si er er er alamak salah bagi contoh sebab I tak nampak perbezaan pun antara kedua-duanya -______-'''

Apa-apa pun semua orang ada pandangan masing-masing. Cantik di mata I belum tentu cantik di mata anda. Oleh itu marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita diciptakan sebaik-baiknya. Yang paling penting cantik di hati kita tu :) Memang orang tak nampak tapi Dia Maha Mengetahui.

Untuk meningkatkan tahap konfiden anda tentang betapa cantiknya anda, sila nyanyi lagu Beautiful nyanyian Christina Aguilera. Pastikan part lirik yang ' I am beautiful no matter what they say, words can't bring me down, I am beautiful in every single way, yes words can't bring me down oh nooooo' tu jerit/pekik sikit. Eh adakah terkantoi di sini yang I selalu buat?

Oh rambut, cepatlah panjang sampai lutut
*gambar lama tapi rambut tang tu jugak T___T*

Okaylah sampai di sini. Thank you for reading. Good day and bye for now!

ps: siapa yang kata I cantik antara my sisters sah-sah kena check mata! tapi I tahu orang tu jaga hati I. macehhhh :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...